Buah Mahkota Dewa Dengan Bunga Kemboja

Hari ini hari apa abang? Kak Yah dah tak ingat...sebab dalam kepala ni terlalu banyak nak difikirkn. Maklumlah...sekarang Kak Yah dah bercucu...hehehe...  Mesti lakukan tanggungjawab. Kalau tidak nanti, cik  abang bising...... Dia tak marah bela; cuma dia pesan, kalau nak bela , pastikan makan minum budak-budak tu terjaga. Jangan seksa diorang tu. Okay, Yah janji bang! Kak Yah pun siapkan makan bebudak tu. Pas tu siap-siap nak gi jumpa Mat Pakis tu pulak. Macam biasalah: minum kat kedai mamak; perkena teh tarik dan roti telur. Oi sedap tu! Pas tu baru gi nursery.

Hai kakak! Ada baik? Mat Pakis tu menegur Kak Yah.

Alhamdulillah...baik.

Lama tak mari sini?

Oh...sibuk sikit...

Tiba-tiba Mat Pakis ni panggil.

Mari..mari sini kakak. Ada satu benda mau tunjuk.

Apa benda?

(Hai semalam aku dah tengok satu benda yang berbulu!)  Hai ni yang buat aku rasa macam tak okay je ni. Aku ni dh sememangnya penakut. Ada-ada jelah Mat Pakis ni).

Ini pokok tau ka?

Apa pokok? Ini kakak tak taulah.

Ini besar punya pokok. Nanti lama lagi besar. Sudah besar kasi potong sikitlah. Ini pokok banyak orang cari.

Berapa dia punya harga?

Oh, ini pokok mahallah....150 ringgit.

Wow! Terkejut Kak Yah....

Betul ke?

Ya, betullah!

Apa dia punya nama?

Ini pokok Mahkota Dewa.

Eh, macam pernah dengar je. Kenapa ada buah ni?

Oh, ini buah banyak orang cari.

Oh ye ke?

Kak yah pun peganglah buah tu perlahan-lahan sebab kenalah hati-hati: pokok tu kan mahal. Apa-apa jadi nanti, siapa nak bayar? Tau takpe! Masa Kak Yah tadah tangan, tiba-tiba buah tu jatuh ke tapak tangan Kak Yah. Oh, bertuahnya! (Taklah banyak,cuma sebiji je...)

Inilah buah tu...
Wah wah, kakak  banyak luck lah...Alhamdulillah...berkat pagi Jumaat. Ketawalah kami... (Hei, jangan ketawa lebih-lebih tau! Nanti mat pakis ni......Oh tidak, I tak rela, you....I masih ada husband!). Dah dapat buah  tu, cukuplah.



Nampaknya hari ni banyak stok bunga baru sampai. Kak Yah tak sabar nak pilih. Nama  pokok-pokok bunga tu memang tak tau pun. Tapi beli jelah....janji cantik dan berbau wangi. Bila dah pilih, Mat pakis pun packlah bunga-bunga tu dan hantar kat kereta Kak Yah. Service bagus,  nanti customer datang lagi. Okay Sayeed, terima kasiih...bye.....


Stok Baru

Satu Lagi Stok Baru

Bunga kemboja bunga kenanga
Hati teruja mulut ternganga...hahaha....

Bunga Kemboja

Sampai je kat rumah, tukar baju pakai uniform. Jom tanam bunga! Bawak tools sekali. Kali ni tanam santai-santai je. Sebab bunga yang Kak Yah nak tanam ni tak tau namanya. Tak tau takpelah, kan? Janji dah tanam. Adalah beberapa jenis:  yang wangi ada, yang berbunga merah ada dan yang berbunga kuning pun ada. Yang berbunga kuning ni bunganya belum kembang lagi; tunggu dulu ye! Dah kembang nanti Kak Yah citer lagi, ye. Okay.......bye....

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...