Memaparkan catatan dengan label Bina Kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bina Kebun. Papar semua catatan

Tanam Bunga vs Tanam Sayur

Mana lebih baik; tanam bunga ke tanam sayur? Soalan ini Kak Yah terima secara tak langsung dan dengan nada yang sedikit menyindir daripada rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung taman mini Kak Yah. Ada yang kata, buat apa tanam bunga bukannya boleh dimakan; lebih baik tanam sayur, ada gak pekdahnyer. Mula-mula Kak Yah buat tak kisah jer sebab kalau nak dilayan kang, tak habis-habis lak soalan-soalan lain yang bakal timbul. Tapi bila benda yang sama ni asyik ditimbulkan maka terpaksalah (dengan "ringan" hati) Kak Yah menjawabnya.

Pastilah kedua-duanya baik kerana ia bergantung pada minat seseorang. Maknanya, kalau kita minat bunga dah tentulah tanam bunga lebih baik sebab selain boleh dijual, hobi menanam bunga juga boleh menenangkan jiwa dan memberi kepuasan yang tak dapat digambarkan kepada orang-orang yang tak minat bunga. Tambahan lagi, berkebun bunga ni boleh mengeluarkan peluh dan dengan itu juga menyihatkan badan sesiapa yang selalu tak sihat tu.

Kalau tanam sayur lak, selain boleh dijual, kita juga dapat makan sayur tiap-tiap hari dan ini pasti akan menyihatkan badan kita juga, kan? Berkebun sayur juga merupakan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan dengan itu juga menyihatkan.

Kesimpulannya, kedua-duanya baik.

Maka sebab itulah mulai sekarang, Kak Yah akan menanam kedua-duanya sekali! Maka dengan itu juga, taman mini Kak Yah tu terpaksalah dibagi dua; satu untuk bunga dan satu lagi untuk sayur!

Kalau tak caya, tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. Inilah pokok kacang buncis yang baru Kak Yah tanam. Selepas beberapa hari biji benihnya Kak Yah semai, maka tumbuhlah anak pokoknya. Punyalah seronok Kak Yah dibuatnya! Ha ha ha ... syukur kepada Allah SWT kerana menghidupkan pokok buncis tu.

Anak Pokok Kacang Buncis
Inilah Anak Poko Kacang Buncis Yang Dah Tumbuh Tu...

Biji Benih Kacang Buncis
Inilah Rupanya Biji Benih Kacang Buncis Masa Kak Yah Semaikan Dulu.
Nampak Tak? Kalau Tak Nampak, Bahaya! Hehehe ....

Kak Yah cadang, bila dah macam-macam sayur yang Kak Yah tanam nanti, Kak Yah akan buat satu lagi blog yang mungkin tajuknya, apa lagi kalau bukan "Jom Tanam Sayur". InsyaAllah ... Nanti bolehlah pencinta-pencinta sayur membaca celoteh Kak Yah tentang tanam sayur dan hal-hal yang berkaitan dengannya! Korang sumer tolong doakan agar projek Kak Yah ni berjaya, okay?


Jadi Kontraktor Semula

Frust giler tak dapat akses internet beberapa hari kebelakangan ini. Asyik-asyik takde line. Got connected but could not access the net! (Punya bengang sampai tercakap orang putih lak, hehehe...). Nasib baiklah hari ni dah dapat. Tulah yang Kak Yah nak citer kat korang perkembangan terbaru Kak Yah yang tak berapa nak popular sangat ni.

Sekarang ni Kak Yah tengah mengubahsuai tapak rumah lama yang dah dirobohkan tak berapa lama dulu. Rumahnya memang dah roboh tapi lantai simennya masih ada kat atas tanah tu. Kak Yah terfikir kenapa tidak Kak Yah pecahkan lantai simen tu dan tanam bunga kat situ. Kak Yah pun berbincanglah dengan darling Kak Yah. (Darling tu maknanya cowok kesayangan). Siapa lagi, cik abanglah! Kata cik abang idea tu memang bagus tapi lagi bagus kalau Kak Yah cuba tanam sayur pulak, dapat jugak "kita jimatkan belanja kita". Betul jugak tu, kan? Maka Kak Yah pun mulakanlah projek yang plan je besar tapi kawasannya tak sebesar mana pun, hehehe...

Korang tengoklah sendiri keadaan tempat yang Kak Yah citerkan tu dalam gambar-gambar kat bawah ni...

Inilah Rupanya Sebahagian Daripada Bekas Tapak Rumah Tu
Sebelah Tepi Lantai Tu Memang Dah Ditanam Pokok Bunga
Yang ni pulak ialah gambar lantai tu pada peringkat permulaan kerja-kerja memecahkan lantai tu.

Ni Baru Kak Yah Sorang Yang Pecahkan ...
Jadi kontraktor semulalah Kak Yah nampaknya. Tapi kali ni supervisor Kak Yah yang dah habis cuti bersalin tu tak nak kerja kat tempat baru ni. Tak taulah kenapa. Tiap kali Kak Yah ajak dia, sampai separuh jalan je dia patah balik. Pelik gak Kak Yah dibuatnya. Seram pulak awak. Kak Yah pun mulalah menengok keliling tempat tu; ke atas, ke bawah, ke tepi. semuanya Kak Yah perhati. Takut-takut ada benda pelik yang menyebabkan supervisor Kak Yah tu tak mahu ke tempat ni. Puas Kak Yah tengok, takde apa-apa pun. Maka Kak Yah pun teruskanlah kerja Kak Yah. Cik abang ada janji nak tolong, tapi sampai sekarang tak nampak-nampak batang hidung dia (bukan hidung je, yang lain-lain tu pun tak nampak gak, hehehe...). Mungkin cik abang belum selesai buat kerja dia tu. Apapun tak mengapa, sebab cik abang tu tak pernah mungkir janji ngan Kak Yah (setakat ni, belumlah lagi...hehehe...).

Berbalik pada citer Si Hitam supervisor Kak Yah tu... Siasat punya siasat, taulah Kak Yah kenapa Si Hitam tu berkelakuan camtu. Nak tau? Cuba korang tengok gambar-gambar kat bawah ni pulak...

Amboi, Bahagianya!

Apahal Lak Ni?

Ha, Inilah Kerja Si Hitam Tu: Berdarling Dengan Si Putih Rupanya!
Jadi, terpaksalah Kak Yah bekerja tanpa pengawasan Si Hitam. Hari pertama Kak Yah pecahkan simen tu, punyalah letih, tak tau nak cakap (sebab tulah KakYah tak cakap tapi tulis je...hehehe, melawak je!). Kalau menjadi projek tanam sayur ni, mungkin Kak Yah akan buat satu lagi blog, khas untuk bertanam sayur pulak. Tajuk blog tu mungkin "Jom Tanam Sayur". Amacam kengkawan, setuju tak? Apa? Blog yang sekarang ni macam mana? Eh, blog ni akan diteruskan macam biasa. Yang ni khas untuk  citer tanam bunga; yang baru tu nanti untuk citer tanam sayur je! Jelas? Jadi teruskanlah saja menyokong dan membaca blog Kak Yah ni, okay?

Akhir sekali, masa Kak Yah tengah dok letih ketuk-ketuk simen tu, terlintas lak pantun dua kerat ni ...

Si Putih berdarling dengan Si Hitam,
Punyalah letih macam nak pitam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...