Pokok Keladi Menjadi-Jadi

Pagi ini cuaca  mendung dan sejuk sekali sebab hujan turun sejak dari petang semalam tak berhenti-henti sampai ke subuh tadi. Seperti biasa Kak Yah dah pun turun ke taman nak tengok bunga-bunga tu, macam biasalah ( dah jadi rutin, gitu, hehehe). Masa tu dapatlah menghilangkan stress sebab dapat menghirup udara segar; buat senamam sikit-sikit dan dapatlah tengok  burung, tupai, ayam, kucing dan macam-macam lagi (monyet pun ada!)  Burung-burung berterbangan dan berkejar-kejaran dengan pasangan  masing-masing. Memang tak dapat nikmatnya yang sebegini kalau Kak Yah masih duduk kat bandar. Tapi satu je yang tak best, hmhm...nyamuk ...memang banyak.  Biasanya sebelum membuat kerja di taman, Kak Yah dah sapu repellent (ubat penghalau nyamuk) kat seluruh lengan dulu, jadi taklah digigit nyamuk. Kalau tidak dah tentu bengkak-bengkil seluruh badan. Jangan main-main oi...ini nyamuk kampung; kuat gigitannya! Kalau kene gigit, tiga hari belum tentu hilang bisanya, gatal dah tentu punya!

Pokok Keladi Seberang

Nampaknya dah pukul 8.30 pagi ni. Cik abang dah bersiap ke? Katanya nak pergi servis kereta kat Ampang.

Dah siap dah!  ( Dengar je dia, ye!) Yah bila nak siap pulak? Nak servis kereta kena pergi awal, kalau tak nanti puaslah kena ikut turn.

Okaylah bang. Tunggu sekejap ye,Yah siap dulu.

Nasib baik sampai awal kat woksyop tu. Terus je mekanik tu buatkan. Pa tu Kak Yah dan Cik Abang terus pergi Care4 untuk sarapan. Masa ni cuaca dah cerah dan nampak matahari dah keluar. Kak Yah kalau cuaca dah mula cerah macam ni, apa lagi mood Kak Yah pun penuhlah. ( Haik! macam bateri henfon pulak! Pakai charger, hahaha).

Pokok Keladi Sebaring (Bukan Seberang)

Hai perut dah diisi, barulah tak stress lagi. Kalau lapar...confirm stress. Dah tentu Kak Yah pulak kena hantar servis, hahah...

Dah memang betullah tu Yah, ( kata cik abang ). Pas makan ni Yah pergi lah kat bahagian gardening dalam Care4 tu, dan bolehlah survey apa yang patut. Yah kan rajin window shopping, kan? ( Izin dalam sindiran ke ni, hehehe ).

Pokok Keladi Tikus - Ubat Barah (Cancer)
 Kat Gardening Section...

Syoknya ! Dah lama Kak Yah nakkan pokok keladi ni. Dah jarang jumpa jenis keladi ni. Kalau ada kat nursery pun tak sempat nak beli dah habis. Kak Yah pun belilah satu. Harga tak usah ceritalah...biasalah, kan. Kalau yang cantik tu tentunya mahal, kan? Ini baru beli pokoknya, belum nak beli pasunya lagi. Tengok bajet dulu. Alahai! Bajet tak berapa nak cukup hari ni. Nampaknya Kak Yah beli pokoknya saja dulu. Sebab pokok keladi ni sesuai ditanam dalam pasu yang besar, macam yang Kak Yah jual kat kawan Kak Yah tempohari tu. Kak Yah beli pokok keladi ni lagi, sebab ada sambutan, ada jugak pelanggan yang bertanyakan tentang pokok-pokok keladi ni. Minggu ni hari-hari  Kak Yah cari pokok keladi.

Hari-hari cari pokok keladi, mudah-mudahan bisnes menjadi-jadi, hahaha...Insyaallah...!

Pokok Keladi Merah (Foto: CS Ooi)


 (Gambar-gambar Dari Wikipedia dan http://my.thanhsiang.org)

1 comment :

  1. boleh sy daptkan pokok keladi tikus.

    ni no sy 013-9670889

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...