Jobdirumah

Advertlets

Monday, February 7, 2011

Ati-Ati Dengan Bunga Kana

Bunga Ati-Ati

Aduh ...terlupa nak alihkn pasu bunga ati-ati ni. Habis layu semuanya. Pokok bunga ni memanglah cantik, tapi takde bunga. Hanya daunnya yang berwarna warni. Senang  hidup di bawah cahaya matahari. Batangnya lembut dan daun nya bergerigi dan berkelok-kelok. Kalau kita bubuh baja tahi ayam, lagi cepat daun tu kembang. Kalau pasu dah penuh, kita boleh kerat batangnya lalu ditanam dalam pasu yg lain. Tak susah...senang je..cuma cucuk je sebab batangnya lembut dan cepat pulak  hidup. Tapi jangan lupa siram ha.... Fuh, wana-wanilah! 

Lihatlah betapa cantiknya tiga jenis ati-ati yang dipaparkan kat sini. 

 

Tiga Jenis Bunga At-Ati

Bunga Kana (Canna)

Kana oh kana... Akhirnya berbunga jugak kau. Terima kasih, kana. Kalau korang nak tau, pokok bunga ni juga berbatang lembut dan memerlukan cahaya matahari yang banyak. Begitu jugak dengan  air. Masa cuaca panas ni, bunga kana mulalah berkembang. Ada yang merah, oren, pink, kuning, pink cair isy, isy, isy...banyak lagi warnanya tu, Kak Yah sendiri pun tak berapa tau..hehehe.. Nanti Kak Yah cari tau dulu ya...Pastu kita kongsi sama-sama okay?

Close Up Bunga Yang Sama
Inilah rupanya bunga kana yang Kak Yah citer tu...

Yang warna kuning dan bentuk bulat kat atas tanah tu namanya Merrigold dari keluaga Bunga Tahi Ayam jugak. Bunga ni pun cantik, kan?

4 comments:

azmi mahussain said...

asalamualaikum...kak yah...saya nak tanya macam mana nak jaga bunga orkid?bila saya tanam selalu mati.saya ni minat tanam bunga orkid.

Kak Yah said...

waalaikumussalam mahussain... kakyah ada bg sikit panduan menanam orkid kat blog kakyah ni. sila ke http://jomtanambunga.blogspot.com/2012/05/anggerik-ke-orkid.html untuk membacanya. (ataupun taipkan perkataan "anggerik ke orkid" di kotak "Taipkan Apa Yang Anda Cari Di Sini").

ct wawa said...

salam kakyah
ada jual tak pokok ati2?

Kak Yah said...

Maaf dik. Buat masa ni dah habis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...