Bunga Siti Zubaidah Atau Bunga Kembang Tiga Bulan (Hydrangea)

Siuh! Siuh! Uhh...abang, tolong... Habislah bunga Yah ni, bang. Cepat bang, cepat  tolong halau ayam ni ke tempat lain. Alahai... bunga yang dah elok kembangnya, warna yang sudah tentu memikat hati ni, habis dipatuknya. Aduhai ayam....tolong pergi  jauh-jauh, ya... Abang, tolong bagi diorang ni makan jauh dari sini boleh? 

Jom Tanam Bunga
Pak Yam & Mak Yam
Hai macam nilah Kak Yah hari-hari. Yang bestnya, ayam-ayam tu bukan ayam Kak Yah. Tapi hari-hari datang ke taman Kak yah yang tak berpagar ni (patutlah... hehehe). Kalau korang nak tau, tiap-tiap hari ada je tetamu yang sudi singgah: Cik Burunglah, Cik Biawaklah, Cik Tupailah malahan Cik Cat (kucing) pun ada. Pendek kata, semuanya datang.
Agaknya diorang nak sign up untuk jadi Followers kot..hehehe. Nasib baik Cik U tak  datang melawat. Kalau tidak, dah tentu Kak Yah tak cukup tanah nak lari. Yang Cik Yam ni pulak, asyik nak patuk bunga tu je. Jangan-jangan dia pun tau yang bunga tu selain cantik, jugak berkhasiat. Tapi apapun, syukurlah bunga-bunga tu masih dapat diselamatkan.

Hydrangea
Ni Masa Belum Berbun
Jom Tanam Bunga
Mr  & Mrs Cat
Hydrangea
Ni Masa Dah Berbunga

Nak citer sikit tentang bunga siti zubaidah ni pulak. Dulu-dulu, semasa Kak Yah tolong arwah emak tanam bunga, Mak kata bunga ni namanya ct zubaidah. Kata Mak lagi, ada jugak orang panggil bunga ni dengan nama lain. Nak tau apa dia? Bunga ni jugak dipanggil bunga kembang tiga bulan. Kenapa lak tiga bulan, mak? Kenapa tak empat bulan ke, lima bulan ke, hehehe. Mak jawab, sebab bunganya akan kembang setiap tiga bulan. Oh camtu...pastu dia mati ke? Sudah tentulah tidak. Bunga ni juga senang nak jaga. Kalau tanam kat tanah, pokok ni lagi menjadi jika dibandingkan dengan tanam dalam pasu... dengan syarat tanam di tempat yang agak redup. Kalau panas sangat, daunnya akan melecur, jadi tak cantiklah. Bunganya pulak besar-besar; tu yang geram tu bila dia kembang. Oh camtu  ya mak. Kata Mak lagi, kalau nak biakkan bunga ni pulak, cuma kerat je batangnya yang agak tua sikit. Tapi janganlah yang tua sangat, nanti cepat mati pulak. Macam orang gak.... Nanti, ponek jolah ekau monanam eh, hehehe...  Takkan hidup dio doh. Tak cayo, cubolah...   
                                                        

14 comments :

  1. siram brapa kali sehari
    nak beli tapi takut mati sebab harga pokok tu mahal kat hosp sg buloh harga pokok tu rm 45...

    ReplyDelete
  2. Siram 2 kali sehari. Pagi dn petang. Kalau hujan tak payah siram. Letakkan di tempat yg separuh teduh. Bubuh baja tahi ayam dh cukup.Tentang harganya memang sekitar tu lah.Tapi kalau nk yg kampung punya kak yah ada.Senang nk jaga dn boleh hidup lama.

    ReplyDelete
  3. tq,kak yah ada x jage bunge ros,
    siram brape kali sehari
    kuantiti air yg disiram lebih kurang brapa
    secawan ke,semangkuk ke

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yah...saya berminat betul dgn bunga ni. Kat mana nak beli yg kampung punya ye? Kalau x menyusahkan email saya kat nikfarizah@gmail.com ye...

    ReplyDelete
  5. Bunga Hydrangea Kak Yah cantik! Tak pernah lihat warna merah jambu. Selalunya warna biru. Kak Yah ada jual hydrangea kampung ke?

    ReplyDelete
  6. thankiu Kak Yah, efisien sesangat! Waiyee dah terima bunga! :) semoga Kak Yah ngan taman mini Kak Yah sihat belaka!

    ReplyDelete
  7. Sama2 Waiyee. Semoga bunga yg diterima tu akan hidup dgn subur & cantik!

    ReplyDelete
  8. salam kak Yah...

    saya nak beli bunga hydreangea kampong....minat sangattt.....tqtqtq

    ReplyDelete
  9. Waalaikum salam Suhana. Stok untuk dijual, baru jer habis. Yg ada skrg ni masih kecil dan perlu dibiakkan lagi. Maaf, yer ...

    ReplyDelete
  10. Saya book ya.....tahun depan pun saya tunggu insyaallah.....hehehe....kak yah Ada cara atau baja apa nak bagi bunga. Saya adaa beli satu tapi x berbunga.

    ReplyDelete
  11. Salam kak yah...nak tnya ada lg x pokok bga ni? Sy dah lama mencari jenis kampung tp xjmpe..kt nursery ada yg cameron highlnd punya jek..frust sy... Kalo k.yah ada stok sy nak beli...tq k.yah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam Zarin. Yg jenis kampung tu, kat Kak Yah pun dah takder stok. Tapi kalau nak cari gak, cuba klik kat gambar pasu2 bunga di sebelah kanan atas blog ni.

      Delete
  12. As salam k.yah...saya dah lama mengidam nak tanam bunga ni....kalau bleh nk yg kampung,senang jaga...kalau ada stok k.yah bgtau sy ye...nak sgt2 ni...he2...tqbk.yah!
    ni email sy: lialuvsya@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam lia .. klu ada nnti, insya Allah kakyah bgtau.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...