Floria Datang Lagi!


Floria 2012 (Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012) yang Kak Yah tunggu-tunggu akan tiba pada 30 Jun 2012 ini. Seronoknya! Tak sabar nak pergi tengok bunga-bunga yang cantik-cantik dan menawan tu. Memang tepatlah dengan tema tahun ni iaitu Bunga Kertas - Cantik Menawan (Bougainvillea - Enduring Beauty).

Kepada sesiapa yang belum tahu tu, Floria kali ni akan diadakan di Waterfront (Pesisiran Tasik), Precinct 2, Putrajaya dari 30 Jun 2012 hingga 8 Julai 2012. Waktu dibuka ialah dari jam 9.00 pagi hingga 10 malam (Isnin - Khamis) dan dari 9.00 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat - Ahad). Masuk PERCUMA (tapi keluar kena bayar, hehehe gurau jer...).

Kalau nak info selanjutnya sila ziarah http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html.

Kepada peminat-peminat bunga semua, kita jumpa di sana!


http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...