Pasti korang terperanjat ni. Bunga bangkai tu adalah bunga rafflesia atau bunga pakma! Hehehe, dah kata dah! Ramai yang terperanjat sebab tak sangka pulak itu rupanya bunga bangkai. Ya, bunga terbesar di dunia tulah yang dipanggil juga sebagai bunga bangkai!
Nak tau lak apasal dipanggil bunga bangkai? Sebab ,,, baunya busuk macam bangkaiiiii. Korang yang tinggal kat Malaysia Timur pasti tau bangat tentang bunga ni, kan?
Nak tau lak asal usul bunga ni? Camni citernya ...
Pada tahun 1818 dulu (dah lama tu ...) di Sumatra, Indonesia ada seorang gabenor bernama Sir Stamford Raffles yang sangat berminat dengan sains alam semulajadi (natural science). Beliau bersama seorang teman bernama Dr Joseph Arnold telah ternampak bunga ini semasa mengadakan sebuah ekspedisi ke kawasan pedalaman Sumatra. Tentu korang dah dapat teka, kan? Ya, betul ... sempena nama dia nilah bunga bangkai dipanggil bunga rafflesia. Pandai-pandai je mat saleh (orang putih atau orang Inggeris) tu tukarkan nama bunga tu padahal penduduk kat tempat tu dah lama bagi nama kat bunga tu. Dahlah tu, mat-mat saleh tu kata diorang yang jumpa bunga tu dulu padahal orang tempatan kat situ dah lama tahu akan kewujudan bunga tu!
Untuk pengetahuan korang, bunga rafflesia atau pakma ni boleh ditemui di kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Setakat ni dah ada 17 species yang direkodkan. Bunga ni jarang ditemui dalam keadaan kembang sebab ia kembang hanya beberapa hari saja. Semasa kuncup bentuknya macam kobis dan saiznya pun lebih kurang sebesar kobis jugak. Bunga pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan diameter berukuran 91 cm (3 kaki), tebal kelopaknya 1.9 cm (3/4 inci) manakala berat puratanya 7 kilogram (15 lbs).
Kelopaknya berwarna coklat kemerah-merahan dan ada bintil-bintil yang mengeluarkan bau busuk macam bangkai. Ya, sebab itulah bunga ini dikenali juga sebagai bunga bangkai. Bunga ini membiak melalui bintil-bintil (biji benih) yang disebarkan oleh haiwan.
Ha ... sekarang tahulah Kak Yah bahawa bunga bangkai itu adalah bunga pakma atau bunga rafflesia! Apa? Boleh ke tanam kat kawasan rumah? Boleh, kalau kawasan rumah korang tu luas dan berada kat dalam hutan hujan tropika yang tingginya antara 500 hingga 700 meter dari paras laut dengan cuaca yang sentiasa panas dan sangat lembab. Itupun kalau korang boleh dapat benihnya yang amat jarang ditemui. Hehehe...
Inilah Bunga Bangkai atau Pakma atau Rafflesia tu... |
Saper-saper yang nak tau lebih tentang bunga ni bolehlah baca buku yang ditulis oleh Kamarudin Mat Saleh (bukan mat saleh dalam citer ni ye, kebetulan pulak, hehehe...) kat sini: Rafflesia: Magnificent Flower of Sabah
Versi Bahasa Inggeris |