Pages

Senduduk Biru Yang Aku Rindu

"Hai Kak Yah. Sihat pagi ni?" 

( Siapa lagi kalau bukan Si Kay taukeh nursery tu ).

"Alhamdulillah, esok atau lusa tak tau lagi,hehehe...."

"Ada satu pokok yang Kak Yah nak cari hari ni."

"Pokok apa tu Kak Yah?"

"Pokok ni jarang sekali kita nampak dan memang ramai yang tak tau pun? Apa lagi nak menanamnya.  Memang tak adalah nampak kat rumah jiran-jiran yang tanam pokok tu. Hish! susah betul nak cari pokok tu."
"Sabar, sabar Kak Yah. Apa kata, cuba Kak Yah browse dulu, mana tau jumpa kot pokok yang Kak Yah nak tu?"

Cuba tengok-tengok dulu ye. Mana tau kot-kot jumpa! ( Sambil jalan-jalan tu Kak Yah berdoa semoga jumpalah pokok yang Kak Yah nak tu ).

"Dah jumpa ke Kak Yah?" jerit Si Kay ( tuan punya nursery ni ).

"Belum!" Kak Yah pulak balas macam nak main nyorok-nyorok pulak ( mainan masa kecik-kecik dulu, syok kan? ).

Haik! Ni macam pokok tulah! Tiba-tiba Kak Yah ternampak pokok tu terlindung kat pasu-pasu besar tu. Memang banyak bunga-bunga kat nursery ni. Penat jugaklah. Kak Yah terus ambil bunga tu. Kak Yah pun jeritlah pulak.

"Dah jumpa Kay! Ini pokoknya."

Inilah  Bunga Senduduk Biru!

Kak Yah pun bawak pokok tu dekat-dekat supaya tak silap pokok yang Kak Yah nak cari tu.

"Oooooooohhhhhh...Hish Kak Yah ni. Kenapa Kak Yah tak cakap yang Kak Yah nak cari pokok senduduk biru tadi?  Tak payahlah penat-penat Kak Yah keliling kampung mencarinya, hehehe..."

"Sign of aging..." ( Tanda dah tua ... ).

"Apa Kay?"

"Tak, tak, tak, takde apa-apa. Belumlah tua sangat pun! Hehehe.. Kak Yah, ni pokok senduduk biru namanya. Ada sesetengah orang panggil pokok Keduduk atau Senggani. Memang ramai yang tak tau. Pokok senduduk yang biasa kita semua tahu tu bunganya warna ungu, putih dan merah jambu. Sebab itulah Kak Yah beria-ia sangat nakkan bunga ni, ye? Kenapa tak call je saya dulu. Boleh saya simpankan." 

"Boleh ke macam tu?"

"Eh... mestilah boleh! Kak Yah punya pasal, no hal. Semua boleh selesai. Kak Yah tau tak yang pokok senduduk ni banyak digunakan dalam perubatan traditional kita."

"Oh iye ke? Cuba bagi info, nanti Kak Yah bolehlah manfaatkannya. Sebagai persediaan kalau apa-apa terjadi kat rumah, adalah ubat yang boleh kita gunakan segera."

"Betul tu Kak Yah. Selain bunganya yang cantik, bijinya boleh dimakan mentah. Rasanya pahit-pahit manis dan bila kita makan buahnya tu, nanti mulut kita jadi warna ungu gelap macam pontianak! Pucuknya pulak direbus atau dimakan mentah, buat ulam. Daunya pulak rasa masam kelat.  Kalau buat ubat untuk orang bersalin, memang biasa bidan-bidan kampung gunakan daun pokok ni dijadikan sebagai air rebusan untuk mandian. Biasanya dicampur dengan daun serai wangi, daun pandan, daun mengkudu dan daun limau purut; direbus kesemuanya sekali. Tujuannya untuk  mengembalikan kecergasan badan selepas bersalin. Kalau Kak Yah terkena bisa ulat bulu, tumbuk daunnya pastu sapu kat tempat yang terkena, Insyaallah...boleh sembuh. Pendek kata, setiap rumah patut tanam pokok senduduk ni, tak kiralah yang bunyanya putih ke, merah jambu ke, ungu  atau pun biru. Kita kan 1 Malaysia, hahaha...."

Bunga Senduduk Ungu

Bunga Senduduk Putih

"Lepas ni bolehlah Kak Yah buka Spa. Dah tahu  macam-macam  tentang perubatan tradisional ni."

"Hai bertambah awet mudalah nampaknya Kak Yah kita ni, hehehe..." ( Hai, Tak  sudah-sudah  mengusik Kak Yah ).

"Tapi Kak Yah risaulah Kay. Nanti Kak Yah tanam pokok ni tak menjadi, macam mana? Harapan dah setinggi gunung ni. Memang tak sabar nak tanam pokok ni. Takut-takut nanti...."

"Takkan mati, jangan risaulah Kak Yah. Insyaallah....akan hidup subur. Bubuh je baja tahi ayam ni, lebatlah bunganya nanti."

Masa kat rumah pulak ...

"Memang seronok hari ni bang."

"Apa yang seronok sangat ni?"

"Yah dah dapat pokok yang dicari selama ni bang."

"Hai betul-betul syok nampak! Dapat pokok Senduduk Biru ke pokok Senduduk Rindu, hahaha...." Cik abang mengusik.

Kepada semua  pencari pokok senduduk biru ni bersabar dulu ye. Kalau ada sesiapa nakkan pokok ni, biar Kak Yah biakkan dulu. Pastu bolehlah mesej Kak Yah ye, bye....