Pokok Keladi Bibik & Bebek

"Cantiknya! Cantiknya!... Daun Keladi ni cantiklah bang! Biasalah, kan. Kak Yah  tu yang obses sangat dengan pokok keladi. Asal nampak je tak lain tak bukan, cantik, cantik, cantik. Pastu mesti nak beli jugak. Kalau tak beli ...ha...faham-faham jelah... Bukan dia merajuk tapi dia akan berjalan sekeliling kampung nak cari jugak pokok keladi tu (tak puas hatilah tu). Kadang-kadang sampai 2 atau 3 jam dia keluar tak balik-balik. Siapa yang tak risau. Hisy! Memang dah giler betul budak ni. Kadang-kadang waktu makan pun tak tentu masa. Tapi yang pelik tu Kak Yah  nampak okay je.  Agaknya itulah therapy yang dibuatnya supaya dia sihat. Berjalan keliling kampung sambil tengok bunga-bunga. Selain mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat kampung, dapat juga panduan bagaimana cara-cara menanam pokok-pokok bunga malahan dapat tahu juga cara untuk menanam dan menjaga pokok buah-buahan dari makcik-makcik kat kampung ni. Kat tempat kami ni cuacanya memang sesuai untuk benda-benda tu semua. Sikit-sikit macam kat Cameron Highlandlah, hehehe...sejuk....."

Mungkin camtulah bunyinya kalau cik abang yang tulis post ini.

Balik pada kisah keladi ...

Pokok keladi ni memanglah cantik. Peminat keladilah yang kata macam tu. Sentiasa nak puji je. Kalau Kak Yah lagi  teruk: tidur malam mimpi keladi, esok bangun pagi masak pulak sayur keladi...Itu kalau dah betul-betul mabuk keladi.

"Minggu ni memang angin meroyan dia dah datang. Takut-takut nanti aku pulak kena angin ahmar," Cik abang dah risau.

"Nampaknya minggu ni tak ada orang nak temankan saya. Kalau ada bibik kan best!"

"Apa bang? Nak bebek? Kalau nak tangkaplah sendiri dalam kandang tu ye. Bolehlah dimasak rendang, sedap tu bang!"

"Bukan bebek (itik), tapi bibik (pembantu)! Masalah betul budak ni, hahaha..."

Terdapat banyak  pokok keladi hiasan yang dijual kat nursery di Malaysia ni. Tapi pokok keladi kampung pun masih ramai peminatnya. Di kampung-kampung pokok keladi ni hidup subur, macam pokok puding kampung jugak. Boleh hidup sendiri tak payah nak dijaga sangat. Pokok keladi ni mempunyai  berbagai bentuk daun: ada yang berbentuk bujur, ada yang bulat tirus panjang kecil dan ada jugak yang besar. Pendek kata, macam-macam warna  dan  senang pulak nak ditanam sebab ia hanya perlukan cahaya yang sedikit je (separuh teduh). Pakai baja tahi ayam yang dah diproses tu. Tanam dalam pasu besar yang cantik atau kat tanah je pun boleh. Pastu tu pamerkan kat ruang tamu dalam rumah atau kat balkoni apartment anda, sudah tentu cantikkkkkkk.........kan?


Oops! AWAS! Walaupun cantik-cantik dan menarik, sebenarnya pokok keladi ni mempunyai racun tau. Biasanya Kak Yah memakai sarung tangan dulu sebelum merawat pokok keladi yang Kak Yah tanam kat taman mini Kak Yah. Racunnya terdapat di bahagian batang, daun dan ubinya bila dipotong. Kalau tangkai daunnya patah, getahnya akan keluar terkena pulak pada  kulit kita, boleh menyebabkan kulit kita terasa gata-gatal pedih dan sesetengahnya bila terkena mata boleh menyebabkan buta. Juga berhati-hatilah semasa hendak membiakkannya. Pastikan getah dari belahan ubinya tu, tidak terkena pada kulit kita. Jika terjadi begitu, cepat-cepat cuci dengan air bersih banyak-banyak. Kepada penggiat seni taman yang suka sangat tanam pokok keladi ni (macam Kak Yah ni), Kak Yah cadangkan cubalah tanam atau pamerkan pokok-pokok keladi ni di tempat yang jauh-jauh dari laluan orang atau kanak-kanak. Cantik, cantik jugak; keselamatan tu nak jaga jugak.

Haik! Ada rupanya cik abang ni. Ingat tadi dah pergi tangkap bebek dalam kandang tu, hehehe....

Kalau nak tahu lebih lagi tentang pokok keladi, boleh baca kat sini:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Keladi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...