Ramai yang tanya Kak Yah soalan ini. Mungkin diorang keliru sebab ada orang kata,
marigold tu bunga tahi ayam. Orang lain pulak kata,
lantana camara tu yang dipanggil bunga tahi ayam. Jadi yang mana satu yang betul ni?
|
Marigold Oren |
|
Sesuai Ditanam Di Kawasan Yang Panas |
|
Pokok Marigold Kuning |
|
Biarkan Bijinya Kering Baru Boleh Petik |
|
Lantana Camara Kuning Oren |
|
Lantana Camara Pelbagai Warna |
Sebenarnya, kalau ikut pengalaman Kak Yah yang taklah banyak sangat ni, kedua-dua pendapat tu betul.
Marigold pun bunga tahi ayam;
lantana camara pun bunga tahi ayam. Tapi Kak Yah sendiri bagi nama pulak, marigold tu "bunga tahi ayam biasa" manakala lantana camara pulak "bunga tahi ayam busuk" sebab baunya yang busuk sangat tu, hihihi...
Tak kisahlah tu yang penting kita tau macam mana nak tanam dan jaga dia supaya tumbuh dengan subur dan mengeluarkan bunga-bunga yang cantik dalam pelbagai warna.
Kita citer tentang bunga tahi ayam biasa dulu. Lain kali kita citer pulak tentang yang busuk tu, okay?
Baiklah. Marigold yang didapati di negara kita ni berasal dari Mexico dan Guatemala. Sebenarnya bunga ni ada banyak jenis (
contohnya macam yang dalam gambar-gambar kat bawah) tetapi yang popular dijadikan sebagai tanaman hiasan ialah
Tagetes erecta (African Marigold ) dan
Tagetes patula (Dwarf French Marigold).
|
Tagetes Petula (French Marigold) - Wikipedia |
|
Tagetes Tenuifoli (Marigold) - Wikipedia |
|
Tagetes Erecta (Marigold) - Wikipedia |
|
Tagetes Minuta (Marigold) - Wikipedia |
Oh ya. Kalau korang nak tau, perkataan marigold itu sebenarnya berasal dari
Mary's Gold atau Emas Mary.
Dari segi ilmu tanam-tanaman, marigold tergolong dalam keluarga
Compositae dan ia
adalah tanaman semusim. Pokoknya boleh tumbuh hingga setinggi antara 25 - 60 cm. Bunganya pula terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning keemasan, jingga, merah hati, merah dengan jalur warna kuning keemasan di tepi bunga dan Iain-Iain jenis campuran warna. Bunga-bunga itu boleh tahan sehingga satu bulan selepas mula berbunga. Baunya agak kuat menyebabkannya tidak disukai serangga dan cacing (
nematode).
Pokok marigold memerlukan suhu antara 20-25
°C, cahaya matahari yang penuh dan disiram selalu tetapi pastikan air tidak bertakung. Ia sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur dan lembap serta mengandungi baja yang mencukupi. Pokok bunga ini dibiakkan melalui biji benih dan akan berbunga kira-kira sebulan setengah selepas bercambah.
Cara menanamnya amat mudah. Taburkan saja biji benih ke atas tanah (atau pasu berisi tanah) dan timbus dengan selapis tanah setebal kira-kira 1/4 inci. Pastikan tanahnya lembap dan agak panas. Biji benih itu akan bercambah selepas beberapa hari. Bila dah tumbuh daun, alihkan ke dalam pasu atau
polybag kecil (lebih kurang 3 inci luas mulutnya) dan letakkan di tempat teduh selama beberapa hari sehingga anak pokoknya telah eloh tumbuhnya. Lepas itu, bolehlah ditanam terus ke atas tanah atau ke dalam pasu. Pastikan ia mendapat cahaya matahari yang banyak supaya bunganya banyak dan cantik.
Bunga marigold boleh digunakan sebagai ubat dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai ramuan dalam pembuatan minyak wangi (
attar). Warna kuning bunga ini juga boleh digunakan sebagai pewarna makanan.