Bunga Kecubung & Bunga Jepun

Bunga Jepun
Bunga Kecubung
Hantu kecubung? Hahaha..kejar dia....lari....lari. Heh, apa yang kelam kabut  ni, ha? Kak Yah menyakat cucu  (cucu betul, bukan anak kucing!) yang baru berumur 4 tahun tu. Saja je, main-main. Bukan ada hantu kecubung. Mana ada nama hantu camtu! 
 
Mak kata tadi bukan hantu kecubunglah, kata Kak Yah kat anak pompuan Kak Yah, emak kepada si cucu tadi. Mak kata, rokok kecubung. Kata orang, daun dan bunga kecubung ni boleh dibuat ubat. Terutama sekali ubat untuk budak laki-laki yang selalu kena angin pasang-pasang. Tapi tak tau pulak cara penggunaannya. Kata orang lagi, untuk sesiapa yang menghidap resdung, daun dan bunga kecubung ni dijemur sampai kering. Pastu, digulung dan dibakar hujungnya dan hisaplah seperti menghisap rokok. Kalau selalu diamalkan, nanti gatal-gatal akibat penyakit resdung tu akan berkurangan.  Orang yang mengidap asma pun boleh sembuh. Tapi kena rajin buatlah. Insyaallah boleh.  Ada orang kata pulak, benda ni beracun. Eh..eh..macam mana ni ha!. Kalau tak pasti jangan cuba-cuba buat eksperimen sendiri tau. Nanti membahayakan diri anda..hahaha...Nanti barulah betul-betul jadi HantuKecubung. hehehe..... Oh, camtu! Jawab anak Kak Yah.

Nenek, nenek! Ni bunga apa? Tanya Si Qaseh, cucu Kak Yah.  Cantiknya...  Cantiklah, nenek.  Hai.. nenek kau ni  memang masih cantik lagi, hahaha... Kak Yah melawak. Bunga ni lah, nek. Si Qaseh macam nak marah. Ohhh... ini umi Qaseh pun tak tau namanya. Ini pun cantiklah nek. Oh, ya! Memang cantik. Inilah bunga Jepun namanya!

Pokok Bunga Kecubung
Kalau korang nak tau, nak tanam bunga Jepun ni taklah susah sangat. Cuma patah-patahkan je batangnya yang lembut tu, pastu tanam dalam pasu yang agak luas mulutnya. Kenapa? Sebab, nanti bila bunga dia kembang, nampak penuhlah pasu tu. Memang sangat cantik nanti! Bunga Jepun ni memerlukan cahaya matahari yang cukup supaya dia sentiasa mengeluarkan bunga. Sebut pasal warna...oi...tak tau pulak berapa warna yang ada. Tapi yang Kak Yah tengok kat nursery tu lebih daripada 3 warna. Nantilah, esok-esok Kak Yah cuba tanya Mat Pakis kat nursery tu  lagi, ya? Memang pun Kak Yah nak tanam bunga Jepun ni banyak-banyak. Sekarang sedang fikirkan kat mana nak susunkan pasu-pasunya nanti. Baja untuk bunga ni  pulak, macam biasa. Kak Yah taburkan baja tahi ayam yang dibeli tu je. Okay jugak nampaknya; kembang dan segar jugak; tak mati pun!   

Pasu Mulut Luas
 Bunga Jepun Dalam Pasu
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alahai cucu ku Cik Qaseh sayang...tolong jangan petik bunga nenek ni....hehehe... Oh, ni hantu Jepun pulak yang datang, ya? Kejar dia... Atukkkk  tolong Qaseh! Nenek nak tangkappp! Kehkehkeh...

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...