Jobdirumah

Advertlets

Tuesday, January 10, 2012

Bunga Musim Panas

Pagi-pagi lagi cuaca dah panas. Cahaya matahari cepat sangat terbit, tak sempat nak kejar; nak  alihkan pasu-pasu yang bunganya tak tahan cuaca panas. Kalau lambat sikit je, habislah bunga-bunga tu layu. Tapi kalau untuk bunga-bunga yang tahan panas, dioranglah pulak raya sakan bermandikan cahaya matahari macam orang putih kat tepi pantai tu lah..hahaha... Kembang sana, kembang sini, tersangatlah cantik. Masa ni jugaklah biasanya Kak Yah ambil kesempatan "memfoto" bunga-bunga tu. Memang dah lama sangat Kak Yah tunggu saat begini. Sekian lama bunga-bunga tu tak mengeluarkan bunga sebab hari asyik hujan je. Sekarang masa diorang pulak.

Tapi bagi pokok-pokok berdaun hijau, terpaksalah Kak Yah beri perhatian lebih. Penat jugaklah sekarang ni  nak siram pokok-pokok tu; tak boleh lupa langsung. Kalau terlupa nak siram, takut-takut nanti semuanya layu dan tak mau hidup lagi. Kak Yah jugak yang kecewa, huhuhu...

Kalau nak kata mana yang lebih baik, tanam pokok bunga musim panas ke  atau bunga musim sejuk, Kak Yah pilih yang musim panas. Sebab bunga-bunga ni akan kembang dan halaman rumah kita nampak berwarna-warni lagi berseri-seri dan harum pulak baunya . Siang malam berbau wangi. Berbaloi jugak, kan? Sudahlah cantik dipandang mata, berbau harum sentiasa. Betul tak wahai kekanda?

"Dah agak dah, memang semangat dia ni tak akan luput ditelan masa. Cik Yah kita dah dilamun ombak bau." Cik abang bersuara.

"Bukan ombak rindu, ye." balas Kak Yah dengan segera.

"Yelah tuu ... Whateverlah ..."

Bunga-bunga musim panas ni senang nak jaga. Kita cuma perlu siram pokok-pokok tu 2 kali sehari. Pastikan jangan siram terlalu banyak; mati nanti.  Pastikan air siraman tu sampai kat pangkal pokok-pokok bunga tu. Cantas ranting pokok yang dah mati. Baja seperti biasa. Yang penting semua pokok-pokok tu dapat keperluannya setiap hari.

Jenis-jenis bunga musim panas yang ada Kak Yah tanam kat taman mini Kak Yah ni ialah: Bunga Marigold Oren dan Kuning, Cosmos, Petunia, Vinca (White dan Purple), Alamanda Kuning, Bunga Butang Ungu,  Bunga Balung Ayam Merah,  Bunga Jasmin dan banyak lagi yang ada ( tengoklah dan nikmatilah kecantikan bunga-bunga tu kat bawah ni ... )



Marigold Kuning
Bunga Ixora
Bunga Cosmos Kuning
Bunga Vinca
Bunga Crossandra
Bunga Lantana Camara
Bunga Siantan
Bunga Balung Ayam
Bunga Butang Ungu
Bunga Matahari Kecil
Bunga Petunia
Giant Mexican Sunflower
Cosmos Oren
Bunga Matahari

11 comments:

Anis's Journal said...

wah... banyaknye bunga!! kak yah same macam abah ambe, suke sgt tanam2,buah salak pun ade even ambe ni duk kawasan perumahan jek.

Kak Yah said...

tk lah banyak sangat. Adalah sikit.Kawasan kecil tu tk kisah, janji tanam macam2 jenis bunga, cantiklah. hehehe...

che dai said...

kak yahhhh, cantiknya. Ini laman kak yah eh? nak buat lawatan boleh? ai suker.

Kak Yah said...

laman kecik keliling rumah jer... :-) terima kasihlah u suker. kak yah tanam bunga ni pun suker2 jer.

Nitesky said...

Macam beli ready made je nampak. Tapi kalau semai sendiri dari benih iolls kagum uolls

Kak Yah said...

Memang semai dari benihnya.Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya menjadi. Sebagai hobi sudah tentunya berbaloi... Kalau nak benihnyanya pm kat fb k'yah atau email je.

ummuaidan said...

Salam...cantiknya bunga2 tu mesti laman luas kan boleh tanam banyak2...
anyway have u try to plant bunga matahari?

Kak Yah said...

Wslm.Bunga matahari kecil dan yg besar k'yah dh tanam tp sekarang tinggal giant mexican sunflower dn mexican sunflower warna merah oren tu je.Sbb biji benih bunga matahari yg besar tu dh dijual kpd kawan2 kt Group Jom Tanam Bunga fb k'yah. Kalau nk biji2 benih bunga2 yg lain tu call k'yah dulu kt 012-6157081.

asnorida mahmud said...

Kak yah ade benih pkk bunga butang? Ade kaler ape jer?

Kak Yah said...

Salam Asnonda. Buat masa ni Kak Yah hanya ada bunga butang warna ungu tua dan ungu muda (dark purple and light purple). Tapi benihnya belum cukup kering. InsyaAllah seminggu lagi baru boleh order. Kalau nak, call/sms Kak Yah: 012-6157081.

Izzatul Azima said...

Wah.. cantik betul la kak yah.. saya penah gak tanam bunga2 ni tapi mati je. Xtau kat mana salahnya. Ade tips ke kak yah.. nk jgk cantikkan laman. Saya tanam adenium je kak.Klu rajin siggah blog saya iazima.blogspot.com. Tp tanam skit2 je. Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...