Tips Tanam & Jaga Bunga Kertas (Bougainvillea)


Kali ni Kak Yah nak berkongsi dengan korang cara menanam dan menjaga bunga kertas atau cakap omputehnya bougainvillea.

Pokok Bunga Kertas Pink/Purple


Mula-mula, tanah yang digunakan hendaklah dari jenis tanah campuran. Maknanya, campurkan tanah bakar dengan baja organik dan pasir sungai. Kenapa pasir sungai? Supaya tanah tu jadi poros; senang air mengalir melaluinya. Bunga kertas tak suka pada tanah yang menakung air.


Bunga Kertas Pink/Purple


Tapi ingat, sebelum tanah campuran itu diisi ke dalam pasu, letakkan serpihan pecahan pasu ataupun pecahan batu bata untuk menutup sebahagian daripada lubang pasu. Pastu barulah letak baja organik atau tahi ayam yang dah diproses setebal lebih kurang 2 inci. Akhir sekali masukkan tanah campuran.

Pastikan tanah di dalam pasu tu selalu digemburkan supaya udara di dalamnya dapat beredar dengan baik. Jangan lupa untuk menyiram pokok bunga ni tapi pastikan siraman itu hanya terkena pada tanahnya saja. Tak payah nak basahkan keseluruhan pokok.

Pokok Bunga Kertas Merah


Semasa pokok itu membesar, pangkaslah selalu daun-daun dan ranting-ranting yang mati supaya pucuk baru  dan bunga boleh keluar dan hidup subur.

Bajalah dua minggu sekali dengan baja organik dan sebulan sekali dengan baja kimia yang banyak mengandungi kalium. Sukatannya ialah kira-kira satu sudu besar.

Bunga Kertas Pink Orange

Akhir sekali, pastikan pasu bunga kertas ni berada di bawah cahaya matahari dan tidak terlindung atau lembap. Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan kulat.

Jika korang amalkan tip-tip ini, insyaallah pokok bunga kertas korang akan tumbuh dengan subur dan mengeluarkan bunga yang cantik.

Bunga Kertas Jenis Ni Bercampur-Campur Warnanya

Tips Melebatkan Bunga Kertas: Klik Di Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...