Jobdirumah

Advertlets

Thursday, March 10, 2011

Jasmine Dengan Bunga Tanjung

Wangi sungguh cik abang hari ni! Hmm, betul-betul wangi; tak tipu punya. Hai Cik Yah, semenjak asyik tanam bunga ni, cakap pun dah lain macam je. Pagi-pagi lagi dah menyanyi sakan nampak.

Bunga tanjung... putih berseri, harum baunya... alamak terlupa lirik lak. Dahlah tu... Mentor pun dah pilih protege masing-masing! Hahaha... Cik abang ketawa besar mengusik Kak Yah! Takpe, ejeklah. Manalah tau suatu hari nanti Kak Yah buat album sendiri, baru tau.

Apa yang berbau wangi tadi agaknya ye... Kak Yah tertanya-tanya sambil mencari-cari dengan berjalan di sekitar kawasan rumah, kat depan dan kat belakang, dengan hidung menghidu-hidu ke kanan dan ke kiri macam anjing terbau makanannya! Tapi masih belum jumpa puncanya lagi.

Kak Yah jalan lagi. Tiba-tiba bau wangi tu makin kuat. Kak Yah pun menghala ke arah bau tu. Ha! Dah dapat. Oh, ini dia rupanya. Amboi, cantiknya! Kak yah pun ciumlah bunga tu. Hmm, wanginya! Bau wangi tu menusuk kuat ke hidung Kak Yah. Kak Yah pun petik dua tiga kuntum, masukkan ke dalam baju. Sambil berjalan-jalan, tersenyum sendirian. Wanginya... Dalam hati berkata, rupanya bunga ni yang wangi bukannya cik abang, hahaha. Nasib baik dia tak dengar. Eh, tentulah dia tak dengar. Kan Kak Yah bercakap dalam hati je! Hehehe...

Oh, Wanginya!
Citer pasal bunga wangi ni, baru Kak Yah teringat. Kak Yah baru je tanam bunga ni minggu lepas. Nama pokok bunga ni ialah Jasmine atau Melur. Bunga ni ada banyak jenis: lebih daripada 200 jenis rupanya. Mula-mula dulu, Kak Yah pun tak tau tentang hal ini. Tapi sebagai peminat bunga, Kak Yah cari tau jugaklah sikit-sikit. Bayangkanlah kalau kita dapat tanam kesemua jenis tu kat kawasan rumah kita, tentu sepanjang masa rumah kita berbau wangi, kan?

Melur (Jasmine)

Apa? Bunga sundal malam lagi wangi? Nanti Kak Yah cuba cari kat nursery. Tapi bunga tanjung pun wangi jugak, kan?


Bunga Tanjung (Mimusop elengi)

Bunga tanjung... putih berseri,
Kembang jelita... harum baunya...

Ha, kali ni baru betul liriknya! Cik abang mengusik lagi. Hahaha... Apa? Dah betul? Okay gak aku nyanyi ni; adalah sikit bunyi macam Kak Pah nyanyi, hehehe...

8 comments:

Syimama said...

hi.. cantiknya, jelus sy tengok.

Kak Yah said...

yelah syimama...dh lah bunga-bunga tu cantik, wangi sangat plak tu.

l@!l@ said...

akum..cntik ler..sy ader koleksi bunga raya.n bunga kertas..skrg nie tgh brajin tnam pkok bnga lain..sila ler ke blig sy n sl ler follower yer..kikikikiki

Kak Yah said...

waalaikumsalam...kakyah dah tengok blog l@!l@. memang cantik koleksi bunga2 tu. btw kakyah dah letak link blog l@!l@ kat blog kakyah. harap l@!l@ wat camtu gak ngan blog kakyah, boleh?

JON said...

kak bunga melur ni jenis mana satu??
ade nama tak???

Kak Yah said...

kalau tak silap kakyah, melur ni satu keluarga dgn melur jenis Jasminum didymum..

Pak Long said...

Ini kan pokok kemuning..
bunga kemuning wangi.
pokok ni boleh dijadikan pagar.
bila berbunga wangi seluruh rumah

Kak Yah said...

Terima kasih, Pak Long. Tersilap gambar. Dah dibetulkan. Sekarang baru Melur bukan Kemuning!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...