Dongeng Janda Kaya

Alamak! Dia dah kaya! Siapa dia tu ha?  Dalam cerita "Aku Kaya" tu ke? Hehehe... bukan... bukan aku dan bukan dia. Habis tu, siapa ha? Okay, kalau nak tau ni Kak Yah nak citer ni.

Masa Kak Yah kecik-kecik dulu, Kak Yah suka sangat mendengar nenek Kak Yah bercerita. Ada satu cerita yang sangat menarik yang Kak Yah masih ingat sampai sekarang.

Pada suatu hari dalam sebuah kampung, eh... macam seram je ni...Taklah, janganlah takut. Kalau korang takut nanti Kak Yah terlebih takut ...nanti tak siaplah citer ni! Okay, kita sambung ye. Di kampung tu ada seorang lelaki kaya yang mempunyai rumah yang besar dan kawasan rumah yang sangat luas. Dia telah berkahwin dengan seorang pompuan yang sangat cantik.

Di halaman rumah pasangan ini terdapat banyak bunga, sebab isterinya yang cantik tu rajin sangat tanam bunga sebab dia sangat sukakan bunga. Sesiapa saja yang lalu di perkarangan rumahnya mesti berkata: Amboi cantiknya bunga tu, cantiknya kawasan rumah dia ye, cantiknya bunga tu, berwarna-warni  pulak tu dan... berbau harum sangat-sangat ( Bukan Harum Sundal Malam yang seram tu! Jadi tak payahlah nak kata dah berdiri bulu roma tu.).

Si suami ni  usianya lebih tua dari isterinya.  Si isterinya tu bukan saja cantik malah masih sangat muda lagi. Rupanya lelaki yang kaya ni seorang bujang terlajak ( lambat kawin). Dah pastilah belum mempunyai anak, kan?

Setiap hari isterinya merawat bunga-bunga tu dan si suami pula membantu isterinya yang disayanginya tu. Hidup mereka sangat bahagia bukan saja kerana mempunyai harta yang banyak tetapi yang penting dalam hidup seorang lelaki, mempunyai seorang isteri yang cantik, rajin, bersih dan baik, selain mentaati si suami. ( Beruntunglah kalau sorang lelaki yang dapat memiliki seorang isteri yang begitu, kan? )

Tapi sayang seribu kali sayang...langit tidak selalu cerah. Mendung pun berkunjung menziarahi kehidupan mereka berdua. Bukan mendung kelabu lagi dah, yang datang ni mendung hitam pekat yang melambangkan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.

Innalillahi... tanpa diduga, sakit tidak, pening pun tidak, jatuh pun tidak, kena langgar pun tidak... tiba- tiba Tuhan telah menjemput suaminya yang sangat-sangat disayangi nya itu untuk pergi  buat selama-lamanya. ( Tadi citer ni macam seram, ni dah jadi sedih pulak ).

Maka dari saat itu tinggallah pompuan itu keseorangan hanya ditemani rumah yang besar, kereta yang mewah dan perkarangan rumah yang dihiasi bunga-bunga yang canti-cantik dan berwarna-warni itu. Setelah suaminya meninggal dunia, hanya bunga- bunga itu saja yang menghiburkannya  setiap hari .Kehidupan yang lalu terpaksalah dilupakan, namun hatinya sedih  dan pilu bagaikan kaca terhempas ke batu, huhuhu...Apa daya ku, aku hanya insan biasa... keluh hati si pompuan itu. Tapi dia redha dengan apa yang terjadi ke atas dirinya.

Siang berganti malam, malam berganti siang... dia tetap tabah mengharungi kehidupan ini walau pun terpaksa mandiri.

Pada suatu hari ada dua orang jiran lalu di hadapan rumahnya sambil berbual-bual.

"Cantiknya bunga tu, kanBunganya lebat sekali dan berkelompok-kelompok pulak tu Apa nama pokok bunga tu? Cantik betullah!"

"Ha'ahlah. Cantiknya! Tapi saya pun tak tahu nama bunga tu. Tak pernah ditanam kat kampung ni. Mesti Cik Puan tu bawak dari tempat lain."

"Kalau macam tu, kita panggil je Bunga Janda Kaya, sebab yang menanamnya tu kan seorang janda yang kaya!"

"Ye tak ye jugak. Bijak, bijak..."

Maka sejak hari itu bunga tersebut dikenali sebagai Bunga Janda Kaya. Begitulah citernya... bukan citer hantu!

Inilah Bunga Janda Kaya Tu!
Janda Kaya Pink

Sekarang Kak Yah pun dah tahu kenapa pokok bunga tu dipanggil sebagai Pokok Bunga Janda Kaya  atau nama saintifiknya Mussaenda, rasa macam seram jugak lah! ( Hai, kalau dah penakut tu cerite kelakar pun jadi seram, kan? hehehe...

Zinnia Bertunang?

Hai, apa khabar semua? Dah agak lama Kak Yah tak berceloteh, ye? Apa nak buat ...  Semenjak dua menjak ni ada je kerja nak dibuat, tak mau habis-habis, asyik ada je! Kalau tang penat tu tak usah nak cakaplah, sure penat punya... hehehe. Tapi masih boleh terhehehe lak tu! Bukan apa, kalau bab jaga bunga tu dah biasa, rutinlah katakan. Tapi ada bab-bab yang menambah-nambah kerja ni. Sibuk buat gubahanlah, menghias keklah, menghias bekas-bekas hantaranlah, reben sana, reben sini, cucuk sana, cucuk sini. Aduh...hai penatnya tak terkata!

Sirih Junjung Mama

Tapi kalau penat pun berbalaoi,  Cik Yah hoi! ( Kata cik abang mengusik ).

 Apa yang berbaloi?

Hai! anak bujang kita yang nak bertunangkan? Kalau emaknya yang membuat semua hantaran pertunangan tu, penat pun tak apalah, kan? Pasti puas hati, kan? Boleh buat citarasa sendiri, betul tak?

Betul, betul, betul...hehehe... 

Ini ada info untuk korang semua ye! Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana majlis pertunangan anak bujang Kak Yah yang sorang tu telah selamat dilaksanakan pada 17 Julai Ahad di sebuah kampung di Perak (dapat orang Perak jugak macam kakak dia!). Kak Yah amat bersyukur dan terharu sesangat. Sedih pun ada; apa tidaknya, kawan baik Kak Yah selama ini  dah jadi milik orang.  Macam tu lah, kan? Nampaknya tugas Kak Yah menjaga sibujang tu akan diambil alih oleh orang lain. Apa pun Kak Yah sekeluarga sangat gembira kerana bertambah lagi satu ahli kelab kita, ye? Hahaha...kalau dah kahwin nanti, beranaklah ramai-ramai. Lagi ramai lagi bagus...

Itulah infonya.

Akhirnya siap jugalah semua gubahan-gubahan tu. Taklah banyak mana pun bendanya, tapi... kalau sendiri yang buat kecohnya lebih, hahaha... Adalah lima dulang je berbalas tujuh dulang.  Insyaallah... dah nikah besok, Kak Yah sambung citer lagi, bab yang kedua pulak ye? Hai anak bujang...anak bujang, sudah diambil orang. Hai kome, nanti kite jumpe lagi ye! Di mane?  ceciter, ceciter. Hai! di Perak le! Hehehe...

Besok paginya pulak, macam biasa Kak Yah melawatlah taman mini Kak Yah tu. Oh alangkah cerianya dia! Megah sungguh. Bunga zinnia Kak Yah dah kembang rupanya. Wow, cantik sungguh! Bunga Zinnia ni, benihnya Kak Yah beli kat  pasaraya care4 tu  je. Pastu Kak Yah  taburkan kat tanah dan siram 2 kali sehari macam biasa dan bubuh baja tahi ayam. Tak sangka pulak boleh kembang begitu cepat dan cantik sekali. Pokok bunga Zinnia ni Kak Yah tanam di tempat yang banyak cahaya matahari supaya ia boleh berbunga dengan cepat.

Zinnia Merah
Memang Cantik
Zinnia Di Putrajaya, Lagi Cantik, Kan?

Cantik tu memanglah cantik, tapi sayang hanya kembang sekejap saja.  Apabila bunganya dah layu dan kering, biasanya Kak Yah akan petik dan jemur dulu kemudian sediakan tempat untuk tanaman yang baru. Itu yang buat syok kalau tanam bunga semusim tu. Kembang pastu mati; pastu hidup lagi, hahaha... Itulah mati hidup semula, kan?

Assalamualaikum, Mama! Oh Mama! Ini ada 3 biji durian. Emak sedekah. Tiba-tiba Kak Yah dikejutkan oleh satu suara.

Alhamdulillah... durian kat kebun Amin ke ni? ( Amin adalah anak jiran Kak Yah ).

Haah, tapi tak banyak buahnya kali ni.

Alah... tak apa, 3 biji ni pun dah cukup. Lagipun yang suka makan durian ni cuma mama ngan abang bujang je! Papa tak suka. Tapi kalau buah rambutan, manggis... paling dia suka.

Okaylah, Mama. Nanti esok Amin bawak, ye? 

Eh,eh,eh... janganlah susah-susah, tapi kalau ada boleh jugak, hahaha... (Muka tak berapa tahu nak malu!)

Terima kasihlah ye Min, bye! ( Moh kite makan deghoyan !)

Minyak Wangi Daripada Bunga

Fantasy By Britney Spears For Women, Eau De Parfum Spray, 3.3 Ounces
Klik Gambar Kalau
Nak Beli Perfume Ini
Kak Yah percaya korang semua pasti dah tahu yang bunga-bungaan boleh dibuat minyak wangi. Tapi berapa ramai antara kita yang pandai membuat minyak wangi sendiri kat rumah. Ada, tapi tak ramai, kan?

Kepada sesiapa yang nak mencuba sendiri, kat bawah ni Kak Yah citerkan caranya.


Mula-mula, korang perlu sediakan 2 gelas air dan 2 cawan kelopak-kelopak bunga yang dicincang. Gunakan bunga-bunga seperti mawar (rose), melati ataupun bunga-bunga yang lain yang harum baunya. Lagi kuat harumnya lagi bagus.

Sediakan juga sebuah mangkuk besar dan letakkan sehelai kain nipis menutupi mangkuk itu. Pastu, curahkan kelopak bunga yang dah dicincang tadi ke atas kain tersebut dan tuangkan air ke atasnya. Tutup mangkuk dengan isinya tu dan biarkan semalaman.

Pagi esoknya, buka angkat kain nipis dengan memegang pada tepi-tepinya dan bunjutkan ke atas. Air di dalam mangkuk itu sudah mula berbau harum. Pastu, perahlah bunjut kain yang berisi kelopak bunga tu sampai kering airnya. Pastikan kesemua airnya jatuh ke dalam mangkuk.

Ambil pulak periuk dan masukkan air perahan tadi ke dalamnya dan panaskan di atas api yang kecil (kat atas dapurlah, kat mana lagi...). Biarkan sampai mendidih dan mengering sehingga tinggal kira-kira tiga sudu makan saja. Biarkan sejuk dan pastu bolehlah diisi ke dalam botol kecil untuk digunakan  bila perlu. Korang nak tau, minyak wangi buatan sendiri ni boleh tahan selama kira-kira sebulan!

Begitulah caranya...

Sesiapa yang berminat tu bolehlah mencubanya dan jangan lupa bagitau Kak Yah hasilnya nanti, okay?

Di bawah ni adalah contoh bunga-bunga yang boleh diambil patinya untuk dibuat minyak wangi.

Bunga Jasmine
Bunga Melur
Alamanda (Pink)
Mawar Merah
Mawar Pink
Mawar Jingga
Mawar Putih
Mawar Kuning
Sejenis Lagi Mawar Merah

Yang Ditunggu Dah Tiba


Alhamdulillah, pagi ni  cuaca nampaknya agak mendung sedikit tetapi  tiada hujan turun. Kak Yah rasa macam tak ada mood nak turun ke taman mini Kak Yah tu. Hari ni macam ada sesuatu yang tak kena kat hati ni. Masa bangun dari tidur lagi hati dah macam nak meragam je! Kak Yah puas fikir, tetapi tak dapat juga, apa ke benda yang aku nak ni ha? Mulalah termenung sendirian. Tiba- tiba cik abang menegur.

Hai ngapa tak siap lagi dari tadi asyik diam dan termenung je?

Apa? Abang cakap dengan siapa ni? ( Kak Yah bertanya untuk kepastian, betul ke apa yang ku dengar ni?)

Disuruh siap-siap ni nak ke mana cik abang hoi?

Hai, dah lupa ke cik Yah hoi!  Kata nak pergi tengok Floria 2011  kat Putrajayakan tu kan?

Oh tidak! Tidak pernah kulupakan, malahan itulah yang kuimpi-impikan selama ini! Oh ya tak iya jugak kan. Hari ni semua jalan sudah dibuka semula, tak macam semalam, nak kemana- mana pun tak boleh, terpaksa batalkan semua program.huhuhu... Alhamdulillah semuanya dah okay.

Apa tunggu lagi, Kak Yah dah pun siap, maka bertolaklah kami dari rumah lebih kurang pada pukul 10.30 pagi dan sampai di sana pada pukul 12.20 tgh. Sampai di sana bermulalah pencarian parking, kena jugaklah 3 kali tawaf, baru dapat. Bernasib baik jugaklah masa tu ada kereta yang nak keluar. Dapatlah parking kat situ. Kebetulan tak jauh dari tempat yang nak kami tuju tu.

Nampaknya begitu meriah sekali, ramai peminat bunga datang berkunjung ke situ. Belum pun masuk ke kawasan pameran tu dah ambil gambar, memang teruja sangat-sangat. Ops!... nasib baik tak kena langgar ( tak sedar ada kereta lalu ). Cik abang punyalah cemas masa tu.

Okay, kita stop dulu. Ambil nafas dulu pastu kita jalan perlahan-lahan, tengok kiri dan kanan, jangan langar- langgar orang,  masa melintas tu pegang tangan abang ni. Bukan apa Yah, cuba sabar- sabar sikit. Lagi pun kita bukannya nak kejar apa-apa? Rileklah...cuba slow-slow sikit ye?

Hehehe, ye lah cik abang hoi! Seronok ni bang!

Iye, iye abang tau, tapi ingat apa abang cakap tadi?  Demi keselamatan kita berduakan. Kalau jadi apa-apa karang, siapa yang susah? Kita jugak, kan?

Okaylah...Yah dah ingat dah, I'm sorry...hehehe... ( Itulah "gelojoh" sangat; dah kena sound).


Oooi Cantiknya Bunga Ros Ni!

Bila sampai je kat dalam kawasan pameran bunga tu kedengaranlah suara-suara orang ramai yang berkata: "Cantiknya!...", "Amboi cantiknya!.." Eh, eh, cantiknya!" dan macam-macam perkataan lain yang menggambarkan kekaguman mereka. Kak Yah sendiri pun tak tau mana satu nak tengok dulu. Memang semuanya cantik-cantik belaka; berwana warni dan berbau harum sekali. Ada berjenis-jenis bunga ros; macam- macam warna ada! Wow! bestnya! Kak Yah terus jalan kehadapan lagi sambil mengambil gambar-gambar bunga di situ. Selain bunga ros ada bunga lavendar,salvia, cosmos, hydrangea, matahari, celosia, vinca, blue chips daisy, begonia, petunia, lilies, hibiscus, marigold, alamanda, zinnia, aster, chrysanthemum, impatience, orchids, black-eyed susans, fire flash, yesterday-today-tomorrow, forget-me-not, periwinkle, amarylilies, carnation, periuk kera, alamanda kari, bromiliad, heliconia, torenia, tagetes, dahlia (dan macam-macam jenis lagi sampai tak tersebut lagi) dan bonsai. Bunga-bunga tu dipamerkan dengan cara yang amat menarik sekali. Kak Yah dan cik abang berjalan dari satu bunga ke bunga yang lain selama lebih 3 jam. Aduh...penatnya. Kak Yah cuba nak ingatkan lagi nama bunga-bunga yang dah Kak Yah lihat tadi. Nampaknya itu saja yang Kak Yah boleh ingat, yang selebihnya nanti Kak Yah cuba pergi tengok sekali lagi ye? Memang banyak sangat jenisnya; pening kepala dibuatnya. Tapi minat punya pasal... hmmm ...tau tak pe!

Wow, Sungguh Mempesonakan!

Bunga Marigold & Celosia
Bunga Hydrangea
Mawar Harum
Salah Satu Sudut Taman Yang Indah
Denai Di Celah Bunga-Bungaan
Bunga Lily
Daisy Dan Petunia
Nyamannya!
Eh, Ada Sangkar Burung Lah!
Bunga Kekwa, Wanginya!
Putih Berseri-Seri
Taman Bunga Ros
Zinnia Berwarna-Warni
Lavendar Biru Yang Menawan Hati Si Kumbang
Orchids
Vinca Spindle
Bunga Satu Malaysia!

Laluan Kekwa
Buna Ros Luar Negara
Taman Yang Cantik Sekali
Merahnya Salvia!
Bunga Ros Yang Berwarna - Warni
Taman Orchid, Segarnya!
Cosmos, Celosia, Vinca Dan Marigold

Pastu Kak Yah masuk pulak ke pavilion bunga-bunga dari luar negara. Rasa macam tak percaya je! Lagi cantik-cantik rupanya kat dalam ni?  Dalam ni macam best je! Ada aircond rupanya. Bunga luar negaralah katakan? Kalau panas sangat, matilah dia, kan? Tapi sayangnya tak dapat nak bergambar sangat, orang bersesak-sesak. Baru nak pozing, orang dah lalu depan kita, aduh...sabar je lah... Habis tengok kat dalam kami pun keluarlah. Nampaknya perut dah lapar ni. Jom kita makan dulu bang! ( Kak Yah mengajak abang pergi makan kat gerai yang telah disediakan tak jauh dari tempat bunga tu tadi). Macam macam makanan dan minuman dijual kat situ dan harganya pun okay jugak, sedap pulak tu! Yang penting bersih dan selesa.

Aduh ... dah makan ni, mulalah berat nak jalan semula. Kak Yah rasa nak ke tandas  pulak ni.  Biasalah, kan?  Tandas pun bagus, bersih dan selesa. Lepas tu kami jalan lagi sekali sambil tengok-tengok bunga apa yang boleh dibeli nanti.
Eh, bunga ni adalah!  Berapa satu pokok ni dik? ( Kak Yah bertanyakan harga sepokok bunga tu kat adik yang jual bunga janda kaya berwarna merah ). Memang dah lama Kak Yah cari pokok bunga ni.  Yang Kak Yah dah tanam bunga janda kaya putih je. Kak Yah pun belilah pokok bunga tu.Pastu jalan lagi. Nampak pulak bunga cosmos berwarna jingga. Cantiknya! Belilah jugak; 2 pokok 10 ringgit ( boleh pilih 2 jenis pokok ). 

Akhirnya, Kak Yah pun dah tak larat.

Bang, jom kita baliklah, Yah dah penat sangat ni. Nanti kalau ada masa, Yah datang lagi. ( Mungkin boleh ajak anak bujang kami pergi pulak).

Akhirnya kami pulanglah ke rumah dengan selamatnya. Hari tak hujan dan cuaca tak panas terik pun. Alhamdulillah.... 

Terima kasih ye bang!

Floria 2011 memang menyeronokkan! Tak sabar nak pergi sekali lagi.

Hantu Bunga?

Kali ni Kak Yah nak citer tentang pokok bunga yang berhantu. Betul ke ni? Kak Yah sendiri sebelum ni tak pernah dengar pokok bunga ada hantu. Korang pernah ke? Apapun camni citernya ...

Pada suatu petang, Kak Yah rasa tak sedap badan, macam nak demam je. Mungkin sebab pagi tu Kak Yah kerja kuat sangat kot. Dari lepas subuh membawaklah ke hampir zohor, Kak Yah sibuk dengan pokok-pokok bunga kat taman mini Kak Yah tu. Hari dah panas terik pun Kak Yah tak berhenti lagi buat kerja tu. Cik abang pun dah banyak kali nasihatkan Kak Yah supaya berhenti.

Mungkin itulah sebabnya Kak Yah rasa macam tu petang tu. Jadi, Kak Yah pun keluarlah ambil angin kat taman Kak Yah tu. Tengah membelek-belek kuntum-kuntum bunga yang berbagai-bagai rupa dan warna tu, tiba-tiba Kak Yah ditegur oleh seseorang.

"Amboi, banyaknya bunga kamu Cik Yah hoi!"

Rupa-rupanya jiran sekampung; Kak Yan namanya. Dia ni orang Perak tapi dah lama menetap kat kampung Kak Yah ni sebab suaminya orang sini.

"Macam-macam bunga ditanamnya. Ngape tak kabo ke akak?" Sambil matanya memandang dari sepokok ke sepokok bunga yang ada kat situ.

"Hai, marah pulak?" Kak Yah bergurau.

"Bukannya marah Cik Yah hoi, kagum bebeno akak nengoknya! Selama ni akak tak tau lak yang Yah ni suka tanam bunga." (Tak keluar rumah agaknya akak ni, fikir Kak Yah. Mana tidaknya. Rumah Kak Yah ni betul-betul tepi jalan besar yang jadi laluan utama penduduk kat sini nak ke luar ke pekan. Akak ni pulak hari-hari lalu kat depan rumah Kak Yah ni. Tak perasan kot! Takpelah.)

"Adalah sikit-sikit, kak. Buat ngeluarkan peluh je".

Akak tu macam tak endah je kat jawapan Kak Yah. Dia masih lagi menikmati keindahan bunga-bunga tu.

"Yang ni bunga apa, Yah?" Dia bertanya sambil menunjuk ke arah pokok bunga tu.

"Oh, yang tu bunga jagung, kak. Tengok bunga tu, kan macam jagung je rupa dia. Bunga ni senang je nak tanam. Janji ada cahaya matahari. Tapi dia tak nak pulak panas terik. Kalau rajin jaga, bagi baja, siram dua kali sehari; nanti asyik berbunga je dia, kak."


Pokok Bunga Jagung

Betullah kamu ni minat bunga. Sikit akak tanya, berjela-jela kamu jawab. Siap dengan cara nanamnya sekali, heheh. Betul-betullah kamu ni rajin. Hari-harilah kamu dengan bunga-bunga ni, ye Yah?"

"Camtulah gayanya, kak."

Tiba-tiba akak tu menjerit,

"Masyaallah... Pokok ni pun kamu tanam juga? Hei budak ni... Tak ke kamu tau pokok ni berhantu?  Isy, isy, isy!

Pokok Ni Kak Yah Tanam Dalam Pasu.


Ha? Berhantu?" Terkejut beruk Kak Yah mendengar kata-kata akak tu.

"Iya Yah. Akak tengok sendiri dengan mata kepala ni."

"Ceciter kak. Boleh Yah dengar!" Tak sabar Kak Yah nak tahu kisah hantu pokok bunga ni.

"Camni citernya... Sepupu akak ni namanya Samiah. Rajin nanam bunga macam kamu juga. Pokok ni pun dia ada tanam. Tapi dia tanam dalam sabut kelapa dan digantungnya pasu tu.

Pada satu malam, masa tu lebih kurang pukul 1.00 pagi. Akak belum tidur lagi sebab panas sangat cuaca malam tu.Tiba-tiba akak terdengar Si Samiah ni bangun. Rupa-rupanya dia pun belum tidur lagi. Akak tengok dia terus ke tingkap rumah papan peninggalan arwah emak dia tu. Bila dia buka je tingkap tu, tiba-tiba suara dia menggigil-gigil memanggil akak.


"Apa bendanya Samiah?" Akak tanya sambil memegang bahu dia. Samiah tak cakap apa-apa cuma dia tunjuk ke arah pokok bunga tu. Yah nak tau, bila akak pandang ke situ akak nampak satu lembaga putih duduk atas pokok tu. Apa lagi, akak pun baca ayat Kursi banyak-banyak kali. Samiah pun baca sama. Lepas baca ayat tu barulah benda tu hilang. Hiiii seram tak tau nak cakap akak masa tu.


Pastu akak pesan kat Samiah supaya besok pagi dia buang pokok tu. Jangan harus nanam pokok rupa tu lagi kat laman rumah. Kalau tak akak tak mau balik lagi ke kampung tu.


Esoknya, dengan rasa takut tapi terkilan jugak, Samiah membuang kesemua pokok berhantu tu.
Camtulah citernya, Yah hoi. Baiklah kamu buang je pokok ni." Akak tu menamatkan citernya.

Mendengarkan citer tu, Kak Yah tak terkata apa-apa buat seketika. Antara percaya dengan tidak. Betul ke pokok ni yang berhantu atau kebetulan hantu tu duduk kat pokok tu masa tu!

"Hai nampaknya dah nak maghrib ni kak. Kita baliklah dulu ye. Yah nak masuk dululah  takut karang Yah pulak yang pengsan kat sini."

"Tapi kamu jangan lupa buang pokok tu ye?"

(Ha? Buang? Sayanglah. Pokok tu daunnya cantik; kalau dijual, mahal tu. Jawab Kak Yah dalam hati.)

"Yelah, esok Yah buang." Bila dengar kepastian dari Kak Yah, barulah akak tu beredar dari rumah Kak Yah. Hai, lega... Orang dah masuk kategori warga mas ni kenalah hormat sikit, maklum jelah kan?

Lepas solat Maghrib, Kak Yah teringat semula citer akak Perak tadi. Kak Yah pun citerlah kat cik abang.

"Keputusan kat tangan Yah," kata cik abang. "Buat je apa yang Yah pikir baik."

Malam tu Kak Yah tak lena tidur. Nak buang ke tidak pokok berhantu tu. Fikir punya fikir lama-kelamaan terus terlelap. Maklumlah dah penat dan tak sihat pulak tu.

Esoknya, pagi-pagi lagi Kak Yah dah keluarkan pokok tu dari pasunya lalu Kak Yah letakkan kat bawah pokok belimbing buluh. Tak sampai pulak hati awak nak membuangnya! Kesian, huhuhu. Sekurang-kurangnya, dapat jugalah Kak Yah tengok dia. Dalam hati Kak Yah berdoa, mudah-mudahan tak adalah apa-apa yang buruk akan terjadi kat pokok bunga tu, amin. Kak Yah ikhlas menanam pokok tu; penuh dengan kasih sayang lagi. Allah saja yang tau.Huhuhu...

Buang Tidak, Cuma Alihkan Saja Tempatnya.

Lagi Tentang Floria 2011

Hari ni keluar lagi  kat dalam suratkhabar citer pameran bunga besar-besaran kat Putrajaya yang Kak Yah tengah tak sabar tunggu ni. Kalau korang belum baca lagi dan teringin nak baca, silalah klik kat sini. Bertambah-tambahlah semangat nak pergi tengok pameran tu nanti.  Syoknya!

Tapi, hari ni jugak keluar lagi citer tentang perhimpunan besar-besaran yang nak diadakan oleh BERSIH tu. Hai, ini yang tak syoknya pulak. Yang lagi best (bukan Myvi baru, ye), kedua-duanya dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ni. Floria 2011 bermula pada tarikh tu manakala perhimpunan tu pulak pada sebelah petang hari yang sama. Takut lak nak pergi tengok pameran bunga tu! Bukan apa, pengalaman 13 Mei 1969 dulu masih melekat kuat kat ingatan yang dah tak berapa kuat ni. Camner ye? Oh, tapi takpe. Sebab pameran tu akan berlangsung sehingga 17 Julai. Banyak masa lagi, kan? Tak dapat pergi pada hari pembukaan tu, boleh pergi hari lain! Yeh, dapat jugak Kak Yah pergi!

Peminat-peminat bunga semua, jom pergi ke Floria 2011 ramai-ramai dan jumpa di sana, di sana, di sana, hehehe!

( Klik kat sini untuk menonton video tentang Peristiwa 13 Mei 1969 yang Kak Yah takut tu. )

Salah Satu Gambar Dari Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...