Bunga Dan Racun

Yahoo! (Bukan Yahoo kat internet tu, tapi yahoo seronok; sangat seronok!) Esok cuti lagi bolehlah buat kerja lebih sikit nak rawat bunga-bunga tu, bestnya! Kak Yah nak bubuh baja bunga untuk pokok-pokok  yang berbunga dan baja tahi ayam untuk yang berdaun hijau. Tapi kalau baja bunga dah habis, Kak Yah pakai baja tahi ayam jugak (untuk semua pokok-pokok tu). Asal jangan mati sudah, hehehe...

Seronoknya malam ni: Kak Yah sedang santai tengok buku gardening yang Kak Yah beli tempoh hari. Buku ni agak mahal harganya, tapi kalau dah minat tu belilah jugak, kan? (masa tu anak bujang yang belanja). Kak Yah  memang tak pernah bosan kalau tengok gambar bunga-bunga yang ada dalam buku tu. Best sangat! Tapi...perut pulak meragam, macam mana ni? Aduh! Gastriklah pulak. Biasalah Kak Yah ni, selalu tak ingat nak jaga kesihatan, asyik ingat nak jaga bunga je! Waktu petang biasanya minum petang; makan goreng pisang ke atau kuih cakoi dan minum kopi. Petang tadi perut ni tak terasa lapar pulak sebab tulah tak makan.

Kak Yah pun stop kejap (nak ke dapur ambil makanan). Sebelum ke dapur Kak Yah tengok jam dinding baru pukul 9 malam, sempatlah nak berblog pasni nanti (cadangnya).

"Bang! Yah nak makan ni, abang nak join sekali ke?"

"Haik! Sejak bila makan waktu malam ni?"

"Alah... laparlah, tadi terlupa nak makan!"

"Hmhmhm...Takpelah. Yah makan sorang jelah. Abang masih kenyang lagi..." (Cik Abang macam tak berkenan je bunyinya).

 Kak Yah pun santaplah sorang-sorang ...

"Sedap jugak sambal udang petai ni, ye! Hehehe..."

 "Kunyah perlahan-lahan, nanti tercekik," Cik Abang  macam nak marah je tu!

"Bukan marah, cuma nasihat." Haik? Faham pulak dia, ye.

Belum sempat Kak Yah menghabiskan makanan, tiba-tiba plop! Rumah jadi gelap-gelita...

"Alamak! Blackoutlah! Apa yang nampak lagi ni? Sambal udang petai pun dah tak nampak, macam mana nak terus makan ni?"

Takut nanti Kak Yah betul-betul tercekik, parahlah dibuatnya.

"Bang! Gelap ni... Abang duduk kat mana?"

"Nanti abang pasangkan lilin.Yah duduk diam-diam kat situ, okay!"


"Abang pasang lilin tu banyak-banyak ye, nanti teranglah rumah kita bang?"

"Kata jelah awak tu penakut."

Wow! Sekarang semuanya dah nampak.  

"Lagi best, macam Deepavali pulak, ye bang!"

"Hai Cik Yah sayang! Besok kan Perayaan Deepavali, dah tak ingat ke?"

"Iyelah bang! Macam tau-tau je nak blackout malam ni, hahaha...".

Pas makan ni rehat jelah nampaknya. Apa nak buat lagi kalau dah takde elektrik. Nak tengok tv pun tak dapat. Tidur jelah nampaknya. Kalau besok cuti Deepavali, baik Kak Yah pergi nursery (itupun kalau dia bukak; dapat cari bunga yang dah lama Kak Yah cari-cari ni. Korang nak tau bunga apa yang Kak Yah cari?

Namanya sedap didengar dan rupanya jugak sangat menawan dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Bunganya berwarna-warni; ada yang merah, ada yang kuning, oren, putih, pink dan banyak lagi. Tapi sayang seribu kali sayang.... kalau tersentuh lalu terkena getah batang pokok tu boleh menyebabkan banyak penyakit dan kalau termakan banyak boleh membawa maut rupanya; kerana keseluruhan bahagian tumbuhan itu sangat beracun. Oleander namanya. Memang sayang seribu kali sayang, sebab tauke kat nursery tu pun dah tak jual bunga tu dah... bahaya katanya. Tak dapat beli pun tak apalah, janji dapat tengok gambar-gambarnya.

Inilah Bunga Itu: Oleander Namanya
Ini Biji Benihnya
Yang Ini Pulak Putiknya
...dan Yang Akhir Sekali Ni ialah Pokoknya!


Happy Deepavali kepada sesiapa yang merayakannya!

P.S. Citer tentang bunga beracun ni, Kak Yah teringat pulak kat sebuah lagu. Klik video kat bawah kalau nak dengar lagu tu.




(Foto-foto: Wikipedia)

Bunga Serammm ...

"Tak kiralah apa nak jadi, cakaplah apa yang abang nak cakap. Yah tetap duduk kat sini je! Yah tak nak ke mana-mana dah! Abang boleh faham tak?" Kak Yah bersuara dengan nada yang agak keras sedikit.

Kalau korang nak tahu malam ni  malam Jumaat; siang tadi ada orang kat kampung Kak Yah ni meninggal sakit paru-paru berair ( dapat info ni dari jiran). Dah tua dah, umur pun dah 71 tahun dan telah selamat dikebumikan pada pukul 12.30 tgh tadi. Salam takziah buat keluarga yang kehilangan tu. Al-Fatihah ...

"Apa masalah Yah malam ni?" Cik Abang cuba meneka apa masaalahnya.

"Abang tak terasa ke malam ni agak pelik?"


"Kenapa pulak Yah cakap macam tu?"

"Abang ni betul-betul tak sensitiflah. Cuba abang tengok kat luar tu dahlah hujan lebat, gelap, petir pulak berdentum-dentam. Apa abang tak perasan ke?"

"Perasan apa?" Cik Abang tambah bingung.

"Masyaallah...orang tua ni betul-betul tak fahamlah!"
Kak Yah dah naik hangin.

"Ooooh... baru abang faham. Yah takut ye? Patutlah Yah tak keluar tengok bunga-bunga kat taman tu! Selalunya tak kira siang atau malam, asyik dengan bunga-bunga tu je! Abang tak suruh Yah keluar pun ... habis tu apa yang Yah takut sangat-sangat ni?"

"Macam ni, bang ..." Kak Yah pun jelaskan pada Cik Abang.

"Lepas solat maghrib tadi, Yah keluar kat laman tu cuba nak alihkan pasu bunga yang satu tu sebab dalam pasu tu penuh dengan air hujan. Yah takut nanti bunga tu mati. Susah nak bela bunga tu; kalau dia mati sayanglah, mana nak cari lagi. Kalau patah tumbuh hilang berganti, takpelah ... tapi kalau yang ini mati dah tak ada ganti, huhuhu... Masa nak alihkan pasu tu, tiba-tiba Yah terdengar ada suara yang panggil 'mama'...Tapi lain macam je suara tu. Masa tu bau waaa...ngi sangat. Yah pun terus melompat masuk ke dalam rumah. Masa tengah ketakutan tu, abang tanya-tanya Yah pulak."

Memang masa tu Kak Yah tak boleh kawal perasaan takut yang amat sangat bercampur marah, sebab Cik Abang buat muka macam tak kisah. Siapa yang tak hangin! Kak Yah duduk dan tak bangun-bangun dari katil sambil berselimut macam orang hilang akal. Pastu Kak Yah terfikir pulak sesuatu. Bunga apa agaknya yang berbau wangi sangat malam-malam begini? Dalam hujan lebat pun boleh mengeluarkan bau yang wangi! Inilah yang membuatkan Kak Yah tak betul fikir ni.

Nampaknya hujan sudah mulai reda tapi belum berhenti lagi. Petir pun dah berdentum kat tempat lain. Rasa takut dah kurang dah. Tapi...  malam ni sejuk sangat sampai menggigil badan dibuatnya. Macam mana nak lelapkan mata malam ni, ha? Yang berbau harum satu hal, yang suara memanggil-manggil tu apa hal pulak? Seram...seram...

Tiba-tiba abang panggil Kak Yah. Sekali lagi Kak Yah terkejut! Kus semangat ......

"Marilah minum kopi panas ni! Pastu barulah masuk tidur. Buat apa duduk lama-lama kat katil tu? Dah jadi macam hantu bungkus je!  Abang pulak yang pengsan karang, hehehe... Sudahlah tu, jangan takut sangat." Cik Abang cuba memujuk.

"Tapi yang bau wangi tu apa, bang?" Kak Yah masih belum puas hati lagi.

"Alah... bunga sedap malam kan wangi baunya. Asal malam  berbau wangi, asal wangi tu waktu malamlah. Apa yang Yah nak pelikkan sangat. Kalau takut, bacalah ayat Kursi banyak-banyak kali sampai pagi....." Cik Abang cuba mententeramkan Kak Yah. "Susah jugak kalau penakut sangat." (Tang ni dia perlahankan suara dia.) 

"Apa? Oh... cakap orang penakut ye? Ingat Yah tak dengar, ye.. Nanti abang!".

Bunga Sedap Malam ( Polianthes tuberosa )

Kalau korang nak tahu, Bunga Sedap Malam ni juga dipanggil Bunga Sundal Malam. Tapi Kak Yah lebih suka nama Sedap Malam sebab perkataan 'sundal' tu kan bermaksud 'wanita yang tidak bermoral dot dot dot'... Kak Yah kurang setuju dengan nama kedua ni. Cuba lihat di India; di sana bunga ini disebut Ratkirani atau Ratu Malam. Kat Iran pulak diorang panggil Maryam, nama wanita. Kan sedap sikit bunyinya tu ,,,

Tak kisahlah apa nama bunga ni. Yang pastinya bunga ni mekar pada waktu malam sambil mengeluarkan bau yang sangat harummmm yang kadang-kadang membuat kita terasa serammmm!

(Gambar: Dari Wikipedia)

Pokok Keladi Menjadi-Jadi

Pagi ini cuaca  mendung dan sejuk sekali sebab hujan turun sejak dari petang semalam tak berhenti-henti sampai ke subuh tadi. Seperti biasa Kak Yah dah pun turun ke taman nak tengok bunga-bunga tu, macam biasalah ( dah jadi rutin, gitu, hehehe). Masa tu dapatlah menghilangkan stress sebab dapat menghirup udara segar; buat senamam sikit-sikit dan dapatlah tengok  burung, tupai, ayam, kucing dan macam-macam lagi (monyet pun ada!)  Burung-burung berterbangan dan berkejar-kejaran dengan pasangan  masing-masing. Memang tak dapat nikmatnya yang sebegini kalau Kak Yah masih duduk kat bandar. Tapi satu je yang tak best, hmhm...nyamuk ...memang banyak.  Biasanya sebelum membuat kerja di taman, Kak Yah dah sapu repellent (ubat penghalau nyamuk) kat seluruh lengan dulu, jadi taklah digigit nyamuk. Kalau tidak dah tentu bengkak-bengkil seluruh badan. Jangan main-main oi...ini nyamuk kampung; kuat gigitannya! Kalau kene gigit, tiga hari belum tentu hilang bisanya, gatal dah tentu punya!

Pokok Keladi Seberang

Nampaknya dah pukul 8.30 pagi ni. Cik abang dah bersiap ke? Katanya nak pergi servis kereta kat Ampang.

Dah siap dah!  ( Dengar je dia, ye!) Yah bila nak siap pulak? Nak servis kereta kena pergi awal, kalau tak nanti puaslah kena ikut turn.

Okaylah bang. Tunggu sekejap ye,Yah siap dulu.

Nasib baik sampai awal kat woksyop tu. Terus je mekanik tu buatkan. Pa tu Kak Yah dan Cik Abang terus pergi Care4 untuk sarapan. Masa ni cuaca dah cerah dan nampak matahari dah keluar. Kak Yah kalau cuaca dah mula cerah macam ni, apa lagi mood Kak Yah pun penuhlah. ( Haik! macam bateri henfon pulak! Pakai charger, hahaha).

Pokok Keladi Sebaring (Bukan Seberang)

Hai perut dah diisi, barulah tak stress lagi. Kalau lapar...confirm stress. Dah tentu Kak Yah pulak kena hantar servis, hahah...

Dah memang betullah tu Yah, ( kata cik abang ). Pas makan ni Yah pergi lah kat bahagian gardening dalam Care4 tu, dan bolehlah survey apa yang patut. Yah kan rajin window shopping, kan? ( Izin dalam sindiran ke ni, hehehe ).

Pokok Keladi Tikus - Ubat Barah (Cancer)
 Kat Gardening Section...

Syoknya ! Dah lama Kak Yah nakkan pokok keladi ni. Dah jarang jumpa jenis keladi ni. Kalau ada kat nursery pun tak sempat nak beli dah habis. Kak Yah pun belilah satu. Harga tak usah ceritalah...biasalah, kan. Kalau yang cantik tu tentunya mahal, kan? Ini baru beli pokoknya, belum nak beli pasunya lagi. Tengok bajet dulu. Alahai! Bajet tak berapa nak cukup hari ni. Nampaknya Kak Yah beli pokoknya saja dulu. Sebab pokok keladi ni sesuai ditanam dalam pasu yang besar, macam yang Kak Yah jual kat kawan Kak Yah tempohari tu. Kak Yah beli pokok keladi ni lagi, sebab ada sambutan, ada jugak pelanggan yang bertanyakan tentang pokok-pokok keladi ni. Minggu ni hari-hari  Kak Yah cari pokok keladi.

Hari-hari cari pokok keladi, mudah-mudahan bisnes menjadi-jadi, hahaha...Insyaallah...!

Pokok Keladi Merah (Foto: CS Ooi)


 (Gambar-gambar Dari Wikipedia dan http://my.thanhsiang.org)

Pasu Dedaun

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberikan kesihatan yang baik sekali lagi. Hari ini Kak Yah rasa macam seronok sangat sebab badan terasa segar dan selera makan pun dah okay. Sebelum tu tak selera sangat nak makan; walau pun lauknya sedap-sedap tapi tak berselera jugak. Makan tu makanlah tapi cuma sedikit je!  Nak kata sakit tu tidak jugak, tapi mungkin kesunyian agaknya, atau dah nak menampos (menopause), hehehe. Maklumlah baru-baru nak membiasakan diri menjadi sorang ibu mithali ( kononnye). Hari-hari memujuk hati supaya tak rindu sangat-sangat kat anak bujang yang dah jadi suami orang tu lah...hehehe Kekadang terlalu ingat-ingatkan sangat boleh sasau jugak ni. Maklumlah, selama ini dialah best friend Kak Yah, sekarang tak lagi. Tapi Kak Yah faham dan Kak Yah mesti kuatkan semangat untuk menjalani hidup seperti biasa. Apa yang penting  cik abang tetap menyokong hobi yang Kak Yah sedang usahakan ini.

Bang! Oh Bang! Hari  ni Yah nak cari pasu yang cantik sikit boleh?

Sebab Yah dah janji dengan kawan  semalam. Dia berminat nak beli bunga keladi yang bercorak-corak tu, tapi dia nak dalam pasu yang besar, boleh tak?

Kawan yang mana?

Cik abang nak cari tau jugak nampaknya! Good response. Line okay nampaknya ni. Macam ni baru bisnes ana boleh maju. Ente tolong ana, itu sudah baguslah....hehehe...

Okay, jom pergi sekarang! Kalau lambat nanti jalan sesak.

Banyak terima kasihlah cik abang. Ana siaplah...hahaha. Hari ini memang banyak seronoklah... ana cakap serupa Arablah...

Nampaknya siaran Radio Arab dah cover kawasan kampung ni agaknya, hahaha...

Apa bang?

Tak ada apa-apa. Kereta okay ke? Boleh start tak?

Okay je! ( Senyum-senyum pulak abang ni ).

Pasu-pasu ni semuanya cantik, tentu harganya mahal ni. Tapi Kak Yah dah janji  dengan kawan nak hantar bunga tu petang ni.

Tiba-tiba tauke nursery tu tanya.

Hai Kak Yah, nak beli pasu ke hari ni? Stok baru ni rugi tak beli, cantik dan besar-besar! Kalau Kak Yah nak, harga boleh runding macam biasalah. Kak Yah kan pelanggan tetap saya.

Oh ye ke! baiknya hati awak ye? Mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki, Amin.

Kak Yah pun pilihlah pasu yang besar-besar dan yang sesuai dengan pokok dedaun tu nanti. Nak jual kat pelanggan mestilah  kena hias cantik-cantik, supaya pelanggan puas hati dan datang beli kat kita lagi. Siapa yang untung? Kak Yah...jugak. Alhamdulillah...

Dah Siap Tanam Dalam Pasu
Beratnya Pasu Ni!
Daun Yang Sangat Cantik
Alamak, dah ditanam dalam pasu lagi nampak grand ni. Macam mana nak jual ni?

Hai kenalah jual dulu, kan dah janji dengan kawan tu? (Cik Abang memberi nasihat.) Kalau Yah nak buat koleksi sendiri, nanti kita pergi beli lagilah. Jual yang ni dulu, pastu beli lagi, okay?

Baiklah bang!

Hai macam mana nak bisnes ni cik Yah  hoi! Asal  cantik je nak buat koleksi. Lagi banyak yang terjual lagi banyak poket terisi, hahaha...( Perlilah tu).

Taksub Dengan Bunga

Hari ni cuaca agak panas pada sebelah pagi dan tengah hari, manakala sebelah petang cuaca agak mendung dan kedengaran bunyi kilat yang agak kuat di beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat ini. Tapi sehingga lewat petang tadi tak ada hujan pun yang turun.

Haik! Hujan turun sebelah malam rupanya. Hujan yang turun tu pun hanya sekejap-sekejap. Sekarang dah pun berhenti. Alhamdulillah sejuk sikit malam ni.

Siang tadi Kak Yah sempat jugak berinternet; tengok semula gambar-gambar bunga yang Kak Yah ambil semasa Floria 2011  di Putrajaya hari tu. Kak Yah bercadang nak carilah bunga-bunga tu kat nursery nanti. Dah ramai yang cadangkan Kak Yah supaya  pergi cari bunga-bunga tu kat nursery Sungai Buluh yang agak jauh jugak dari kampung Kak Yah ni. Di situ kan tempat jual bunga yang terkenal, macam-macam ada.

Kak Yah bawak je duit banyak-banyak;  boleh beli apa saja yang Kak Yah suka, kata diorang tu ( kengkawan Kak Yah ). Bunga-bunga kat situ murah-murah harganya, kata diorang lagi. Hmmm, betul jugak cadangan tu.

Bila tengok  gambar-gambar bunga tu semula, rasa macam nak pergi balik kat pesta bunga tu. Apa tidaknya, cantik-cantik, wangi-wangi dan colourful lagi! Kekadang teringin jugak nak hiaskan taman mini Kak Yah ni serupa macam diorang buat tu, tapi tentu banyak belanjanya, kan?

Bunga Zinnia Yang Berwarna Warni

Taman Yang Indah Sekali
Nak Cuba  Buat Taman  Macam Nilah
Wow! Hiasan Yang Sungguh Unik Sekali


Hmm...sabarlah dulu Cik Yah... Kalau abang jadi jutawan nanti, abang buatkan untuk Yah, ye!

Eh,eh, ada abang rupanya!

Insyaallah, insyallah...l Sabar ye Cik Adik.

Oh ye! Ada satu bunga ni, Kak Yah jumpa kat nursery yang biasa Kak Yah pergi tu minggu lepas. Tapi tauke tu, Si Kay namanya, tak jual pulak bunga tu. Katanya dia baru dapat bunga tu dan nak jaga dulu, supaya dia tahu kerenah pokok bunga tu. Kalau tak silap Kak Yah, namanya bunga Daisy. Masa tu Kak Yah memang frust sangatlah tak dapat beli bunga tu. Kak Yah ingat Kak Yah sorang je nak tambah koleksi, rupanya tauke bunga ni pun sama, hahaha.... Macam tulah perangai seseorang yang dah taksub sangat dengan bunga.

Ini Bunga Daisy Kan?
Bangun pagi tengok bungo, tongah hari tongah paneh tengok bungo, bilo dah potang siram bungo, malam hari tido sobolah pasu bungo, dah torok penyakit budak Yah ni, apo nak dikato, hehehe...( Orang yang tengok lagi betambah-tambah parah nampak ehhh). Hahaha...soba jolah...

Bunga Main Hujan

Hujan sepanjang hari tidak mematahkan semangat Kak Yah untuk turun menjenguk bunga-bunga yang telah ditanam buat sekian lamanya.

Waduh, baik punya intro!

Hujan, panas, mendung tu perkara biasa je, kan? Dalam hujan begini kalau nak turun ke taman, uniform kene pakai yang lebih canggih lagi. Apa tidaknya, dengan baju hujan, kasut boot (boot tu kasut yang sampai paras lutut), topi lagi...tapi bukan topi keledar ye,hehehe... Siap, apa tunggu lagi? Jom main hujan....

Hari ni Kak Yah tak payah siram pokok-pokok ni, tapi cuma gembur-gemburkan tanah dan buangkan daun yang dah mati tu saja. Tak susah pun sambil main hujan. Hujan kali ni taklah lebat sangat, tapi basah lenjun jugaklah kalau tak pakai baju hujan. Bestnya! Oh...oh...oh...siap menyanyi lagi tu! Tiba-tiba cik abang  jerit dari dalam rumah.

Basah Kuyup Ditimpa Hujan
Cantiknya Walaupun Basah!
Segarnya Bila Dapat Air!
Tak Payah Nak Siram Lagi

Suara agak keras ni? Oops! Apa dia nak agaknya ye? Tak jelas apa yang disebutnya. Kak Yah cuba datang dekat pintu dapur tu. Baru jelas:

Ya... best sangatlah tu, nanti kilat berbunyi karang, takut-takut  Yah pengsan kat situ jugak!... Awak tu kan  takut ke petir. Lagi pun masa ni sihat, malam karang aduh sana, aduh sini, siapa nak tolong. Jadi, kenalah beringat-ingat sebelum pengsan! (Radio Era tanpa henti dah memulakan siarannya, hahaha...)

Kak Yah pun jawablah (tapi slow je, berani-berani takut):  Alah! Bukannya selalu dapat main hujan macam hari ni!. (Kalau cik abang dengar...mam....pus...hehehe...). Takde jawapan! Nasib baik dia tak dengar. Selamat aku!!!

Kak Yah sebenarnya seronok sangat-sangat tengok bunga-bunga tu berkembang, Ada yang kecil ada yang besar bunganya dan berwarna.warni pulak tu. Malahan pokok yang jenis berdaun saja tu pun cantik. Tambahan hari hujan, daunnya bertambah-tambah cantik dan menghijau dek kebasahan; itu yang membuat hati Kak Yah tak tenteram nak duduk dalam rumah. Kalau dalam rumah Kak Yah asyik tengok kat tingkap je! Rasa macam tak okay je...hmhmhm...

Sudahlah tu ... Masuklah ke dalam rumah ... Esok-esok kan ada. ( Haik?! Bersiaran semula Radio Era ni rupanya).

Yelah cik abang oiii...! Memanglah esok masih ada, takut-takut nanti saya yang takde! Hahaha...

Hai macam tulah kalau dah minat, kan! Sentiasa je sanggup nak berkorban apa saja.

Memang betul sangat tu! (Isy...isy...isy...bunyi lagi.....! Nanti kejap ye... Plup! Ha... baru lega, dah senyap!  Hehehe....Kak Yah dah matikan suisnye! )

Gadis Cantik

Hai, kawin, kawin. Pasni takdelah anak yang nak kawin lagi dah; dua-dua anak dah kawin, tapi...takut-takut nanti Cik Abang lak yang nak kawin lagi satu! hahahah...Hai kalau betul cara dan adab sopannye apa salahnya, kan? Lagi pun cik abang baru warga perak, belum warga emas lagi, masih okay, hahaha... ( Ada ke yang nak sms malam ni? Talian percuma hehehe... Kalau ada, tambah ramailah kita ye, hahaha... sanggup ke? hehehe... Abang kene cari yang solehahlah nampaknye! Senang nak citer...)

Hari ni barulah dapat melayan bebudak ni ( bunga-bunga kat taman mini Kak Yahlah, siapa lagi ). Kesian diorang, dah lama tak dibelai dan dimanja. Inilah masanya untuk diorang dirawat kembali. Amboi, cantiknya! Kuningnya bunga dia. Inilah bunga tahi ayam yang Kak Yah tanam dulu. Sekarang dah berbunga, banyak pulak tu bunganya. Tapi yang Kak Yah pelik tu, kenapa pokoknya tinggi sangat ye? Mungkin terlebih makan agaknya. Tak kisahlah tu, asalkan jangan mati sudah.


Inilah Bunga Tahi Ayam Tu!


Alamak! Terlupa pulak nak tanam bunga yang Kak Yah beli semalam kat Care4.

Bang! oh bang! Boleh tolong ambilkan anak pokok bunga yang Yah beli semalam tu! ( Kak Yah mintak tolong kat abang ambilkan bunga tu ).

Kak Yah beli satu jenis je. Bunga yang dijual tu banyak, tapi yang berkenan cuma yang ini.

Hai kakak! mahu cari bunga apa? (Nyonya penjual bunga dah mula melayan pelanggan) .

Saya tengok-tengok dulu ye!  (Dia setuju).

Tengok punya tengok, tetiba Kak Yah nampak satu pokok ni, berkenan pulak yang ni. Selama ni Kak Yah tak dapat beli bunga ni. Mungkin tempat jual bunga yang biasa Kak Yah pergi tu dah habis stok agaknya.

Nyonya, saya mahu beli yang ini lah. Apa dia punya nama?

Inilah Si Gadis Cantik Tu!


Cina punya nama saya tau, tapi Melayu punya nama  saya tak tau. Biasa ada orang panggil ini pokok bunga serupa pompuan muda yang cantik lo... ( Oh.... gadis cantik rupanya). Kak Yah panggil bunga ni, pokok bunga tasbih ( Canna).

 Kenapa panggil itu nama?

Sebab ini pokok bunga , dia punya bunga merah, lagi besar dan nampak mudalah...hahaha...

Baru Kak Yah tau kenapa  bunga tu dipanggil  Gadis Cantik.

Kak Yah pun belilah bunga tu dan menanamnya kat taman Kak Yah. Mudah-mudahan ia akan hidup subur dan cantik seperti namanya.... ( Amin ...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...