Alamanda Ungu |
Asal Kembang... Gugur! |
Hai mama marah betul nampak!
Ha! Rita nak kemana ni?
Rita nak bagi mama bunga ni. Tadi ayah suruh Rita hantar bunga ni berikan kat mama.
Inilah Bunga Yang Rita Bagi |
Amboi, cantiknya! ( Dah senyum kembali ) Eh... siap dengan pasu pulak tu! Terima kasih ye Rita!
Sama-sama. Bye mama...
Bye!
Huh! Barulah tak marah.
Hai, cik Yah dah seronok pulak? Tadi macam tsunami nak melanda kampung ni je! (cik abang menyindir).
Alhamdulillah... tak jadi, hehehe... ( Oh perli ye cik abang ).
Inilah Menatangnya! |
La la la.... jom kita tanam bunga... Alamak! Menatang apa pulak ni? Terkejut Kak Yah dibuatnya. Tiba-tiba Kak Yah terpandang seekor serangga sedang menikmati sarapan pagi di taman mini Kak Yah ni: belalang kunyit rupanya. Amboi! santainya dia, besar pulak tu. Kalau menatang yang ni Kak Yah tak takut. Makanlah... makanlah...hahaha...Tapi kalau cik biawak tu datang...... pasti cabut lari....tak tunggu lagi...