Hantu Bunga?

Kali ni Kak Yah nak citer tentang pokok bunga yang berhantu. Betul ke ni? Kak Yah sendiri sebelum ni tak pernah dengar pokok bunga ada hantu. Korang pernah ke? Apapun camni citernya ...

Pada suatu petang, Kak Yah rasa tak sedap badan, macam nak demam je. Mungkin sebab pagi tu Kak Yah kerja kuat sangat kot. Dari lepas subuh membawaklah ke hampir zohor, Kak Yah sibuk dengan pokok-pokok bunga kat taman mini Kak Yah tu. Hari dah panas terik pun Kak Yah tak berhenti lagi buat kerja tu. Cik abang pun dah banyak kali nasihatkan Kak Yah supaya berhenti.

Mungkin itulah sebabnya Kak Yah rasa macam tu petang tu. Jadi, Kak Yah pun keluarlah ambil angin kat taman Kak Yah tu. Tengah membelek-belek kuntum-kuntum bunga yang berbagai-bagai rupa dan warna tu, tiba-tiba Kak Yah ditegur oleh seseorang.

"Amboi, banyaknya bunga kamu Cik Yah hoi!"

Rupa-rupanya jiran sekampung; Kak Yan namanya. Dia ni orang Perak tapi dah lama menetap kat kampung Kak Yah ni sebab suaminya orang sini.

"Macam-macam bunga ditanamnya. Ngape tak kabo ke akak?" Sambil matanya memandang dari sepokok ke sepokok bunga yang ada kat situ.

"Hai, marah pulak?" Kak Yah bergurau.

"Bukannya marah Cik Yah hoi, kagum bebeno akak nengoknya! Selama ni akak tak tau lak yang Yah ni suka tanam bunga." (Tak keluar rumah agaknya akak ni, fikir Kak Yah. Mana tidaknya. Rumah Kak Yah ni betul-betul tepi jalan besar yang jadi laluan utama penduduk kat sini nak ke luar ke pekan. Akak ni pulak hari-hari lalu kat depan rumah Kak Yah ni. Tak perasan kot! Takpelah.)

"Adalah sikit-sikit, kak. Buat ngeluarkan peluh je".

Akak tu macam tak endah je kat jawapan Kak Yah. Dia masih lagi menikmati keindahan bunga-bunga tu.

"Yang ni bunga apa, Yah?" Dia bertanya sambil menunjuk ke arah pokok bunga tu.

"Oh, yang tu bunga jagung, kak. Tengok bunga tu, kan macam jagung je rupa dia. Bunga ni senang je nak tanam. Janji ada cahaya matahari. Tapi dia tak nak pulak panas terik. Kalau rajin jaga, bagi baja, siram dua kali sehari; nanti asyik berbunga je dia, kak."


Pokok Bunga Jagung

Betullah kamu ni minat bunga. Sikit akak tanya, berjela-jela kamu jawab. Siap dengan cara nanamnya sekali, heheh. Betul-betullah kamu ni rajin. Hari-harilah kamu dengan bunga-bunga ni, ye Yah?"

"Camtulah gayanya, kak."

Tiba-tiba akak tu menjerit,

"Masyaallah... Pokok ni pun kamu tanam juga? Hei budak ni... Tak ke kamu tau pokok ni berhantu?  Isy, isy, isy!

Pokok Ni Kak Yah Tanam Dalam Pasu.


Ha? Berhantu?" Terkejut beruk Kak Yah mendengar kata-kata akak tu.

"Iya Yah. Akak tengok sendiri dengan mata kepala ni."

"Ceciter kak. Boleh Yah dengar!" Tak sabar Kak Yah nak tahu kisah hantu pokok bunga ni.

"Camni citernya... Sepupu akak ni namanya Samiah. Rajin nanam bunga macam kamu juga. Pokok ni pun dia ada tanam. Tapi dia tanam dalam sabut kelapa dan digantungnya pasu tu.

Pada satu malam, masa tu lebih kurang pukul 1.00 pagi. Akak belum tidur lagi sebab panas sangat cuaca malam tu.Tiba-tiba akak terdengar Si Samiah ni bangun. Rupa-rupanya dia pun belum tidur lagi. Akak tengok dia terus ke tingkap rumah papan peninggalan arwah emak dia tu. Bila dia buka je tingkap tu, tiba-tiba suara dia menggigil-gigil memanggil akak.


"Apa bendanya Samiah?" Akak tanya sambil memegang bahu dia. Samiah tak cakap apa-apa cuma dia tunjuk ke arah pokok bunga tu. Yah nak tau, bila akak pandang ke situ akak nampak satu lembaga putih duduk atas pokok tu. Apa lagi, akak pun baca ayat Kursi banyak-banyak kali. Samiah pun baca sama. Lepas baca ayat tu barulah benda tu hilang. Hiiii seram tak tau nak cakap akak masa tu.


Pastu akak pesan kat Samiah supaya besok pagi dia buang pokok tu. Jangan harus nanam pokok rupa tu lagi kat laman rumah. Kalau tak akak tak mau balik lagi ke kampung tu.


Esoknya, dengan rasa takut tapi terkilan jugak, Samiah membuang kesemua pokok berhantu tu.
Camtulah citernya, Yah hoi. Baiklah kamu buang je pokok ni." Akak tu menamatkan citernya.

Mendengarkan citer tu, Kak Yah tak terkata apa-apa buat seketika. Antara percaya dengan tidak. Betul ke pokok ni yang berhantu atau kebetulan hantu tu duduk kat pokok tu masa tu!

"Hai nampaknya dah nak maghrib ni kak. Kita baliklah dulu ye. Yah nak masuk dululah  takut karang Yah pulak yang pengsan kat sini."

"Tapi kamu jangan lupa buang pokok tu ye?"

(Ha? Buang? Sayanglah. Pokok tu daunnya cantik; kalau dijual, mahal tu. Jawab Kak Yah dalam hati.)

"Yelah, esok Yah buang." Bila dengar kepastian dari Kak Yah, barulah akak tu beredar dari rumah Kak Yah. Hai, lega... Orang dah masuk kategori warga mas ni kenalah hormat sikit, maklum jelah kan?

Lepas solat Maghrib, Kak Yah teringat semula citer akak Perak tadi. Kak Yah pun citerlah kat cik abang.

"Keputusan kat tangan Yah," kata cik abang. "Buat je apa yang Yah pikir baik."

Malam tu Kak Yah tak lena tidur. Nak buang ke tidak pokok berhantu tu. Fikir punya fikir lama-kelamaan terus terlelap. Maklumlah dah penat dan tak sihat pulak tu.

Esoknya, pagi-pagi lagi Kak Yah dah keluarkan pokok tu dari pasunya lalu Kak Yah letakkan kat bawah pokok belimbing buluh. Tak sampai pulak hati awak nak membuangnya! Kesian, huhuhu. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah Kak Yah tengok dia. Dalam hati Kak Yah berdoa, mudah-mudahan tak adalah apa-apa yang buruk akan terjadi kat pokok bunga tu, amin. Kak Yah ikhlas menanam pokok tu; penuh dengan kasih sayang lagi. Allah saja yang tau.Huhuhu...

Buang Tidak, Cuma Alihkan Saja Tempatnya.

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak yah..

    dah banyak kali saya dengar cerita macam kak yah alami...suami saya sendiri pun dah buang pokok paku sarang burung yang dia tanam di rumah ...tapi pokok ni mudah hidup liar di rumah saya..kat celah dahan pun dia boleh tumbuh..tapi tiap kali nak tumbuh tu suami saya mesti buangkan..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam ina,

    kenapa pulak suami ina buang pokok tu? dia pernah nampak sendiri ke macam jiran kakyah citer tu? seram pulak kakyah...

    ReplyDelete
  3. tak pernah nampak kak yah...tapi ramai orang nasihatkan suruh buang...katanya ni pokok sakat makhluk halus memang suka buat tempat tinggal...

    ReplyDelete
  4. saya ada je tanam....dari dy kecik sampai r besar...xda pape pun...saye balik 1 2 pagi lak tu....myb kebetulan je tu...semuanya kehendak Allah :D smile always...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...