Bunga Boleh Kuruskan Badan?

Ni apa pulak ni? Bunga boleh kuruskan badan. Bunga apa, ye? Pasti korang nak sangat tau, kan?

Okay.

Pernah dengar bunga roselle, tak? Yelah roselle yang orang buat minuman tu. Bunga tu lah!

Jus Roselle

Mungkin ramai yang tak tau yang roselle tu juga adalah sejenis bunga yang sekeluarga dengan bunga raya. Nama sainsnya Hibiscus sabdariffa ( hibiscus dalam bahasa Inggeris kan ke bunga raya! ). Nak tau camner rupanya, sila tengok gambar-gambar kat bawah ni.

Beginilah Rupa Bunga Roselle

Boleh ke bunga roselle ni menurunkan berat badan kita? Macam mana ye?

Camni ... 

Oh ye. Sebelum tu, kita kena tau dulu yang bunga roselle ni ada banyak jenis tapi yang biasa ialah roselle merah, rosselle ungu, roselle putih dan roselle kuning. Dan yang paling berkesan untuk menguruskan badan ialah roselle merah.

Macam-Macam Warna Bunga Roselle

Caranya begini.

Pertama, petik beberapa kuntum bunga roselle dan cerai-ceraikan kelopaknya. Pastu jemur di bawah cahaya matahari terik sehingga betul-betul kering. Sampai warnanya bertukar jadi coklat kehitam-hitaman.

Kedua, rendam 5 ke 10 kelopak roselle dalam secawan air panas mendidih. Banyak mana nak rendam tu terpulang pada koranglah; kalau suka masam bubuhlah lebih kelopak dan kalau tak tahan masam tu kurangkanlah. Pastu biarkan sehingga kepanasan air itu agak-agak boleh diminum dengan selamat dan tak terbakar atau melecur lidah dibuatnya.

Ketiga, pastu apa lagi, minumlah! Jangan tambah gula ataupun benda-benda lain untuk menyedapkannya lagi. Nanti tak berkesan. Juga, pastikan minuman itu masih panas semasa diminum. Kalau dah sejuk, boleh diminum tapi lambatlah nak jadi kurus. Amalkan setiap hari: pagi secawan, tengah hari secawan, malam pun secawan. Kalau haus sangat tu, bolehlah hantam dua cawan, hehehe...

Kelopak-Kelopak Roselle Yang Dah Dikeringkan

Tapi ada pantang larangnya.

Pertama, jangan berangan saja nak kurus dengan hanya meminum air rendaman roselle ni. Kenalah berdoa kepada Allah dan kenalah jugak  berusaha dengan bersenam sikit. Ini akan insyaallah mempercepatkan proses membuang lemak di badan.

Kedua, jangan lupa minum banyak-banyak air suam atau air putih.

Ketiga, eh banyaknya pantang! Errr gurau je, mana ada yang ketiga, hehehe...

Begitulah caranya.

Sesiapa yang nak cuba tu, bolehlah mulakan sekarang. Mulalah mencari bunga roselle yang hidup atau yang dah dikeringkan. Apa? Ada yang tanya, tak boleh ke minum je jus roselle yang dijual dalam botol tu? Jawabnya kurang boleh kerana jus tu dah dicampur dengan bahan-bahan lain seperti gula dan sebagainya. Jus yang begini sesuai diminum untuk menambah vitamin C dalam badan.

Ladang Roselle

Akhir sekali, selamat mencuba dan semoga berjaya. Kalau dah berjaya nanti jangan lupa bagitau Kak Yah, okay!


( Gambar-gambar dari: Wikipedia )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...