Zinnia Bertunang?

Hai, apa khabar semua? Dah agak lama Kak Yah tak berceloteh, ye? Apa nak buat ...  Semenjak dua menjak ni ada je kerja nak dibuat, tak mau habis-habis, asyik ada je! Kalau tang penat tu tak usah nak cakaplah, sure penat punya... hehehe. Tapi masih boleh terhehehe lak tu! Bukan apa, kalau bab jaga bunga tu dah biasa, rutinlah katakan. Tapi ada bab-bab yang menambah-nambah kerja ni. Sibuk buat gubahanlah, menghias keklah, menghias bekas-bekas hantaranlah, reben sana, reben sini, cucuk sana, cucuk sini. Aduh...hai penatnya tak terkata!

Sirih Junjung Mama

Tapi kalau penat pun berbalaoi,  Cik Yah hoi! ( Kata cik abang mengusik ).

 Apa yang berbaloi?

Hai! anak bujang kita yang nak bertunangkan? Kalau emaknya yang membuat semua hantaran pertunangan tu, penat pun tak apalah, kan? Pasti puas hati, kan? Boleh buat citarasa sendiri, betul tak?

Betul, betul, betul...hehehe... 

Ini ada info untuk korang semua ye! Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana majlis pertunangan anak bujang Kak Yah yang sorang tu telah selamat dilaksanakan pada 17 Julai Ahad di sebuah kampung di Perak (dapat orang Perak jugak macam kakak dia!). Kak Yah amat bersyukur dan terharu sesangat. Sedih pun ada; apa tidaknya, kawan baik Kak Yah selama ini  dah jadi milik orang.  Macam tu lah, kan? Nampaknya tugas Kak Yah menjaga sibujang tu akan diambil alih oleh orang lain. Apa pun Kak Yah sekeluarga sangat gembira kerana bertambah lagi satu ahli kelab kita, ye? Hahaha...kalau dah kahwin nanti, beranaklah ramai-ramai. Lagi ramai lagi bagus...

Itulah infonya.

Akhirnya siap jugalah semua gubahan-gubahan tu. Taklah banyak mana pun bendanya, tapi... kalau sendiri yang buat kecohnya lebih, hahaha... Adalah lima dulang je berbalas tujuh dulang.  Insyaallah... dah nikah besok, Kak Yah sambung citer lagi, bab yang kedua pulak ye? Hai anak bujang...anak bujang, sudah diambil orang. Hai kome, nanti kite jumpe lagi ye! Di mane?  ceciter, ceciter. Hai! di Perak le! Hehehe...

Besok paginya pulak, macam biasa Kak Yah melawatlah taman mini Kak Yah tu. Oh alangkah cerianya dia! Megah sungguh. Bunga zinnia Kak Yah dah kembang rupanya. Wow, cantik sungguh! Bunga Zinnia ni, benihnya Kak Yah beli kat  pasaraya care4 tu  je. Pastu Kak Yah  taburkan kat tanah dan siram 2 kali sehari macam biasa dan bubuh baja tahi ayam. Tak sangka pulak boleh kembang begitu cepat dan cantik sekali. Pokok bunga Zinnia ni Kak Yah tanam di tempat yang banyak cahaya matahari supaya ia boleh berbunga dengan cepat.

Zinnia Merah
Memang Cantik
Zinnia Di Putrajaya, Lagi Cantik, Kan?

Cantik tu memanglah cantik, tapi sayang hanya kembang sekejap saja.  Apabila bunganya dah layu dan kering, biasanya Kak Yah akan petik dan jemur dulu kemudian sediakan tempat untuk tanaman yang baru. Itu yang buat syok kalau tanam bunga semusim tu. Kembang pastu mati; pastu hidup lagi, hahaha... Itulah mati hidup semula, kan?

Assalamualaikum, Mama! Oh Mama! Ini ada 3 biji durian. Emak sedekah. Tiba-tiba Kak Yah dikejutkan oleh satu suara.

Alhamdulillah... durian kat kebun Amin ke ni? ( Amin adalah anak jiran Kak Yah ).

Haah, tapi tak banyak buahnya kali ni.

Alah... tak apa, 3 biji ni pun dah cukup. Lagipun yang suka makan durian ni cuma mama ngan abang bujang je! Papa tak suka. Tapi kalau buah rambutan, manggis... paling dia suka.

Okaylah, Mama. Nanti esok Amin bawak, ye? 

Eh,eh,eh... janganlah susah-susah, tapi kalau ada boleh jugak, hahaha... (Muka tak berapa tahu nak malu!)

Terima kasihlah ye Min, bye! ( Moh kite makan deghoyan !)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...