Pages

Bunga Serammm ...

"Tak kiralah apa nak jadi, cakaplah apa yang abang nak cakap. Yah tetap duduk kat sini je! Yah tak nak ke mana-mana dah! Abang boleh faham tak?" Kak Yah bersuara dengan nada yang agak keras sedikit.

Kalau korang nak tahu malam ni  malam Jumaat; siang tadi ada orang kat kampung Kak Yah ni meninggal sakit paru-paru berair ( dapat info ni dari jiran). Dah tua dah, umur pun dah 71 tahun dan telah selamat dikebumikan pada pukul 12.30 tgh tadi. Salam takziah buat keluarga yang kehilangan tu. Al-Fatihah ...

"Apa masalah Yah malam ni?" Cik Abang cuba meneka apa masaalahnya.

"Abang tak terasa ke malam ni agak pelik?"


"Kenapa pulak Yah cakap macam tu?"

"Abang ni betul-betul tak sensitiflah. Cuba abang tengok kat luar tu dahlah hujan lebat, gelap, petir pulak berdentum-dentam. Apa abang tak perasan ke?"

"Perasan apa?" Cik Abang tambah bingung.

"Masyaallah...orang tua ni betul-betul tak fahamlah!"
Kak Yah dah naik hangin.

"Ooooh... baru abang faham. Yah takut ye? Patutlah Yah tak keluar tengok bunga-bunga kat taman tu! Selalunya tak kira siang atau malam, asyik dengan bunga-bunga tu je! Abang tak suruh Yah keluar pun ... habis tu apa yang Yah takut sangat-sangat ni?"

"Macam ni, bang ..." Kak Yah pun jelaskan pada Cik Abang.

"Lepas solat maghrib tadi, Yah keluar kat laman tu cuba nak alihkan pasu bunga yang satu tu sebab dalam pasu tu penuh dengan air hujan. Yah takut nanti bunga tu mati. Susah nak bela bunga tu; kalau dia mati sayanglah, mana nak cari lagi. Kalau patah tumbuh hilang berganti, takpelah ... tapi kalau yang ini mati dah tak ada ganti, huhuhu... Masa nak alihkan pasu tu, tiba-tiba Yah terdengar ada suara yang panggil 'mama'...Tapi lain macam je suara tu. Masa tu bau waaa...ngi sangat. Yah pun terus melompat masuk ke dalam rumah. Masa tengah ketakutan tu, abang tanya-tanya Yah pulak."

Memang masa tu Kak Yah tak boleh kawal perasaan takut yang amat sangat bercampur marah, sebab Cik Abang buat muka macam tak kisah. Siapa yang tak hangin! Kak Yah duduk dan tak bangun-bangun dari katil sambil berselimut macam orang hilang akal. Pastu Kak Yah terfikir pulak sesuatu. Bunga apa agaknya yang berbau wangi sangat malam-malam begini? Dalam hujan lebat pun boleh mengeluarkan bau yang wangi! Inilah yang membuatkan Kak Yah tak betul fikir ni.

Nampaknya hujan sudah mulai reda tapi belum berhenti lagi. Petir pun dah berdentum kat tempat lain. Rasa takut dah kurang dah. Tapi...  malam ni sejuk sangat sampai menggigil badan dibuatnya. Macam mana nak lelapkan mata malam ni, ha? Yang berbau harum satu hal, yang suara memanggil-manggil tu apa hal pulak? Seram...seram...

Tiba-tiba abang panggil Kak Yah. Sekali lagi Kak Yah terkejut! Kus semangat ......

"Marilah minum kopi panas ni! Pastu barulah masuk tidur. Buat apa duduk lama-lama kat katil tu? Dah jadi macam hantu bungkus je!  Abang pulak yang pengsan karang, hehehe... Sudahlah tu, jangan takut sangat." Cik Abang cuba memujuk.

"Tapi yang bau wangi tu apa, bang?" Kak Yah masih belum puas hati lagi.

"Alah... bunga sedap malam kan wangi baunya. Asal malam  berbau wangi, asal wangi tu waktu malamlah. Apa yang Yah nak pelikkan sangat. Kalau takut, bacalah ayat Kursi banyak-banyak kali sampai pagi....." Cik Abang cuba mententeramkan Kak Yah. "Susah jugak kalau penakut sangat." (Tang ni dia perlahankan suara dia.) 

"Apa? Oh... cakap orang penakut ye? Ingat Yah tak dengar, ye.. Nanti abang!".

Bunga Sedap Malam ( Polianthes tuberosa )

Kalau korang nak tahu, Bunga Sedap Malam ni juga dipanggil Bunga Sundal Malam. Tapi Kak Yah lebih suka nama Sedap Malam sebab perkataan 'sundal' tu kan bermaksud 'wanita yang tidak bermoral dot dot dot'... Kak Yah kurang setuju dengan nama kedua ni. Cuba lihat di India; di sana bunga ini disebut Ratkirani atau Ratu Malam. Kat Iran pulak diorang panggil Maryam, nama wanita. Kan sedap sikit bunyinya tu ,,,

Tak kisahlah apa nama bunga ni. Yang pastinya bunga ni mekar pada waktu malam sambil mengeluarkan bau yang sangat harummmm yang kadang-kadang membuat kita terasa serammmm!

(Gambar: Dari Wikipedia)