Minyak Wangi Daripada Bunga

Fantasy By Britney Spears For Women, Eau De Parfum Spray, 3.3 Ounces Kak Yah percaya korang semua pasti dah tahu yang bunga-bungaan boleh dibuat minyak wangi. Tapi berapa ramai antara kita yang pandai membuat minyak wangi sendiri kat rumah. Ada, tapi tak ramai, kan?

Kepada sesiapa yang nak mencuba sendiri, kat bawah ni Kak Yah citerkan caranya.


Mula-mula, korang perlu sediakan 2 gelas air dan 2 cawan kelopak-kelopak bunga yang dicincang. Gunakan bunga-bunga seperti mawar (rose), melati ataupun bunga-bunga yang lain yang harum baunya. Lagi kuat harumnya lagi bagus.

Sediakan juga sebuah mangkuk besar dan letakkan sehelai kain nipis menutupi mangkuk itu. Pastu, curahkan kelopak bunga yang dah dicincang tadi ke atas kain tersebut dan tuangkan air ke atasnya. Tutup mangkuk dengan isinya tu dan biarkan semalaman.

Pagi esoknya, buka angkat kain nipis dengan memegang pada tepi-tepinya dan bunjutkan ke atas. Air di dalam mangkuk itu sudah mula berbau harum. Pastu, perahlah bunjut kain yang berisi kelopak bunga tu sampai kering airnya. Pastikan kesemua airnya jatuh ke dalam mangkuk.

Ambil pulak periuk dan masukkan air perahan tadi ke dalamnya dan panaskan di atas api yang kecil (kat atas dapurlah, kat mana lagi...). Biarkan sampai mendidih dan mengering sehingga tinggal kira-kira tiga sudu makan saja. Biarkan sejuk dan pastu bolehlah diisi ke dalam botol kecil untuk digunakan  bila perlu. Korang nak tau, minyak wangi buatan sendiri ni boleh tahan selama kira-kira sebulan!

Begitulah caranya...

Sesiapa yang berminat tu bolehlah mencubanya dan jangan lupa bagitau Kak Yah hasilnya nanti, okay?

Di bawah ni adalah contoh bunga-bunga yang boleh diambil patinya untuk dibuat minyak wangi.

Bunga Jasmine
Bunga Melur
Alamanda (Pink)
Mawar Merah
Mawar Pink
Mawar Jingga
Mawar Putih
Mawar Kuning
Sejenis Lagi Mawar Merah

7 comments :

  1. Kak Yah best lah blog ni. Memang pakar menanam bunga.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dik. Taklah pakar sangat tapi bolehlah sikit2.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Kak Yah terimakasih berkongsi info cara buat minyak wangi ..bestnya rasa macam nak cuba buat nanti..:-)


    .

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak yah. Di kolej kediaman saya ada bunga jasmine tu. Tertanya2 saya apa nama bunga tu. Bila tgk di blog kak yah baru tau, namanya jasmine. Terima kasih kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Aida. Terima kasih jugak sebab ziarah blog Kak Yah yang tak berapa semporna ini. Rajin2lah singgah lagi semoga mendapat info2 yang berguna buat Aida.

      Delete
  5. ASSALAM SAYA COPY TIPS BUAT MINYAK WANGI NI...IZINKAN YA.

    ReplyDelete
  6. Wkmslm Paridah. Silakan copy, Kak Yah izinkan. Cuma kalau tak keberatan tolong sebutkan dicopy daripada mana, boleh? :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...