Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

Bunga Comel Tapi Busuk?

Assalamualaikum kawan-kawan Kak Yah di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Memang tak boleh tahan ... Kalau dah minat tu nak buat macam mana.

Alkisah ... Pagi-pagi lagi Kak Yah dah bawak macam-macam tools; apa lagi nak berkebunlah, macam biasa. Oleh sebab cuaca kat tempat Kak Yah ni terlalu panas maka Kak Yah fikir lebih baiklah Kak Yah meracun rumput yang dah mula panjang di taman mini Kak Yah ni. Sebelum tu sempatlah jugak petik pucuk ubi, jolok buah belimbing buluh, petik sebiji betik yang dah kuning tu; pastu petik pulak terung telunjuk dan tak lupa petik cili api. Tapi tak sempat nak panjat pokok kelapa nak petik kelapa buat santan nak masak lomak cili api....

Jom Tanam Bunga
Inilah Sayur & Betik Yang Sempat Dipetik

 "Amboi, sampai nak panjat-panjat pokok ni, bahaya bini aku ni...."Abang bersuara.

 "Takdelah.. gurau jer!" Jawab Kak Yah.

Jom Tanam Bunga
Kak Yah Tengah Menyembur Racun Rumput Di Sekeliling Pokok Bunga

Alamak! Dari mana pulak benda ni datang? Oi, bermasalah betul ni. Menyondol-nyondol pulak benda ni. Comel betul budak ni... nak diusap-usap tak boleh. Apa lagi nak dipeluk-peluk. Hai betul-betul masalah. Kena culik agaknya budak ni. Manalah maknya ni...kesian Kak Yah tengok budak ni.

Fikir punya fikir...baik Kak Yah panggil orang asli yang bukan Islam. Baru Kak Yah nak cari, tiba-tiba lalu dua orang asli naik motor kat depan rumah. Apa lagi, cepat-cepat Kak Yah tahan diorang.

Jom Tanam Bunga
Dua Remaja Orang Asli: Hensem Gak, Kan?

"Nak ke budak ni?" Kak Yah tanya Si Ateng tu.

"Kat umah aku pun banyak ni... ada 8 ekor. Baru beranak malam tadi... sekor mati ..." jawab salah sorang daripada ateng-ateng tu.

Aduh! Letih, letih... Pening Kak Yah macam ni. Nanti macam mana cucu-cucu nak balik hujung minggu ni. Pening, pening ...

"Kalau macam tu kau tambahlah sekor lagi ni, cukupkan sembilan!" Pujuk Kak Yah.

"Tapi dia ni dah besar! Dah pandai cari awek ni," Kata Si Ateng tu lagi (maknanya, dia tak naklah tu!).

Alamaaaakkkkk! Camner ni???

Tiba-tiba ...

"Oi Kak Yah! Ape yang bisen-bisen sangat ni?"

Tak perasan Kak Yah bila masanya Si Misah Perak jiran Kak Yah lalu kat depan kami.

"Ni ha. Misah tengoklah si budak comel ni." 

"Hai, sejak bile pulak bukak neseri anok-anok anjin ni hoi.... Jangan kamu buat koje rupe ni. Rentikanlah... Tak sah solat... bate ayo sembahyang Yah hoi. Udah-udahlah tu. Anto balik romoh die..." Panjang lebor khutbah Si Misah tu.

"Hai Kak, taklah masalah kalau tau romoh die... Ni entah di mane. Tiba-tiba si Ateng ni macam naik angin pulak ni. Kalau tak nak, cakap jerlah tak nak. Tak payahlah nak tinggi-tinggi suara pulak," jawab Kak Yah separuh Perak (cuba-cuba meniru cara Si Misah tu bercakap, hehe ...).

"Ooo ... Misah jalan dulu le ye Kak Yah. Nok ke romoh Si Pah tu" kata Si Misah sambil meneruskan perjalanannya.

"Kalau susah-susah sangat...tak apelah. Bior aku bawak jer balik romoh aku, abis ceriter," Tiba-tiba Si Ateng yang sorang lagi tu bersuara dengan nada yang agak keras jugak.

"Amboi, betul-betul punya marah ni!" kata Kak Yah yang macam nak naik angin jugak.

"Eh, aku bukan marah... aku cuma nak tolong Kak Yah jer. Tahun depan anak aku masuk sekolah darjah 1. Nanti nak tuisyen ngan Kak Yah, boleh ke?" kata ateng tu lagi.

"Ooooooo......macam tuuu ... ada udang sebalik mi rupanya! Hahahaha... Boleh, boleh!" jawab Kak Yah.

"Terima kasihlah Ateng!" Kata Kak Yah kepada Si Ateng yang dah mula bergerak untuk pergi dari situ dengan membawa si comel busuk tu.

Selesailah masalah Kak Yah. Syukur Alhamdulillah ...


Jom Tanam Bunga
Inilah Dia Si Comel Busuk Tu ...

Hai, macam nilah hari-hari hidup Kak Yah ni. Selain berkawan dengan bunga-bunga wangi, sekali-sekala datang pulak yang comel-comel tapi busuk. Nak dipeluk tak boleh, najis pulak... Tunggu esok; sape pulak yang punya giliran nak ziarah Kak Yah kat taman mini ni. Baik aku siap sedia, hahahaha...

P.S.

Citer pasal busuk ni, kalau korang nak tau, salah satu bunga yang sangat busuk baunya di dunia ini ialah Bunga Pakma (Rafflesia) yang banyak didapati di hutan Sabah dan Sarawak, juga di hutan Indonesia. Baunya macam bau bangkai.

Jom Tanam Bunga
Bunga Pakma (Rafflesia) - Wikipedia Photo

Yang nak baca lebih tentang bunga ni, silalah ke:  http://jomtanambunga.blogspot.com/2011/08/bunga-bangkai.html



Bunga Zoo

 Assalamualaikum  kengkawan  semua, apa khabar ? Harap-harap semua okay. Dah agak lama Kak Yah tak update blog ni. Bukan apa, maklum sajalah, sekarang ni masih cuti sekolah. Kak Yah pasti korang semua sibuk sekali menguruskan macam-macam program percutian famili masing-masing, kan? Bukan itu saja, masa cuti inilah ada anak-anak yang nak berkhatan, berkhatam Quranlah, anak dara dan bujang nak menikahlah, majlis bacaan Yassinlah dan macam-macam lagi. Itu belum lagi program suri rumah yang nak pergi rombongan,  shopping ke Bandunglah (kat Indonlah), ada yang nak ke Pulau Langkawilah. Pendek kata, semuanya bab-bab bercuti. Begitu jugalah halnya dengan Kak Yah sendiri (anak yang sponsor; tu yang dapat pergi tu, hehehe).

Tiba-tiba teringat pulak yang blog ni belum diupdate lagi. Tapi, oleh sebab terlalu penat, Kak Yah terpaksa rehat dulu. Sekarang dah okay, barulah berblog semula. Memang penat sangat. Kebetulan pulak adik lelaki Kak Yah datang ke rumah minggu lepas dengan familinya. Diorang bawak Kak Yah pergi jalan-jalan, makan-makan dan shopping-shopping... Tak jauh pun; taklah sampai ke Bandung.. ke Paris pun tidak. Kat Putrajaya dan kawasan sekitar dengannya je, hahaha... Tapi seronok jugak. Tambahan pulak kakak-kakak Kak Yah dan anak-anak daranya pun ikut sama. Anak dah besar-besar, masa nilah senang nak bersantai.  Emak-emak dan anak-anak je yang pergi. Cik abang-ci abang jugak yang tinggal jaga rumah. Dah ajak berkali-kali, tapi diorang tu tak nak jugak. Kami sajalah yang pergi dan bermalam di rumak kakak Kak Yah di Sepang.

Asyik bercuti je hujung tahun ni. Memang seronok sangat dapat terlepas sekali sekala macam ni.Kira okaylah tu, kan? Dah 11 bulan tak ke mana-mana, hehehe. Ada je orang offer, apa tunggu lagi; cepat-cepat pack barang-barang.... Betul-betul macam Desprate Housewives nampaknya, hehehe...

Pada hari yang lain, diajak pulak anak dan menantu  ( yang baru tulah ) pergi jalan-jalan lagi, tapi taklah jauh pun, pergi Zoo Negara je! Alahai.... lama betul Kak Yah tak ziarah rakan-rakan kat sana tu; dah lama tak tanya apa berita diorang tu ye! Dulu Kak Yah duduk berdekatan dengan zoo kat Hulu Kelang tu, tapi sekarang dah duduk di Hulu Langat. Walaupun hari-hari lalu depan zoo tu tapi baru kali ni Kak Yah singgah. Dah dekat 12 tahun tak ziarah diorang, hehehe.Bila masuk pintu zoo tu saja terigat kembali kenangan yang lalu semasa  Kak Yah dan cik abang bawak anak-anak melihat  macam-macam  jenis haiwan yang ada kat situ.

Ada sesetengah haiwan tu masih lagi  hidup dan nampak wajah diorang tu macam tak happy je. Ada yang dah tua sangat, tua lagi pada usia kita. Bila tengok haiwan-haiwan tu sedih jugak rasanya. Tapi walau bagaimanpun keadaan percutian tu masih lagi menyeronokkan. Biasalah, kan? Cuti sekolah, ramai orang masa tu.Tapi nasib baik dapat parking ( itu pun selepas 3 kali tawaf ). Alhamdulillah...

Pandainya Dia!
Wow! Besarnya Ikan!
Garangnya Baboon Ni
Bukan Lembu Bukan Kerbau, Seladang Ni
"Welcome To Zoo Negara"
Kesiannya Dia, Betul-Betul Penat Ni!
Kura-Kura Ni Dahaga Agaknya. Maklumlah Dah Empat Hari Tak Minum
Anak Rusa Nani, Baru Kembang Ekor...
Yummy! Sedapnya Unta Tu makan
Patutlah  Awet Muda! Makan Pucuk Daun.
Tak Sangka, Rupanya Aku Ni Ramai Peminat, hehehe...
Bangau Oh Bangau, Mengapa Engkau Cantik?
Naik Ni Best! Tak Payah Jalan Jauh

Masa Kak Yah masuk tu dah tengahari, jadi dapatlah tengok singa laut  (sea lion) dan burung kakak tua buat persembahan. Wow, pandainya dia! Pastu kami teruskan lawatan lagi. Masuk kawasan beruang, tapir, kura-kura, landak, rusa, seladang, burung bangau, gajah, zirafah, baboon, ikan, singa dan macam-macam lagi lah. Tapi singa tu tidur je! tak aktif langsung.  Agaknya penat, sebab malam tadi diorang tengok siaran langsung perlawanan bola sepak kut! heheheh...

Amboi! Mengantuknya Dia

Kak Yah yang giler bunga ni tak melepaskan peluang melihat-lihat pokok-pokok bunga yang ada kat zoo tu. Tapi taman bunga kat zoo ni taklah menarik sangat, sekadar bolehlah.... dapat jugaklah Kak Yah snap tiga empat keping gambar macam yang kat bawah ni ...

Bunga Lily
Pokok Keladi
Bunga Sepit Udang
Pokok Lidah Jin
Pokok Halia Merah ( Alpinia Spp: )

Setelah puas hati melawat haiwan-haiwan kat situ, kami pun beransur pulang ke rumah. (Tapi sebelum balik tu, singgah dulu kat WW. Kitorang makan dulu, pastu baru balik...) Bestnya tengok haiwan-haiwan kat zoo tu... Selepas ni, bila pulak nak ziarah diorang tu lagi....Bye, bye kawan, nanti jumpa lagi....

Bunga Pangkor

"Dalam bulan Disember ni, sepatutnya kita semua mesti berjaga-jaga sebab keadaan cuaca yang asyik hujan je ni. Kalau nak buat apa program pun kena fikir banyak kali  terlebih dulu sebelum apa-apa yang tak diingini terjadi. Bukan apa, sekarang ni hampir semua negeri dah dilanda banjir. Air melimpah di sana sini. Abang cuma ingatkan saja, supaya Yah berhati-hati." Panjang lebar khutbah cik abang tentang banjir bila Kak Yah sebut nak pergi bercuti.

"Okay, tapi Yah nak pergi bercuti jugak!" 

"Hai, baru cakap pasal banjir sana-sini, nak pergi bercuti jugak?"

"Sekarang ni kan school holiday. Bagilah Yah jalan-jalan; cuti-cuti Malaysia. Yah pergi bercuti tu pun ikut anak dan menantu, bukan ikut orang lain! Bolehlah bang! Yah pergi tu tak lama, cuma 3 hari 2 malam je, boleh ye?" Kak Yah merayu kat cik abang. 

"Nak ke mana?" 

"Yah nak ke Paris."

"Amboi, jauhnya." 

"Bukan, bukan Paris. Yah cuma nak ke Perak, hehehe... ke Pulau Pangkor.... Pastu bolehlah singgah kat rumah besan kita. Dari rumah diorang tu baru terus ke Pangkor. Dah dekat sangat, 45 minit je dah sampai. Boleh ye bang?" Kak Yah terus merayu.

"Hmm ..."

Cik abang berfikir-fikir; serba salah agaknya tu.

"Kalau tak bagi pergi, bila pulak aku nak bawak?" Inilah agaknya apa yang sedang difikirkannya.

Akhirnya cik abang bagi green light.

Yeah... dapat pergi! Jom siap-siap, pack barang-barng keperluan. Yeah, yeah... dapat pergi Pulau Pangkor, boleh singgah Tapah dan Bidor.....

"Hai, nyanyi sakan nampak? Sukanya dia!"

Hehehe...Kak Yah dan anak menantu pun bertolaklah dari KL pada hari Jumaat terus ke Titi Gantung dulu, rumah besan.

Sampai je kat situ kami dihidangkan makanan tengahari yang enak sekali. Kak Yah dapat rasa masakan orang sana pulak. Pastu kami terus ke Pangkor. Beli tiket feri dan sambil menunggu tiket, Kak Yah sempat juga berfoto-foto. Ambil gambar sana sini, terutama sekali gambar bunga-bunga yang memang kegemaran Kak Yah. Biasalah, kan? Orang pergi bercuti dah tentulah pozing merata-rata, hahaha... Korang boleh tengoklah gambar-gambar bunga Pulau Pangkor kat bawah ni. Cantik-cantik, kan?


Bunga Adenium
Bunga  Bauhinia Kockiana
Giant Spider Lily
Giant Mexican Sunflower

Bestnya naik feri tu. Kak Yah duduk kat tingkat atas supaya dapat ambil gambar pemandangan yang sangat cantik. Nampak laut yang sangat luas tapi seram jugak tengok ombak tu. Syok... tapi takut. Kalau cik abang ikut, taklah takut sangat, malahan akan rasa lebih selamat, huhuhu... ( baru mula nak seronok dah rindu kat dia!).

Sampai kat Puteri Bayu Beach Resort, kami terus check in. Masa tu lebih kurang pukul 5 petang. Pastu salin pakaian terus ke pantai. Wow, indahnya! Memang cantik pantainya. Tambahan pulak ramai orang masa tu. Riuh-rendahlah suasana petang tu.

Inilah Feri Yang Kami Naik Tu
Sesiapa Ke Pulau Pangkor Boleh Cuba Nginap Kat Sini
Yang Hujung Sebelah Kanan Tulah Bilik Kitorang
Nampak Tak Kak Yah Tengah Seronok Tuuu?
Seronoknya ... Tapi Takut!
Inilah Ikan-Ikan Yang Kak Yah Citer Tu
Tengah Tengok Ikanlah Tu
"Kak Yah Duyung" Sedang Berehat Di Atas Batu, Hehehe...
Lihatlah Betapa Cantiknya Air Laut Yang Menghijau!

Malam tu pulak kami makan kat bilik; bungkus je! Dah penat, hujan pulak tu. Makan pun tak berselera sangat. Masa tu  yang paling sedap sekali ialah tidurrrrr...hehehe...

Esoknya pagi-pagi lagi kami dah ke pantai. Lepas breakfast terus naik bot nak tengok pulau-pulau yang ada kat situ. Kami juga dapat tengok ikan-ikan yang berwarna warni dari atas bot tu.

Dah puas mandi, kami pun pulanglah ke resort semula. Makan-makan, jalan-jalan,minum-minum dan foto-foto. Aduh, penatnya! Tapi yang penting seronok. Tidur semalaman lagi, esoknya hari Ahad kami pulanglah ke KL. Bye bye Pangkor Island! Dalam hati Kak Yah ni dah teringatkan bunga-bunga yang kat rumah tu. Takut-takut ditinggalkan 3 hari, semuanya mati. Bimbang sangat. Kak Yah pun cepat-cepat call cik abang kat rumah. Lega... Nasib baik cik abang jaga pokok-pokok tu. Kalau tidak, .....?

"Hai?  Cuma nak tanya bunga je? Yang aku ni?" cik abang bertanya masa dia jawab panggilan Kak Yah tu. Hehehe...

Zinnia Bertunang?

Hai, apa khabar semua? Dah agak lama Kak Yah tak berceloteh, ye? Apa nak buat ...  Semenjak dua menjak ni ada je kerja nak dibuat, tak mau habis-habis, asyik ada je! Kalau tang penat tu tak usah nak cakaplah, sure penat punya... hehehe. Tapi masih boleh terhehehe lak tu! Bukan apa, kalau bab jaga bunga tu dah biasa, rutinlah katakan. Tapi ada bab-bab yang menambah-nambah kerja ni. Sibuk buat gubahanlah, menghias keklah, menghias bekas-bekas hantaranlah, reben sana, reben sini, cucuk sana, cucuk sini. Aduh...hai penatnya tak terkata!

Sirih Junjung Mama

Tapi kalau penat pun berbalaoi,  Cik Yah hoi! ( Kata cik abang mengusik ).

 Apa yang berbaloi?

Hai! anak bujang kita yang nak bertunangkan? Kalau emaknya yang membuat semua hantaran pertunangan tu, penat pun tak apalah, kan? Pasti puas hati, kan? Boleh buat citarasa sendiri, betul tak?

Betul, betul, betul...hehehe... 

Ini ada info untuk korang semua ye! Alhamdulillah... syukur pada Allah kerana majlis pertunangan anak bujang Kak Yah yang sorang tu telah selamat dilaksanakan pada 17 Julai Ahad di sebuah kampung di Perak (dapat orang Perak jugak macam kakak dia!). Kak Yah amat bersyukur dan terharu sesangat. Sedih pun ada; apa tidaknya, kawan baik Kak Yah selama ini  dah jadi milik orang.  Macam tu lah, kan? Nampaknya tugas Kak Yah menjaga sibujang tu akan diambil alih oleh orang lain. Apa pun Kak Yah sekeluarga sangat gembira kerana bertambah lagi satu ahli kelab kita, ye? Hahaha...kalau dah kahwin nanti, beranaklah ramai-ramai. Lagi ramai lagi bagus...

Itulah infonya.

Akhirnya siap jugalah semua gubahan-gubahan tu. Taklah banyak mana pun bendanya, tapi... kalau sendiri yang buat kecohnya lebih, hahaha... Adalah lima dulang je berbalas tujuh dulang.  Insyaallah... dah nikah besok, Kak Yah sambung citer lagi, bab yang kedua pulak ye? Hai anak bujang...anak bujang, sudah diambil orang. Hai kome, nanti kite jumpe lagi ye! Di mane?  ceciter, ceciter. Hai! di Perak le! Hehehe...

Besok paginya pulak, macam biasa Kak Yah melawatlah taman mini Kak Yah tu. Oh alangkah cerianya dia! Megah sungguh. Bunga zinnia Kak Yah dah kembang rupanya. Wow, cantik sungguh! Bunga Zinnia ni, benihnya Kak Yah beli kat  pasaraya care4 tu  je. Pastu Kak Yah  taburkan kat tanah dan siram 2 kali sehari macam biasa dan bubuh baja tahi ayam. Tak sangka pulak boleh kembang begitu cepat dan cantik sekali. Pokok bunga Zinnia ni Kak Yah tanam di tempat yang banyak cahaya matahari supaya ia boleh berbunga dengan cepat.

Zinnia Merah
Memang Cantik
Zinnia Di Putrajaya, Lagi Cantik, Kan?

Cantik tu memanglah cantik, tapi sayang hanya kembang sekejap saja.  Apabila bunganya dah layu dan kering, biasanya Kak Yah akan petik dan jemur dulu kemudian sediakan tempat untuk tanaman yang baru. Itu yang buat syok kalau tanam bunga semusim tu. Kembang pastu mati; pastu hidup lagi, hahaha... Itulah mati hidup semula, kan?

Assalamualaikum, Mama! Oh Mama! Ini ada 3 biji durian. Emak sedekah. Tiba-tiba Kak Yah dikejutkan oleh satu suara.

Alhamdulillah... durian kat kebun Amin ke ni? ( Amin adalah anak jiran Kak Yah ).

Haah, tapi tak banyak buahnya kali ni.

Alah... tak apa, 3 biji ni pun dah cukup. Lagipun yang suka makan durian ni cuma mama ngan abang bujang je! Papa tak suka. Tapi kalau buah rambutan, manggis... paling dia suka.

Okaylah, Mama. Nanti esok Amin bawak, ye? 

Eh,eh,eh... janganlah susah-susah, tapi kalau ada boleh jugak, hahaha... (Muka tak berapa tahu nak malu!)

Terima kasihlah ye Min, bye! ( Moh kite makan deghoyan !)

Ku Kehilanganmu Wahai Si Trumpet

Hari ni nak pergi nursery tu ke? ( Wah cik abang  ada offer bagus ni ).

Apa lagi...  jawab cepat-cepat, nanti masa offer tamat. Hehehe... Bestnya!

Ye bang. Memang nak sangat!

Kalau camtu, jom!

Kak Yah pun siap-siap terus pergi dengan cik abang.

Sampai kat situ macam biasalah, browse dulu, pastu pilih mana yang berkenan di hati baru beli. Tiba- tiba Kak Yah ternampak  pokok bunga ni. Cantik, sangat cantik. Terus Kak Yah cium bunga tu. Amboi, wanginya!

Apa namanya ye? Kak Yah terus tanyakan pada mat pakis tu.

Katanya ini bunga trumpet, sebab bentuk bunganya seperti trumpet (terompet, sejenis alat muzik) dan berwarna kuning. Pokok bunga ni berdaun lebat dan boleh tumbuh rendang. Jadi elok sangatlah kalau ditanam di tempat yang luas.

Kak Yah pun puas hatilah dengan bunga tu. Selain bunganya yang kuning dan cantik, harganya pun murah, 3 ringgit je satu.  Kak Yah pun belilah sepokok.

Sampai kat rumah terus Kak Yah ambil tools dan tanam bunga ni  bersebelahan dengan  pokok bunga balung ayam merah kat taman mini. Selesai tanam Kak Yah siramlah macam biasa.

Kembangmu Hanya Sementara Waktu

Hiduplah pokok bunga tu. Memang tak salah lagi dah. Sebab tempat yang Kak Yah tanam pokok tu memang sesuai. Berbungalah si trumpet ni dengan gembiranya! Tapi...pada suatu hari Kak Yah teringat nak beli baja dan pasu kat nursery tempat biasa Kak Yah pergi tu. Sebab bekalan  baja pun dah nak habis. Kak Yah pun pergi lagi kat situ.

Masa tu Mat Pakis tak ada; yang ada taukeh nursery tu ( orang Melayu rupanya. Sebelum ni Kak Yah hanya berurusan ngan Mat Pakis tu je).

Hai Kak! nak cari bunga apa?

Oh... nak beli baja dan pasu; itupun kalau cukup bajetnya.

Kalau akak nak beli baja tu harga macam biasalah, tapi kalau akak nak beli pasu tu...ha...yang tu hari ni saya jual murah.

Berapa sebiji pasu tu? 

4 ringgit dan 5 ringgit. 

Yang besar- besar ni? ( Kak Yah  macam tak caya je harganya, sebab pasu-pasu tu cantik).

Ye kak.

Kalau macam tu, bolehlah.

Kak Yah pun belilah 2 biji pasu yang besar tu. Pastu Kak Yah pun lalu kat tempat baja pulak. Tiba- tiba terbau wangi sangat.

Bunga apa yang bau wangi ni dik? ( Kak Yah tanya kat taukeh tu ).

Yang tu bunga trumpet juga, kak.

Eh! Bukan ke bunga trumpet tu berwarna kuning?

Ada banyak jenislah,  kak! Yang ni pun sama, cuma bunganya saja berwarna pink.

Oh... baru tau! Okaylah dik. 

Dahlah Cantik, Wangi Pulak Tu

Kak Yah pun belilah bunga tu, pasu dan baja tahi ayam. Kak Yah pun balik.

Esok pagi- pagi lagi Kak Yah dah turun ke Taman Mini. Kak  Yah pun tanamlah bunga yang Kak Yah beli semalam, bunga trumpet pink tu lah. Dah siap tanam bunga tu, Kak Yah terfikir pulak? Baik aku tanam bunga trumpet kuning tu dekat- dekat dengan  bunga trumpet pink ni tentu lebih menarik kan? Kak Yah pun terus mencabut bunga trumpet kuning yang dah hidup dan berbunga segar tu. Kak Yah tanamlah macam biasa. Bila dah siap tugas tu, barulah senang hati. Malam nanti bolehlah tidur lena, hehehe...

Hai apa dah jadi dengan bunga trumpet kuning ni bang! ( Kak Yah menjerit seperti orang mati anak ).
Bang! bang! tolong Yah ni!

Kenapa? Kenapa? ( Cik abang cemas ).

Pokok bunga trumpet yang kuning ni dah nak mati! Dah layu... dah tak ada nyawa! Alah...bang, kenapa dia mati, ha?

Kak Yah pun sedih dan menyesal sangat-sangat sebab Kak Yah dah cabut dan tanam kat tempat lain. Kak Yah cuba siram dan siram ia  setiap hari...tapi akhirnya ia mati dan tak mungkin hidup lagi. Huhuhu..... sedihnya Kak Yah. Terasa seolah-olah Kak Yah telah membunuhnya, huhuhu...

Hanya Dikau Penawar Hatiku

Sabar, sabar! Sudahlah tu, jangan nangis lagi. Nanti kita  cari lagi kat Mat Pakis tu ye? ( cik abang cuba memujuk ).

Sampai saat ini Kak Yah masih terkilan mengenangkan bunga trumpet kuning tu.
..

Kasihku Layu Di Taman Mini

Hai, dah buat macam-macam cara dan teknik dah, tapi tak berjaya jugak. Abang! Cuba tolong  buat kajian saintifik ke atas bunga alamanda ungu ni. Bila berbunga  je  jatuh dari tangkainya. Asal berbunga je, jadi macam tu. Sayanglah... sebab bunganya cantik. Macam tak lekat, asyik nak gugur je. Kalau macam ni nanti sampai bila pokok bunga ni nak jadi besar. Kak Yah pun pelik betul lah...aduhai... ( Bela je dan sabar, kata cik abang ). Mudah- mudahan dia cepat membesar dan bunganya tak jatuh lagi... sabar ye Yah! ( Cik abang memujuk Kak Yah ). Kalau ikutkan hati ni, nak je Kak Yah buang pokok  bunga tu... memang tak sabar rasanya!

Alamanda Ungu
Asal Kembang... Gugur!

Hai mama marah betul nampak!

Ha! Rita nak kemana ni?
 
Rita nak bagi mama bunga ni. Tadi ayah suruh Rita hantar bunga ni berikan kat mama.

Inilah Bunga Yang Rita Bagi
 

Amboi, cantiknya! ( Dah senyum kembali ) Eh... siap dengan pasu pulak tu! Terima kasih ye Rita!

Sama-sama. Bye mama...

Bye!

Huh! Barulah tak marah.

Hai, cik Yah dah seronok pulak? Tadi macam  tsunami nak melanda kampung ni je! (cik abang menyindir).

Alhamdulillah... tak jadi, hehehe... ( Oh perli ye cik abang ).

Inilah Menatangnya!

La la la.... jom kita tanam bunga... Alamak! Menatang apa pulak ni? Terkejut Kak Yah dibuatnya. Tiba-tiba  Kak Yah terpandang seekor serangga sedang menikmati  sarapan pagi di taman mini Kak Yah ni: belalang kunyit rupanya. Amboi! santainya dia, besar pulak tu. Kalau menatang yang ni Kak Yah tak takut. Makanlah... makanlah...hahaha...Tapi kalau cik biawak tu datang...... pasti cabut lari....tak tunggu lagi...

Ilham Corak Batik Dari Bunga

Ring... ring... ring... telefon berbunyi.

Assalamualaikum , Kak Yah ke tu? 

Waalaikumussalam...ye Kak Yah ni. Ada apa-apa yang Kak Yah boleh bantu? 
 

Sebenarnya saya ni belum pernah jumpa Kak Yah kat luar pun, cuma di Facebook je. Nama saya Lin dari Ampang ... dan saya minat sangatlah tengok blog Kak Yah tu, cantik-cantiklah bunga-bunga tu. Rajin betul Kak Yah ni.

Corak Bunga Kertas
Corak Tepus
Corak Keladi
Oh ye ke, kalau begitu bolehlah kita terus berkawan ye? Kak Yah pun suka dapat berkawan dengan Lin. Tapi macam mana Lin tau nombor telefon rumah Kak Yah ni?
 

Mungkin Kak Yah dah lupa kot. Dulu semasa Kak Yah duduk kat KL, Kak Yah ingat lagi tak jiran sebelah rumah tu? Dia tu kawan sekampung dengan saya. Dia kenal rapat dengan Kak Yah; dialah yang beritahu nombor telefon Kak Yah ni.

Oh...... macam tu ceritanya, fahamlah Kak Yah. Dah ingat dah....


Kak Yah boleh tolong Lin tak? 

Kalau kena dengan tolongnya tak masalah, boleh je tolong.

Lin ni ada buat batik lukis sendiri di rumah. Jadi kalau Kak Yah izinkan, Lin nak cedok idea dari gambar-gambar bunga di blog Kak Yah tu, boleh tak? 


Corak Ini Pun Cantik
Corak Balung Ayam
Corak Daun Hijau Muda
Corak Puding
Corak Dan Warna Yang Kak Yah Suka
 
Corak Berjalur
Corak Baldu
Corak Bunga Keladi
Corak Ini Pun Boleh
Corak  Pink Lembut
Corak  Batik Yang Sangat Cantik

Bagusnya! Pandai lukis batik adik ni rupanya. Kalau macam tu Kak Yah lagi suka, ambillah takpe!  Bunga-bunga tu kan Allah yang punya, apa salahnya kita kongsi gambar-gambarnya. Tapi...... ada satu syarat: kalau dah siap lukis batiknya nanti, dah jadi kain, jangan lupa beri Kak Yah sehelai ye? hehehe...Gurau je lah... Kak Yah harap Lin teruskan usaha ni ye. Kak Yah bolehlah bantu dari segi warna, bunganya dan coraknya ye. Untuk tu, Lin  kenalah buka blog Kak Yah selalu. Okay Lin, nanti kita citer lagi ye, bye...

Okay Kak Yah. Terima kasih. Bye...


Tengoklah  gambar-gambar bunga yang boleh dijadikan corak batik yang ada kat blog ni  ye. Mudah-mudahan boleh membantu Lin. Bagusnya! Muda-muda lagi dah ada kerjaya sendiri.  Mudah-mudahan  menjadi seorang pereka dan pembekal batik terkenal suatu hari nanti, Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...