Contoh Baja Penggalak Daun |
Setakat pengalaman Kak Yah yang tak berapa banyak ni, baja yang paling sesuai untuk bunga mestilah mengandungi 3 unsur penting ni:-
1. Nitrogen atau disebut N. Gunanya pada pokok bunga ialah untuk menyubur dan melebatkan daun.
2. Fosforus (disebut P sebab dalam bahasa Inggeris, fosforus dieja dengan phosphorus). Gunanya untuk merangsang pertumbuhan akar.
3. Kalium atau K. Gunanya untuk membantu pertumbuhan bunga dan buah.
"Oh patutlah saya selalu dengar orang sebut baja NPK. Saya ingatkan apalah N, P dan K tu. Hari ni baru tau, hehe..."
Betul tu, dik. Tapi NPK ni pulak ada nombor-nombornya. NPK 10-10-10 maknanya baja tu mengandungi 10% N, 10% P dan 10% K.
"Oh camtu. Baja ni sebenarnya ada berapa jenis, yerk?"
Selain daripada NPK yang juga dipanggil baja lengkap, ada juga baja kimia, baja foliar, baja organik dan baja ringkas. Baja lengkap tu baja yang mengandunig semua bahan yang tanaman perlukan. Contohnya baja NPK. Baja jenis ni sesuai bagi kebanyakan tanaman.
Contoh Baja Penggalak Bunga |
Baja kimia pulak baja yang mengandungi bahan kimia seperti ammonium nitrate atau magnesium sulfate. Bagusnya baja jenis ni, ia mudah diserap oleh akar tanaman. Buruknya pulak kalau terlebih baja boleh menyebabkan tanaman rosak (nampak macam terbakar).
Contoh Baja Foliar |
Baja foliar pulak cair bentuknya dan disemburkan pada daun untuk diserap oleh daun. Tak eloknya baja jenis ni ialah lilin dan bulu-bulu halus pada daun biasanya mengurangkan kebolehan daun tersebut untuk menyerap baja. Baja foliar sesuai untuk merawat tanaman yang kekurangan sesuatu zat makanan contohnya kalium (kalium lebih mudah diserap berbanding bahan kimia yang lain).
Contoh Baja Ikan & Rumpai Laut |
Baja organik pulak ialah baja yang berasal daripada benda-benda hidup macam najis haiwan, tumbuhan reput dan bahan galian asli seperti fosfat batu-batan. Bagusnya baja jenis ni ialah kekal lama dalam tanah, tidak beracun kepada serangga yang membantu pembiakan pokok bunga dan mencegah tanaman daripada mudah rosak.
Contoh Baja Tahi Ayam |
Ada satu jenis lagi baja yang dipanggil baja ringkas. Baja jenis ni mengandungi salah satu bahan saja sama ada nitrogen, kalium atau fosforus. Gunanya untuk merawat tanaman yang kekurangan salah satu daripada bahan-bahan tersebut.
Contoh Baja Tahi Kambing |
Kak Yah rasa cukup setakat ni dulu. InsyaAllah Kak Yah akan sambung lagi dengan citer tentang cara nak buat baja organik sendiri kat rumah korang. Tungguuu ...