Memaparkan catatan dengan label Festival Bunga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Festival Bunga. Papar semua catatan

Floria Datang Lagi!

Floria 2014


Yang ditunggu dah tiba! 
Pameran bunga-bungaan terbesar 
di Malaysia datang lagi.

Jom kita semua ke sana! 

Ke mana?

Ke Putrajaya!

Di mana?

Di

Bila?


Apa pulak tema tahun ni?

Begonia, begonia & begonia!

Begonia

Lagi?

Baca Di


Geng-geng bunga di seluruh Malaysia, jom turun ke Putrajaya!

Jumpa Kak Yah di sana!




Lagi Tentang Floria 2013



PUTRAJAYA 22 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenaan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2013 di sini hari ini.

Festival kali keenam dan berlangsung selama sembilan hari bermula hari ini itu turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenaan menghabiskan masa hampir sejam untuk melawat sekitar tapak festival yang terletak di Persisiran Tasik, Presint 2 di sini.

Antara tempat yang dilawati adalah Taman Diraja, Taman Inovasi, Taman Jamuan Teh, Pameran Koleksi Bunga Orkid dan Taman Pereka.

Floria Putrajaya 2013 dengan slogan Orkid-Khazanah Tropika dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu sekitar 800,000 pengunjung.

Para pengunjung pasti terpukau dengan kreativiti dan keunikan hiasan seni reka taman yang mengandungi lebih 400,000 bunga terdiri daripada pelbagai spesies.

Sementara itu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, Floria Putrajaya 2013 adalah satu-satunya festival di Malaysia yang bertepatan dan sinonim dengan semangat 1Malaysia.

Beliau berkata, festival sedemikian menyediakan pakej pameran bunga serta pelbagai acara dan aktiviti yang sesuai disertai oleh rakyat negara ini tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

''Festival itu membolehkan rakyat Malaysia pelbagai kaum, budaya, kepercayaan dan peringkat umur untuk turut serta dalam lebih 200 program dan aktiviti yang disediakan," katanya.

Selain itu, Tengku Adnan turut mengharapkan Floria Putrajaya yang diadakan setiap tahun itu dapat menyumbang kepada peningkatan potensi industri bunga, landskap dan pelancongan.

''Secara tidak langsung festival itu menjadi faktor penggalak pertumbuhan dan membantu dalam mempercepatkan transformasi industri bunga, landskap dan agro-pelancongan negara," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_02/Agong-rasmi-Floria-Putrajaya-2013#ixzz2YFbxndeJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Lagi Tentang Floria 2012


Artikel di bawah ini Kak Yah "sedut" dari akhbar Berita Harian Ahad keluaran hari ini (1 Julai 2012). Semoga bermanfaat.


Seri Bougainvillea

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2012/07/01


Bunga Kertas meriahkan Festival Bunga dan Taman Putrajaya kali kelima


BUOGAINVILLEA, nama indah yang diabadikan pada bunga kertas yang kini menjadi tanaman pilihan ramai di rantau ini walaupun tumbuhan berkenaan bukannya berasal dari Malaysia mahu pun mana-mana negara di Asia Tenggara.


Untuk penganjuran kali kelima, Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2012 (Floria 2012) yang berlangsung sembilan hari bermula semalam, bougainvillea turut dipilih sebagai tema festival.


Asal usul bunga ini bukan dari Malaysia, jadi, kenapa ia dipilih sebagai tema festival?


Bagi menjawab persoalan itu, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman menjelaskan, pemilihannya bunga kertas mengambil kira asal usul tumbuhan itu ditemui, tetapi kerana bunga berkenaan menjadi pilihan ramai yang sangat sinonim sebagai tanaman untuk laman kediaman, taman awam, kawasan perbandaran, penghias jalan raya serta lebuh raya.


Katanya, rakyat negara ini mengenali bunga kertas atau boungainvillea dan mudah ditemui tidak kira di desa mahu pun di kota.


“Apa lebih penting, sejak lima tahun penganjuran Floria bermula 2007, pemilihan tema festival selari dengan hasrat mahu menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Dalam Taman serta peneraju pameran hortikultur dan landskap di Asia Tenggara,” katanya.


Floria 2012 akan mempamerkan lebih 100 kultivar bunga kertas selain 400,000 pokok pelbagai spesies dan kultivar bungaan serta tanaman hiasan dari kawasan tropika dan sub-tropika yang dijangka akan menarik 800,000 pengunjung tempatan dan luar negara.


Festival kali ini membabitkan 135 penyertaan dari dalam dan luar negara membabitkan agensi kerajaan, swasta, sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). Sebanyak 32 sekolah menengah dan rendah serta 10 IPT turut menyertai pameran itu.


Sebanyak 15 pereka landskap antarabangsa dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Belanda, Australia dan China mengambil bahagian dalam pameran gubahan bunga dan taman.


Samsudin berkata, Floria 2012 menjanjikan lebih banyak pameran, aktiviti dan acara sampingan yang tidak pernah diadakan sebelum ini.


Kali ini 10,000 bunga kertas dengan lebih 60 variasi dipamerkan dalam bentuk taman dan gubahan yang berwarna-warni.


Malah, penganjuran kali ini menyaksikan lima penyertaan daripada Persatuan Orkid Antarabangsa dan 10 penyertaan Persatuan Orkid Negeri dan Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) yang membawa tiga pereka tempatan untuk bersaing dalam pameran taman antarabangsa.


Pertandingan Bunga Kertas menawarkan wang tunai RM16,500, hadiah paling tinggi ditawarkan sejak ia dianjurkan lima tahun lalu.


Penganjuran kali ini adalah hasil penyertaan semua jabatan dan kakitangan PPj dengan sikit bantuan syarikat pengurus acara.


Floria 2012 ada keunikan tersendiri 


Sudah lima tahun, Floria diadakan sejak tahun pertama penganjurannya pada 2007 dengan objektif utama memperkenalkan Putrajaya sebagai bandaraya dalam taman.


Sejak itu, Perbadanan Putrajaya yang diterajuinya menjadi penganjur Floria bersama Kementerian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar semakin berkembang.


Jumlah penyertaan peserta sama ada untuk pameran, aktiviti, acara sampingan mahu pun jualan juga bertambah termasuk penyertaan pereka landskap serta pengubah bunga tempatan dan antarabangsa.


Lebih membanggakan, Floria kini menjadi ikon pelancongan utama di Putrajaya, selain merangsang pertumbuhan industri berkaitan bunga-bungaan dan tanaman hiasan di negara ini. Malah, Floria sentiasa dinantikan peminat landskap, seni taman dan bunga tempatan, rantau Asia Tenggara dan dunia.


Samsudin yang bertanggungjawab memperkenalkan penganjurannya berkata, beliau tidak mahu Floria dibandingkan dengan festival dan pameran bunga lain dunia kerana ia sangat berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat pada acara lain.


“Ramai menunjukkan minat dan menyatakan kesediaan mahu menyertai pameran untuk tahun mendatang. Floria memberi impak ekonomi kepada kontraktor landskap, pereka laman, penjual barang perkebunan dan seni taman malah industri hiliran serta pelancongan.


“Ia juga menyumbang pengalaman kepada kakitangan PPj untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa selain meningkatkan semangat kerjasama dan ‘teamwork’ serta semangat kerja berpasukan,” katanya.


Ditanya pengalaman pahit manis sepanjang menerajui Floria, Samsudin sambil tersenyum berkata, semuanya manis dan jika ada yang pahit semuanya dijadikan panduan untuk memperbaiki diri dan pasukan bagi menjadi lebih baik untuk penganjuran akan datang.


“Floria adalah ruang untuk rakyat terbabit dalam industri seni taman, landskap dan hortikultur menjadi lebih kreativiti dan inovasi,” katanya.


Mengenai membahagikan masa menjalankan aktiviti berkebun dengan jadual ketat sebagai Presiden PPj, katanya, beliau menanam pokok yang tidak memerlukan penjagaan rapi serta mudah diselenggara.


“Aktiviti berkebun dijalankan waktu lapang selepas pulang bekerja atau hujung minggu. Lagipun, pokok yang ditanam bukannya memerlukan perhatian sangat, bukannya ‘bunga manja’ yang perlu disiram selalu. Isteri juga turut membantu menjadikan aktiviti berkebun satu yang menarik untuk kami sekeluarga,” katanya.


INFO Floria 2012


  • Di adakan selama sembilan hari dari 30 Jun hingga 8 Julai 2012 di Putrajaya. 
  • Perarakan Flora Pelancongan 2012 akan berlangsung setiap hari di Pesisiran Tasik Putrajaya, Presint 2, bermula 8.30 malam. 
  • Bertemakan Magic of the Night, Sebanyak 15 bot menyertai perarakan bercahaya sejauh tiga kilometer selain persembahan bunga api.

    Jumlah Pengunjung
  • 2007: 300,000 pengunjung
  • 2009: 500,000 pengunjung
  • 2010: 800,000 pengunjung
  • 2011: 1 juta
  • 2012: jangkaan 1.2 juta

    Pendapatan dan Jualan Floria
  • 2010: RM900,000. 
  • 2011: RM2.4 juta.

    FAKTA Boungavillea
  • Berasal dari Amerika Selatan terutama Brazil, Peru dan Argentina.
  • Mula dikenali dunia selepas ditemui Komander Laut Perancis pada 1768. Malah, ia dinamakan bougainvillea, sempena nama komander itu Louis Antoine de Bougainville.
  • Tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250 spesies.
  • Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt.
  • Banyak kacukan dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis.
  • Mempunyai bunga berwarna-warni, mekar sepanjang tahun menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular. Sering ditanam di taman, kawasan perumahan dan kawasan hiasan laman.
  • Tanaman hiasan popular di Indonesia, Ethiopia, Filipina, Thailand, Pakistan, India, Sri Lanka, China, Taiwan, Vietnam, Australia, Greece, Sepanyol, Turki, Cyprus, Singapura, dan kawasan Mediterranean dan Kepulauan Caribbean, Afrika Selatan, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan bahagian selatan Amerika Syarikat dan Hawaii.
  • Sesuai sebagai tanaman pagaran, malah dijadikan bonsai dan tanaman dalam pasu dan bakul gantung selain sering dipilih menghias pergola dan trellis
  • Menjadi bunga rasmi beberapa negara dan kota seperti Guam; bandar Lienchiang dan Pingtung di Taiwan; Bandaraya Ipoh; bandar Tagbilaran, Filipina; pekan Camarillo, Laguna Niguel, dan San Clemente, di California dan bandar Shenzhen, Huizhou, Zhuhai, dan Jiangmen di Guangdong, China dan kota Naha, Okinawa, Jepun.                                                                                          
  • Bunga, Bunga dan Banyak Bunga!

    Pagi-pagi lagi Kak Yah dah seronok.

    "Bang! Bang! Seronoknya ...Dia datang balik!" Kak Yah menjerit memanggil cik abang sebaik saja Kak Yah mendapat berita gembira tu.

    "Apa yang seronok sangat ni? Cer citer, cer citer."

    Cik abang nak tau.

    "Diorang buat lagi, bang. Kali ni lagi hebat, lagi besar dan lagi ramai orang!" Kak Yah meneruskan citer gembira tu.

    "Yalah... tapi amendernya yang syok sangat ni. Abang tak fahamlah. Cer citer jelas-jelas, terang-terang." Cik abang macam nak naik angin.

    "Alaaaah... abang ni macam tak tau lak. Abang kan tau apa yang Yah sangat-sangat suka tu ... yang Yah tunggu tiap-tiap tahun tu ... takkan tak boleh teka kot!" Kak Yah pulak yang nak naik angin.

    "Abang rasa abang tau. Err..... kalau tak silap abang benda ni dah kuar kat tv kelmarin. Ni mesti pasal bunga, kan?" Cik abang bersaspen pulak. Heee, geramnya!

    "Floria Putrajaya, kan?" Cik abang cepat-cepat menjawab sebelum Kak Yah sempat nak cakap apa-apa.

    "Ha'ah, bang. Floria 2011... di Putrajaya. Dari 9 hingga 17 Julai ni. Tak sabar Yah nak tengok! Kita pergi nanti, ye?"

    "Iye... insyaallah kita mesti pergi, okay?" Cik abang memberi kepastian.

    Yeh! Yahoo! Google! (Eh, apa lak kena mengena ngan Google?) Syoknya!

    Kalau korang nak tau (itupun kalau belum tau), pesta bunga besar-besaran akan di adakan di Putrajaya pada tarikh yang Kak Yah sebutkan tadi. Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 namanya. Ataupun ringkasnya dikenali sebagai Floria 2011. Menurut pihak penganjur, sebanyak lebih daripada 12,000 bunga mawar (ros) pelbagai jenis akan dipamerkan. Bayangkan; itu baru bunga mawar, belum yang lain-lain tu.

    12 000 Bunga Mawar Akan Dipamerkan!

    Kalau tak silap Kak Yah, tahun ni akan menyaksikan 400,000 jenis bunga hiasan yang bermacam-macam warna. Bukan itu saja. Kalau kita berkunjung ke sana, kita juga akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan herba, pokok liar dan lain-lain hiasan laman dan taman yang unik dan berwarna-warni.

    Pastu kita jugak dapat tengok rekaan taman dan gubahan bunga daripada pereka-pereka antarabangsa dari Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand dan Hong Kong.

    Yang lagi best tu, ada jugak pameran, bengkel berkebun dan bercucuk tanam serta pertandingan untuk pelajar-pelajar sekolah dan universiti.

    Bestnya... tak sabar nak pergi!

    *****************************************************************

    Kat bawah ni ialah gambar-gambar suasana di Floria 2010, tahun lepas.

    Selain Melihat, Pengunjung Juga Berpeluang Membeli
    Inilah Sebahagian Daripada Pengunjung Festival Itu

    Kalau korang nak info lebih, ziarahlah website ni:

    http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html
    (Gambar-gambar di atas dipetik dari website yang sama)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...