Harumnya Bunga Kesidang!

Bunga Kesidang / Bunga Kerak Nasi
( Sumber: Wikipedia )
Hari ni Kak Yah nak citer sikit tentang bunga kesidang. Kalau Kak Yah petik bunga ni mesti Kak Yah masukkan ke dalam beg tangan. Korang nak tau sebab apa? Sebab baunya harum sangat. Sebab tu jugalah ekstrak (pati) bunga ni digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga kerak nasi atau nama saintifiknya vallaris glabra. Kalau tak silap Kak Yah, bunga ni beasal dari seberang ( Pulau Jawa).

Daunnya berbentuk bujur dan bunganya kecil-kecil dan berwarna putih. Batangnya keras dan bergetah. Kalau dah terpegang getahnya kat tangan susah nak hilang, jadi kenalah cuci dengan sabun.

Bunga kesidang ni kembang pada waktu pagi, memanglah baunya wangi tetapi bila malam hari lagi wangi. Hehehe.. takut lak nak keluar malam ye... Pokok bunga ni juga hidup menjalar dan kalau rajin, buatlah para untuk ia bebas memanjat dan menjalar. Oh cantiknya! Lebah, rama-rama dan burung juga suka akan bunga ni!

Bukan saja cantik Kak Yah hoi... kawasan persekitaran pun menjadi wangi...hahaha...

Eh...! Ada orang  dengar rupanya...hehehe. Siapa pulak yang menyampuk tu? Takkan kita tengah tulis kat blog pun dia boleh dengar; isy, isy, isy...

Cara membiakkanya pulak ialah melalui keratan batang. Maknanya, potong je batangnya dan cucukkan ke tanah, pasti hidup. Pastikan tempat tu dapat cukup cahaya matahari. Akhir sekali, jangan lupa siram dia selalu.

3 comments:

  1. rajin berkebun rupanya kak yah kita ni
    pokok2 bunga saya nampak macam merajuk je
    tak mahu berbunga
    daun pun ak berapa nak hijau
    huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau dia merajuk, pujuklah dia..hehehe...Kata orang kalau nk tanaman kita subur, selain drp dibaja dn disiram, kita juga hendaklah bercakap dgnnya. Itulh yg kak yah amalkn selama ini. Tanaman ni mcm orang jugak, perlu disayang.

    ReplyDelete
  3. kak yah klu ada byk bunga kesidang call sy 0193583697 yusri... ada org nak bli..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...