Pages

Bunga Pangkor

"Dalam bulan Disember ni, sepatutnya kita semua mesti berjaga-jaga sebab keadaan cuaca yang asyik hujan je ni. Kalau nak buat apa program pun kena fikir banyak kali  terlebih dulu sebelum apa-apa yang tak diingini terjadi. Bukan apa, sekarang ni hampir semua negeri dah dilanda banjir. Air melimpah di sana sini. Abang cuma ingatkan saja, supaya Yah berhati-hati." Panjang lebar khutbah cik abang tentang banjir bila Kak Yah sebut nak pergi bercuti.

"Okay, tapi Yah nak pergi bercuti jugak!" 

"Hai, baru cakap pasal banjir sana-sini, nak pergi bercuti jugak?"

"Sekarang ni kan school holiday. Bagilah Yah jalan-jalan; cuti-cuti Malaysia. Yah pergi bercuti tu pun ikut anak dan menantu, bukan ikut orang lain! Bolehlah bang! Yah pergi tu tak lama, cuma 3 hari 2 malam je, boleh ye?" Kak Yah merayu kat cik abang. 

"Nak ke mana?" 

"Yah nak ke Paris."

"Amboi, jauhnya." 

"Bukan, bukan Paris. Yah cuma nak ke Perak, hehehe... ke Pulau Pangkor.... Pastu bolehlah singgah kat rumah besan kita. Dari rumah diorang tu baru terus ke Pangkor. Dah dekat sangat, 45 minit je dah sampai. Boleh ye bang?" Kak Yah terus merayu.

"Hmm ..."

Cik abang berfikir-fikir; serba salah agaknya tu.

"Kalau tak bagi pergi, bila pulak aku nak bawak?" Inilah agaknya apa yang sedang difikirkannya.

Akhirnya cik abang bagi green light.

Yeah... dapat pergi! Jom siap-siap, pack barang-barng keperluan. Yeah, yeah... dapat pergi Pulau Pangkor, boleh singgah Tapah dan Bidor.....

"Hai, nyanyi sakan nampak? Sukanya dia!"

Hehehe...Kak Yah dan anak menantu pun bertolaklah dari KL pada hari Jumaat terus ke Titi Gantung dulu, rumah besan.

Sampai je kat situ kami dihidangkan makanan tengahari yang enak sekali. Kak Yah dapat rasa masakan orang sana pulak. Pastu kami terus ke Pangkor. Beli tiket feri dan sambil menunggu tiket, Kak Yah sempat juga berfoto-foto. Ambil gambar sana sini, terutama sekali gambar bunga-bunga yang memang kegemaran Kak Yah. Biasalah, kan? Orang pergi bercuti dah tentulah pozing merata-rata, hahaha... Korang boleh tengoklah gambar-gambar bunga Pulau Pangkor kat bawah ni. Cantik-cantik, kan?


Bunga Adenium
Bunga  Bauhinia Kockiana
Giant Spider Lily
Giant Mexican Sunflower

Bestnya naik feri tu. Kak Yah duduk kat tingkat atas supaya dapat ambil gambar pemandangan yang sangat cantik. Nampak laut yang sangat luas tapi seram jugak tengok ombak tu. Syok... tapi takut. Kalau cik abang ikut, taklah takut sangat, malahan akan rasa lebih selamat, huhuhu... ( baru mula nak seronok dah rindu kat dia!).

Sampai kat Puteri Bayu Beach Resort, kami terus check in. Masa tu lebih kurang pukul 5 petang. Pastu salin pakaian terus ke pantai. Wow, indahnya! Memang cantik pantainya. Tambahan pulak ramai orang masa tu. Riuh-rendahlah suasana petang tu.

Inilah Feri Yang Kami Naik Tu
Sesiapa Ke Pulau Pangkor Boleh Cuba Nginap Kat Sini
Yang Hujung Sebelah Kanan Tulah Bilik Kitorang
Nampak Tak Kak Yah Tengah Seronok Tuuu?
Seronoknya ... Tapi Takut!
Inilah Ikan-Ikan Yang Kak Yah Citer Tu
Tengah Tengok Ikanlah Tu
"Kak Yah Duyung" Sedang Berehat Di Atas Batu, Hehehe...
Lihatlah Betapa Cantiknya Air Laut Yang Menghijau!

Malam tu pulak kami makan kat bilik; bungkus je! Dah penat, hujan pulak tu. Makan pun tak berselera sangat. Masa tu  yang paling sedap sekali ialah tidurrrrr...hehehe...

Esoknya pagi-pagi lagi kami dah ke pantai. Lepas breakfast terus naik bot nak tengok pulau-pulau yang ada kat situ. Kami juga dapat tengok ikan-ikan yang berwarna warni dari atas bot tu.

Dah puas mandi, kami pun pulanglah ke resort semula. Makan-makan, jalan-jalan,minum-minum dan foto-foto. Aduh, penatnya! Tapi yang penting seronok. Tidur semalaman lagi, esoknya hari Ahad kami pulanglah ke KL. Bye bye Pangkor Island! Dalam hati Kak Yah ni dah teringatkan bunga-bunga yang kat rumah tu. Takut-takut ditinggalkan 3 hari, semuanya mati. Bimbang sangat. Kak Yah pun cepat-cepat call cik abang kat rumah. Lega... Nasib baik cik abang jaga pokok-pokok tu. Kalau tidak, .....?

"Hai?  Cuma nak tanya bunga je? Yang aku ni?" cik abang bertanya masa dia jawab panggilan Kak Yah tu. Hehehe...