Pokok Keladi Seberang |
Nampaknya dah pukul 8.30 pagi ni. Cik abang dah bersiap ke? Katanya nak pergi servis kereta kat Ampang.
Dah siap dah! ( Dengar je dia, ye!) Yah bila nak siap pulak? Nak servis kereta kena pergi awal, kalau tak nanti puaslah kena ikut turn.
Okaylah bang. Tunggu sekejap ye,Yah siap dulu.
Nasib baik sampai awal kat woksyop tu. Terus je mekanik tu buatkan. Pa tu Kak Yah dan Cik Abang terus pergi Care4 untuk sarapan. Masa ni cuaca dah cerah dan nampak matahari dah keluar. Kak Yah kalau cuaca dah mula cerah macam ni, apa lagi mood Kak Yah pun penuhlah. ( Haik! macam bateri henfon pulak! Pakai charger, hahaha).
Pokok Keladi Sebaring (Bukan Seberang) |
Hai perut dah diisi, barulah tak stress lagi. Kalau lapar...confirm stress. Dah tentu Kak Yah pulak kena hantar servis, hahah...
Dah memang betullah tu Yah, ( kata cik abang ). Pas makan ni Yah pergi lah kat bahagian gardening dalam Care4 tu, dan bolehlah survey apa yang patut. Yah kan rajin window shopping, kan? ( Izin dalam sindiran ke ni, hehehe ).
Pokok Keladi Tikus - Ubat Barah (Cancer) |
Syoknya ! Dah lama Kak Yah nakkan pokok keladi ni. Dah jarang jumpa jenis keladi ni. Kalau ada kat nursery pun tak sempat nak beli dah habis. Kak Yah pun belilah satu. Harga tak usah ceritalah...biasalah, kan. Kalau yang cantik tu tentunya mahal, kan? Ini baru beli pokoknya, belum nak beli pasunya lagi. Tengok bajet dulu. Alahai! Bajet tak berapa nak cukup hari ni. Nampaknya Kak Yah beli pokoknya saja dulu. Sebab pokok keladi ni sesuai ditanam dalam pasu yang besar, macam yang Kak Yah jual kat kawan Kak Yah tempohari tu. Kak Yah beli pokok keladi ni lagi, sebab ada sambutan, ada jugak pelanggan yang bertanyakan tentang pokok-pokok keladi ni. Minggu ni hari-hari Kak Yah cari pokok keladi.
Hari-hari cari pokok keladi, mudah-mudahan bisnes menjadi-jadi, hahaha...Insyaallah...!
Pokok Keladi Merah (Foto: CS Ooi) |