Memaparkan catatan dengan label Floria 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Floria 2013. Papar semua catatan

Lagi Tentang Floria 2013



PUTRAJAYA 22 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenaan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2013 di sini hari ini.

Festival kali keenam dan berlangsung selama sembilan hari bermula hari ini itu turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenaan menghabiskan masa hampir sejam untuk melawat sekitar tapak festival yang terletak di Persisiran Tasik, Presint 2 di sini.

Antara tempat yang dilawati adalah Taman Diraja, Taman Inovasi, Taman Jamuan Teh, Pameran Koleksi Bunga Orkid dan Taman Pereka.

Floria Putrajaya 2013 dengan slogan Orkid-Khazanah Tropika dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu sekitar 800,000 pengunjung.

Para pengunjung pasti terpukau dengan kreativiti dan keunikan hiasan seni reka taman yang mengandungi lebih 400,000 bunga terdiri daripada pelbagai spesies.

Sementara itu, Tengku Adnan dalam ucapannya berkata, Floria Putrajaya 2013 adalah satu-satunya festival di Malaysia yang bertepatan dan sinonim dengan semangat 1Malaysia.

Beliau berkata, festival sedemikian menyediakan pakej pameran bunga serta pelbagai acara dan aktiviti yang sesuai disertai oleh rakyat negara ini tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

''Festival itu membolehkan rakyat Malaysia pelbagai kaum, budaya, kepercayaan dan peringkat umur untuk turut serta dalam lebih 200 program dan aktiviti yang disediakan," katanya.

Selain itu, Tengku Adnan turut mengharapkan Floria Putrajaya yang diadakan setiap tahun itu dapat menyumbang kepada peningkatan potensi industri bunga, landskap dan pelancongan.

''Secara tidak langsung festival itu menjadi faktor penggalak pertumbuhan dan membantu dalam mempercepatkan transformasi industri bunga, landskap dan agro-pelancongan negara," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_02/Agong-rasmi-Floria-Putrajaya-2013#ixzz2YFbxndeJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Floria Kembali Lagi!

Seronoknya bila Kak Yah dapat tau yang acara tahunan yang paling Kak Yah minati dan sentiasa menunggu kedatangannya akan kembali lagi. Apa lagi kalau bukan FLORIA 2013. Tak sabar rasanya nak menanti ketibaan 22 Jun 2013, hari pembukaannya itu!

                Festival Bunga dan Taman 2013

"Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.  Kini, FLORIA menjadi ikon acara tahunan yang unggul dengan mencatatkan rekod gemilang menerusi kunjungan melebihi 1 juta pengunjung, penyertaan dari 16 peserta antarabangsa dan lebih daripada 100,000 pokok bunga kertas yang telah dipamerkan dalam 82 lot taman pada tahun lepas.  Pada tahun ini, bunga orkid yang popular kembali pada Floria 2013 dengan tema Orkid- Khazanah Tropika."


Floria 2013


Tarikh: 22-30 Jun 2013
Lokasi: Presint 2, Pesisiran Putrajaya
Tema: Orkid - Khazanah Tropika 

Waktu Operasi:

9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)
9.00 pagi- 12.00 tengah malam (Jumaat - Ahad)
YURAN MASUK: PERCUMA

- (Petikan daripada laman rasmi Floria 2013)

Para pencinta dan peminat bunga sekelian, jom ramai-ramai kita kunjungi FLORIA 2013! 
Jumpa di sana nanti...

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/my/floriabm.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...