Pokok Keladi

Cantik kan pokok keladi ni? Tapi.......

Cuaca mendung lagi hari ni. Kak Yah hanya dapat tengok-tengok, belai-belai dan cakap-cakap dengan pokok-pokok bunga yang dah ditanam. Kata orang kalau nak bagi pokok-pokok tu hidup segar, selain dibaja dan disiram, kita kena kawan dengan diorang (eh, macam manusia lak). Petua ni dah lama KakYah amalkan dan memang berkesan sangat-sangat. Satu lagi, kalau kita selalu memujinya, hati kita pun jadi tenang dan dengan itu dapat meredakan tension atau stress...

Belai punya belai, tiba-tiba tangan Kak Yah terasa gatal-gatal. Aduh! Terpegang apa lak ni? Cepat-cepat mintak minyak herba kat cik abang dan terus sapu kat tangan. Baru Kak Yah perasan rupanya dah terpetik daun pokok keladi. Adoi yai, patutlah sikit punya gatal. Keladi ni kan beracun. Nampaknya pasni Kak Yah kena buang atau alihkan ke tempat lain supaya tak mudah terkena kat sesiapa. Kalau terkena kat kanak-kanak kan sangat bahaya tu. Jadi Kak Yah terpaksalah gantikan dengan bunga lain. Tapi, pikir-pikir balik, pokok keladi ni cantik. Daunnya hijau, lebar dan bertompok-tompok (berjalur-jalur?) putih. Huh, punyalah cantik! Tapi sayang... beracun rupanya.

Apapun, lain kali kenalah Kak Yah lebih berhati-hati.


2 comments:

  1. assalamualaikum..kak yah..

    Saya antara penggemar blog kak yah ni...dulu tak ada blog sendiri so payahla nak bg ulasan...sekarang dah ada senang sikit...

    Tentang pokok di atas...sememangnya getah pokok ni gatal...dan ramai yang panggil pokok ni keladi...saya pun kekadang keliru dengan keladi hiasan lain yang daunnya berbentuk love....

    Apapun...syok baca coretan kak yah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi singgah di blog kak yah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...