Hai, sejak dah ada hobi baru ni, Kak Yah tak lagi pergi lepak kat pasaraya atau rewang dengan kengkawan. Apa tidaknya; asyik dengan bunga je.
Habis yang kau marah sangat ni, kenapa, Mah? (Si Mah ni jiran sekampung Kak Yah datang menjenguk kebun bunga Kak Yah pada suatu pagi).
Aku bukan apa, Yah hoi; cuma jealouslah tengok kau tanam bunga. Cantik-cantik pulak tu. Dahsyat, dahsyat... Aku nak buat camni takde masa.
Kau jangan susah hati, Mah. Sebab, hobi kita tak sama. Kalau dah minat ni, dah jadi hobi, dah sebati dengan jiwa ni , lain Mah. Tak tengok satu hari rasa macam nak mati dibuatnya. Macam tulah kalau dah minat dengan bunga. Tak dapat nak hilangkan penyakit yang dah singgah kat aku ni. Memang susah nak buang.
Aku ingat kau kena kurangkan sikit aktiviti kau ni, Yah. Takut nanti, kau asyik dengan bunga je tak ingat perkara lain. Bahaya tu nanti. Laki ke mana, keluarga ke mana!
Taklah sampai camtu, Mah. Aku ni ada jadual, tau. Bukan pakai buat ikut hati je.
Camtu, takpelah... Oh ye. Kau tengah tanam bunga apa tu?
Bunga ixora... Baru aku beli kat nursery Ampang tu, kat Mat Jawa. Yang aku tau, ini bunga jenjarum tapi Mat Jawa tu kata bunga siantan. Betul ke, Mah?
Bunga Jenjarum Merah |
Bunga Jenjarum Kuning |
Entahlah, aku lagi tak tau . Aku ni bukannya pakar bunga Manalah tau... kot-kot kau pernah dengar ke , apa ke... Setahu aku, bunga ni ada banyak nama dan banyak jenis. Ada yang merah, kuning, putih dan ada jugak yang warna pink. Warna lain aku tak pasti. Daunnya pulak, ada yang bujur dan ada yang bulat. Bunga ni hidup subur kat tempat yang banyak cahaya matahari. Kalau dah tumbuh elok, dia boleh berbunga sepanjang hayat dia. Tapi kenalah jaga dia macam kita jaga bunga-bunga yang lain tu jugak. Tapi kalau tengok yang Kak Yah tengah nak tanam ni, Kak Yah confirm yang ni namanya jenjarum. Tapi kalau kau tau nanti, tolong bagitau aku, ye?
Sentiasa Berbunga |
Yelah... nanti akau tanya-tanyakan. Okaylah, Yah. Aku balik dulu, ye. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam...!