expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Petunia, Petunia & Petunia!

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Pada hari pertama bulan Ramadan yang penuh berkah ini Kak Yah nak kongsi pengetahuan dan pengalaman Kak Yah yang tak berapa banyak ni tentang bunga petunia. Kak Yah percaya tentu ramai di kalangan pembaca blog ni yang suka giler ngan bunga ni.

Petunias
Petunia Pelbagai Warna Dalam Satu Pasu Besar-  (Foto: Wikipedia)

Pokok bunga petunia ini berasal dari Amerika Selatan dan kalau korang nak tahu, perkataan petunia tu berasal daripada "petun" yang bermaksud "tembakau" dalam bahasa Perancis. Ini mungkin kerana tumbuhan ini satu keluarga dengan pokok tembakau iaitu keluarga Solanaceae (keluarga tumbuhan, bukan keluarga korang, hehe..).

Petunia
Petunia Merah - (Foto: Wikipedia)

Petunia
Petunia Putih Campur Merah - (Foto: Wikipedia)

Petunia
Petunia Merah Purple Campur Putih - (Foto: Wikipedia)

http://jomtanambunga.blogspot.com
Petunia  Ungu Cair - (Foto: Wikipedia)

Petunia
Petunia Putih - (Foto: Wikipedia)

Bunga petunia ini ada bermacam-macam jenis dan warna. Ada warna putih, pink, purple, merah dan kuning. Yang campur-campur warna pun ada, macam merah campur putih dan pink campur putih. Jenis berbunga kecil (multiflora dan miliflora) amat cantik dijadikan pokok pagar, hamparan bunga (flower bed) manakala jenis berbunga besar (grandiflora) sesuai ditanam di dalam pasu atau kotak bunga. Malahan cantik juga jika dijadikan hiasan gantung.

http://jomtanambunga.blogspot.com
Petunia Putih Ni Ditanam Dalam Pasu Berbentuk Kotak - (Foto: Wikipedia)

Macam mana nak tanam petunia?

Bunga ini dibiakkan melalui 2 cara: biji benih dan anak pokok. Tapi dengan anak pokok lebih mudah  dan cepat berbanding biji benih. Caranya pun taklah susah sangat. Beli jer anak pokok pastu tanam dalam pasu dan letakkan kat tempat yang mendapat cahaya matahari 5 ke 6 jam sehari.  Kurang cahaya akan menyebabkan kurang bunga. Kalau banyak anak pokok, jarakkan sekurang-kurangnya sekaki antara satu sama lain. Kalau tanam atas tanah, pastikan tanah tu tak menakung air.

Petunias
Petunia Purple Yang Dijadikan Hamparan Bunga - Cantik, Kan?
(Foto: Wikipedia)

Petunia
Ditanam Dalam Pasu Biasa Macam Ni Pun Boleh ( Dark Purple Petunia )
(Foto: Wikipedia)

Senang ke nak jaga dia?

Pun senang jugak. Tak perlu selalu disiram; sekali seminggu pun dah cukup sebab pokok bunga ni tak memerlukan banyak air. Tapi kalau tanam dalam pasu kenalah lebihkan sikit takut tanah dalam pasu tu kering kontang! Pastu kalau nak lama tempoh berbunga, selalu-selalulah buangkan bunga-bunga yang dah mati tu. Tentang baja pulak, itupun kalau nak dibaja, sebulan sekali pun dah memadai.

Petunias
Petunia Memerlukan Cahaya Yang Banyak - (Foto: Wikipedia)

Bunga Petunia
Petunia Pink Pekat Ini Pun Cantik Juga, Kan? - (Foto: Wikipedia)

Desert Petunia Yang Kak Yah Tanam

Kalau ada apa-apa komen silalah tulis kat ruangan "ulasan" kat bawah post ni.

Wassalam :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...