Pages

Hobi Seni Taman

Alhamdulillah, cuaca hari ni nampak baik sekali. Bolehlah Kak Yah turun ke taman mini nak menziarah bunga-bunga kesayangan Kak Yah tu. Nyamannya dapat menghirup udara yang sangat segar pagi ni.Pagi-pagi lagi dah dapat menikmati keindahan semula jadi ini. Subhanaallah....Indahnya bumi ciptaan Allah ni. 

Bagi  sesiapa yang baru dalam bidang ni ( baru nak cuba-cuba menanam ) diorang ni mestilah tau serba sedikit asas-asas menanam sesuatu pokok. Kepada diorang ni mesti...... iyelah, mesti ada sikap rajin yang amat tinggi sekali. Ini sangat mustahak ye. Sebab pokok-pokok yang kita dah tanam tu memerlukan perhatian selain belaian dan sentuhan dari hati ke hati (macam menjaga hati sidia tersayang tu) hehehe...bunga pun nak dimanja-manjakan dan makan minum diorang pun sentiasa nak dijaga.

Macam Nilah Hasilnya, Cantik Kan?

Pastikan  keperluannya dipenuhi setiap hari: siraman air, bajaanya, dedahan kepada cahaya matahari yang separa teduh, dedahan kepada cahaya matahari terik dan bekas-bekas untuk tanaman (pasu kecil atau besar).

Setiap hari mesti rajin membelek-belek pokok yang dah ditanam supaya segera dapat diselamatkan dari serangga perosak. Kalau tak rajin buat macam tu, alamat...matilah pokok tu. Dengan adanya sikap yang rajin tadi, nanti semua pokok-pokok tanaman kita hidup subur dan  mengeluarkan bunga yang cantik sekali.

Kepada penggemar  bunga orkid, ( Kak Yah minat sangat tapi belum cuba tanam lagi sebab .... ) Sesetengah bunga orkid dah lama ditanam pun belum tentu mengeluarkan bunga, tulah Kak Yah tak berapa yakin nak tanam pokok orkid ni. Tapi kalau dah keluar bunganya nanti, tak terkata-kata dibuatnya, hehehe...

Kalau Dipagar Begini Pun Menarik Juga

 "Hai cik Yah, pokok ni kan makhluk Allah yang hidup dan Cik Yah kena sabarlah. Bagilah masa untuk dia membesar, nanti dia akan berbunga jugak. Kalau dah suka dengan hobi ni, Cik Yah memang kena banyak bersabar."

Cik abanglah tu; selalu ambil berat dengan apa yang Kak Yah buat dan selalu je nak beri nasihat. Kekadang okay gak, selebihnya tu meyampah! hahaha....

"Apa?"

Alamak, dia dengarlah! Cik abang hangin nampak,hehehe...

"Yang sangat penting, kesabaran dan kasih sayang tu!" kata cik abang lagi.

Haik menambah lagi? Hisy,hisy,hisy... ( sebutannya: hish,hish,hish)

Berbalik ke citer kita. Hobi ni memelukan komitmen yang sangat tinggi seperti yang Kak Yah cakapkan tadi. Seseorang tu mesti bersikap ringan tulang setiap masa. Setiap hari mesti menyiapkan semua kerja-kerja taman, contohnya: merumput ( mencabut rumput-rumput yang tumbuh di pangkal-pangkal pokok tanaman, menyiram, membaja, menyembur racun perosak, menukar tanah pasu ( yang lama tukar baru ), memangkas, memotong daun-daun pokok yang dah mati, buat sokongan ( untuk pokok  yang menjalar ) dan jangan lupa, sambil merawat pokok-pokok tanaman tu kita jugak dikehendaki menyanyi. Iye, betul! Bukan kerja giler ni; tapi dah terbukti berkesan. Tak caya, cubalah. Insyaallah berjaya.

Cuba Create Macam Ni


Semua yang Kak Yah citerkan tadi dah Kak Yah buat. Hasilnya memang menakjubkan. Tanaman yang Kak Yah tanam setakat ni hidup dengan subur sekali. Alhamdulillah....


Nyamannya!


Kepada sesiapa  yang baru nak berjinak-jinak dalam hobi ni, Kak Yah nasihatkan, cuba dulu tanam pokok-pokok bunga yang senang nak hidup dan cepat berbunga. Masa membeli anak-anak pokok kat nursery tu mintak nasihat macam mana nak jaga pokok-pokok tu. Belilah serba sedikit tools ( alatan untuk berkebun ) kat mana-mana pasaraya atau kat nursery tu pun boleh. Mula-mula menanam ni jangan cari tanaman yang susah-susah. Sebab kalau tanaman tak hidup, kita yang resah gelisah langsung tak minat dah. Jadi korang cubalah ikut nasihat Kak Yah ye semoga success.... Kalau ada sebarang keraguan, bolehlah mesej Kak Yah kat Facebook....

Okay,  bye!!!