Bunga Ros Si Bunga Popular

Cantiknya! Walaupun dah dikenali beratus-ratus tahun namun masih menjadi bunga pujaan ramai peminat bunga ros di Malaysia masa kini. Lagi lama lagi orang cari. Kenapa agaknya ramai yang cari bunga ni? Kalau nak tau,  selain mempunyai bunga yang cantik, pokok bunga ros ni mempunyai bentuk yang pelbagai dan warna tu tak usah nak citerlah punya banyak: merah, putih, oren, pink, merah muda, kuning, peach dan banyaklah lagi. Itu belum yang dikacuk. Sememangnya cantik dan baunya wangi pulak. Itulah yang siang malam tak reti nak tidur tu. Asyik teringatkan ros, ros, ros. ( dah taksub sangat ngan bunga ros pulak! ).




Pokok Bunga ros ni senang nak tanam. Guna keratan batang je. Sesudah ditanam samada dalam pasu atau terus ke tanah, ia akan hidup macam biasa. Tapi jangan tanam di bawah teduhan: bukan tak hidup tapi takut-takut tak berbunga pulak. Nanti siapa yang kecewa? Kak Yah jugak, kan? ( Sebab minat sesangat dengan ros ).

Baja dengan baja tahi ayam , siram mengikut keperluan. Tengoklah keadaan cuaca tu macam mana. Kalau dah hujan je, janganlah nak siram jugak ( jimatkan penggunaan air Selangor, hehehe ). Bunga ros ni boleh dilatih memanjat pagar, tembok dinding, pergola dan boleh dibentuk macam-macam cara yang kita suka. ( bergantung pada kreativiti kita ).

Bila dah banyak mengeluarkan bunga, apa tunggu lagi, petiklah. Masukkan ke dalam pasu bunga dan letakkan di atas meja tetamu sebagai hiasan di dalam rumah atau pun petik banyak-banyak jual kat Pasar Tani Mega, hahaha...

Bunga ros ni selalu dijadikan sebagai hadiah simbolik, lambang kasih sayang, penghargaan yang tinggi pada hari kekasih, harijadi, ataupun meraikan kejayaan seseorang dan memperingati hari ulang tahun perkahwinan.

Harganya kalau masa sekarang ni tentu melambung tinggi. ( Hai masih boleh dapat hadiah bunga ros lagi ke tahun ni? Umur dah meniti senja.  Tak lama lagi tahun baru. Kak Yah lahir pada 6 Januari 19.... Doa jelah....Jangan dapat bunga ros yang dah layu, sudah. huhuhu....)

Bunga ros memang cantik menawan dan harum baunya. Walaupun tangkaimu penuh berduri, namun kau tetap disanjung tinggi. Tak salahlah bunga ros jadi pilihan ramai masa kini

Kepada peminat bunga ros, cuba klik kat sini:  Roses

13 comments:

  1. kak yah..ade lagi x keratan batang pokkok bunga ros?kalau ada saya nak boleh?

    ReplyDelete
  2. Buat masa ni keratan bunga ros tu dh habis. Kena tunggu sedikit masa lglah.

    ReplyDelete
  3. askum kak yah.. dah ada keratan btg bunga rose nyer?

    ReplyDelete
  4. Salam. Dah ada dah; nk yg mana satu tu? sms/call k'yah 012-6157081 sekarang!

    ReplyDelete
  5. Kak yah..kalau ada keratan bunga ros yang merah menyala tu..saya nak..nanti saya sms atau call..

    ReplyDelete
  6. Masya Allah kak yah..minta maaf semalam x perasan nombor kak yah call saya..saya pun habis kredit semalam..x sempat reply..

    ReplyDelete
  7. SALAM,
    KAK YAH, KERATAN BUNGA ROS KAK YAH JUAL BRAPA RINGGIT? HARGA NYA? NANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam nana. Stok yg ada cuma keratan batang ros kampung warna merah campur pink saja. 3 keratan batangnya yg berukuran sederhana Kak Yah jual RM45 termasuk belanja pos.

      Delete
    2. ok kak yah, kalau boleh saya nak yang warna kuning dan merah. kalau dah ada stok bgtau ye..ada bajet saya beli nnt.. huhu..terima kasih kak yah.

      Delete
    3. Sms no hp Nana kpd Kak Yah di 012-6157081. Nnti bila ada stok,, boleh Kak Yah bgtau, ok? :-)

      Delete
  8. Kak yah ...ada lagi keratan bunga ros. Yg putih dan warna yg unik unik. Kalo ada tlg balas ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak maaf Jane. Kedua2 jenis tu tak ada stok. Pilihlah bunga2 yg lain. Banyak lg yg cantik2 di page Benih Bunga Untuk Dijual. :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...