Jobdirumah

Advertlets

Sunday, May 27, 2012

Tips Tanam & Jaga Bunga Kertas (Bougainvillea)


Kali ni Kak Yah nak berkongsi dengan korang cara menanam dan menjaga bunga kertas atau cakap omputehnya bougainvillea.

Pokok Bunga Kertas Pink/Purple


Mula-mula, tanah yang digunakan hendaklah dari jenis tanah campuran. Maknanya, campurkan tanah bakar dengan baja organik dan pasir sungai. Kenapa pasir sungai? Supaya tanah tu jadi poros; senang air mengalir melaluinya. Bunga kertas tak suka pada tanah yang menakung air.


Bunga Kertas Pink/Purple


Tapi ingat, sebelum tanah campuran itu diisi ke dalam pasu, letakkan serpihan pecahan pasu ataupun pecahan batu bata untuk menutup sebahagian daripada lubang pasu. Pastu barulah letak baja organik atau tahi ayam yang dah diproses setebal lebih kurang 2 inci. Akhir sekali masukkan tanah campuran.

Pastikan tanah di dalam pasu tu selalu digemburkan supaya udara di dalamnya dapat beredar dengan baik. Jangan lupa untuk menyiram pokok bunga ni tapi pastikan siraman itu hanya terkena pada tanahnya saja. Tak payah nak basahkan keseluruhan pokok.

Pokok Bunga Kertas Merah


Semasa pokok itu membesar, pangkaslah selalu daun-daun dan ranting-ranting yang mati supaya pucuk baru  dan bunga boleh keluar dan hidup subur.

Bajalah dua minggu sekali dengan baja organik dan sebulan sekali dengan baja kimia yang banyak mengandungi kalium. Sukatannya ialah kira-kira satu sudu besar.

Bunga Kertas Pink Orange

Akhir sekali, pastikan pasu bunga kertas ni berada di bawah cahaya matahari dan tidak terlindung atau lembap. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan kulat.

Jika korang amalkan tip-tip ini, insyaallah pokok bunga kertas korang akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan bunga yang cantik.

Bunga Kertas Jenis Ni Bercampur-Campur Warnanya

9 comments:

lynnhelite said...

Kak Yah,
Lily dah diterima hari nih... excited sgt nak tengok dia berbunga..brapa lama agaknya?

Kak Yah said...

Alhamdulillah bunga tu dh sampai.Ramai pelanggan yg dh terima tu pn tk sabar2 nk tanam. Tp jgn bimbang, sbb bunga lily ni mudah nk hidup dn mudah jugak membiak. Nk tanam dlm pasu pn boleh ditanam terus kt tanah secara berbaris pn boleh. Lily yg kak yah tanam tu ambil masa dlm 3 bulan baru berbunga, sabarlh ye....

Alya Asliah said...

Salam kak Yah,kawan bru bgi bunga lily kat sy..msalahnya skrg bunga 2 xda akar,cana nk bagi dia berakar ar??
syanglah bunga 2 klu mati..lgipun sy mmg suka sgt bunga ni..:)

Kak Yah said...

Waalaikumussalam Alya. Bunga lily biasanya dibiakkan melalui bebawang. Bila ditanam, bebawang tu akan bercambah jadi pokok. Bebawang itulah akar dia. :-)

ELizabeth Lasong said...

Hai...sy peminat bunga kertas. Kebykn bunga yg sy tanam adalah bunga kertasyg dibeli. Bagaimana tips menanam bunga kertas dgn batangnya?

Kak Yah said...

hai elizabeth.. kakyah dah banyak tulis ttg bunga kertas ni. sila baca kat:
1. http://jomtanambunga.blogspot.com/2011/03/bunga-kertas.html
2, http://jomtanambunga.blogspot.com/2011/06/kertas-yang-bukan-kertas.html

Mariana Nazri said...

Assalam kak nk tnya la mcm mana bg pokok bga kertas yang susah nak kluarkan.bunga nie...puas dah kasi baja..

Rosdiana Rusli said...

Assalam..Kak Yah maaf tnya sy ad trbaca ttang nk tanam pokok bunga kertas tanpa akar, bebawang tu ape?

Kak Yah said...

Waalaikumsalam Rosdiana. Pokok bunga kertas memang boleh ditanam daripada keratan batang (tanpa akar). Bebawang pulak ialah akar pokok yg berbentuk ubi. Pokok bakung atau lain2 jenis lili ditanam dpd bebawangnya. Baca tentang bunga lili di sini: (1)Cik Lili Dengan Cik Tik dan (2)Lilyku Berbunga Lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...