Bunga Ros Si Bunga Popular

Cantiknya! Walaupun dah dikenali beratus-ratus tahun namun masih menjadi bunga pujaan ramai peminat bunga ros di Malaysia masa kini. Lagi lama lagi orang cari. Kenapa agaknya ramai yang cari bunga ni? Kalau nak tau,  selain mempunyai bunga yang cantik, pokok bunga ros ni mempunyai bentuk yang pelbagai dan warna tu tak usah nak citerlah punya banyak: merah, putih, oren, pink, merah muda, kuning, peach dan banyaklah lagi. Itu belum yang dikacuk. Sememangnya cantik dan baunya wangi pulak. Itulah yang siang malam tak reti nak tidur tu. Asyik teringatkan ros, ros, ros. ( dah taksub sangat ngan bunga ros pulak! ).




Pokok Bunga ros ni senang nak tanam. Guna keratan batang je. Sesudah ditanam samada dalam pasu atau terus ke tanah, ia akan hidup macam biasa. Tapi jangan tanam di bawah teduhan: bukan tak hidup tapi takut-takut tak berbunga pulak. Nanti siapa yang kecewa? Kak Yah jugak, kan? ( Sebab minat sesangat dengan ros ).

Baja dengan baja tahi ayam , siram mengikut keperluan. Tengoklah keadaan cuaca tu macam mana. Kalau dah hujan je, janganlah nak siram jugak ( jimatkan penggunaan air Selangor, hehehe ). Bunga ros ni boleh dilatih memanjat pagar, tembok dinding, pergola dan boleh dibentuk macam-macam cara yang kita suka. ( bergantung pada kreativiti kita ).

Bila dah banyak mengeluarkan bunga, apa tunggu lagi, petiklah. Masukkan ke dalam pasu bunga dan letakkan di atas meja tetamu sebagai hiasan di dalam rumah atau pun petik banyak-banyak jual kat Pasar Tani Mega, hahaha...

Bunga ros ni selalu dijadikan sebagai hadiah simbolik, lambang kasih sayang, penghargaan yang tinggi pada hari kekasih, harijadi, ataupun meraikan kejayaan seseorang dan memperingati hari ulang tahun perkahwinan.

Harganya kalau masa sekarang ni tentu melambung tinggi. ( Hai masih boleh dapat hadiah bunga ros lagi ke tahun ni? Umur dah meniti senja.  Tak lama lagi tahun baru. Kak Yah lahir pada 6 Januari 19.... Doa jelah....Jangan dapat bunga ros yang dah layu, sudah. huhuhu....)

Bunga ros memang cantik menawan dan harum baunya. Walaupun tangkaimu penuh berduri, namun kau tetap disanjung tinggi. Tak salahlah bunga ros jadi pilihan ramai masa kini

Kepada peminat bunga ros, cuba klik kat sini:  Roses

Lukisan Bunga

Kali ni Kak Yah nak berkongsi ngan korang gambar-gambar lukisan bunga yang pada pandangan Kak Yah sangat cantik dan memukau. Korang boleh tengok jer kalau suka ataupun boleh jugak copy ke komputer korang untuk dijadikan wallpaper. Bagi yang suka dan pandai melukis gambar bunga, bolehlah lukisan-lukisan ini dijadikan panduan atau ilham untuk menghasilkan karya korang.



" Amboi, amboi Cik Yah kita ni. Melukis pulak dia. Hai tak duduk diam, ada je kerja yang nak dibuatnya. Nampaknya pasni kenalah pergi cari alat untuk melukislah pulak",  cik abang dah bengang. hehehe..

"Abang marah ke?"

"Tak, abang tak marah."

"Abang suka?"

"Suka", kata cik abang. ( dalam hati: cubaan! )

"Kalau  Yah dah siapkan lukisan ni nanti, kita boleh jual hasil lukisan pulak, betul tak bang?"

"Ye! Betullah tu Yah."

"Abang okay ke? Semacam je nampak?".

"Abang okay..."

"Nampaknya pasni kena buka studio lukisanlah pulak. Habislah kalau macam ni. Dahlah kat luar rumah tu penuh dengan pokok-pokok  bunga, pasni kat dalam rumah pulak penuh gambar-gambar bunga. Hai, nampaknya tak berasaplah dapur....."

"Alah abang ni. Janganlah macam tu.. Tahun depan kita ambil bibik sorang nak?"

"Kalau bibik yang muda-muda naklah, tapi kalau dah nak senja, tak payah pun tak pe!Hehehe..."

"Apa bang?" "Err ... takde apa-apa ... Abang kata, kalau mampu, bagus jugak."

"Yah tak kisah kalau abang nak tambah stok ( kawin lagilah )."

"Apa Yah?" ( Eh,  kuat pulak suara cik abang kita ni )

"Hai, buat-buat kurang dengarlah pulak. Pantang ada peluang. Hehehe...."

( Siapa tak nak pucuk muda hoi! hahaha....)

Hobi Seni Taman

Alhamdulillah, cuaca hari ni nampak baik sekali. Bolehlah Kak Yah turun ke taman mini nak menziarah bunga-bunga kesayangan Kak Yah tu. Nyamannya dapat menghirup udara yang sangat segar pagi ni.Pagi-pagi lagi dah dapat menikmati keindahan semula jadi ini. Subhanaallah....Indahnya bumi ciptaan Allah ni. 

Bagi  sesiapa yang baru dalam bidang ni ( baru nak cuba-cuba menanam ) diorang ni mestilah tau serba sedikit asas-asas menanam sesuatu pokok. Kepada diorang ni mesti...... iyelah, mesti ada sikap rajin yang amat tinggi sekali. Ini sangat mustahak ye. Sebab pokok-pokok yang kita dah tanam tu memerlukan perhatian selain belaian dan sentuhan dari hati ke hati (macam menjaga hati sidia tersayang tu) hehehe...bunga pun nak dimanja-manjakan dan makan minum diorang pun sentiasa nak dijaga.

Macam Nilah Hasilnya, Cantik Kan?

Pastikan  keperluannya dipenuhi setiap hari: siraman air, bajaanya, dedahan kepada cahaya matahari yang separa teduh, dedahan kepada cahaya matahari terik dan bekas-bekas untuk tanaman (pasu kecil atau besar).

Setiap hari mesti rajin membelek-belek pokok yang dah ditanam supaya segera dapat diselamatkan dari serangga perosak. Kalau tak rajin buat macam tu, alamat...matilah pokok tu. Dengan adanya sikap yang rajin tadi, nanti semua pokok-pokok tanaman kita hidup subur dan  mengeluarkan bunga yang cantik sekali.

Kepada penggemar  bunga orkid, ( Kak Yah minat sangat tapi belum cuba tanam lagi sebab .... ) Sesetengah bunga orkid dah lama ditanam pun belum tentu mengeluarkan bunga, tulah Kak Yah tak berapa yakin nak tanam pokok orkid ni. Tapi kalau dah keluar bunganya nanti, tak terkata-kata dibuatnya, hehehe...

Kalau Dipagar Begini Pun Menarik Juga

 "Hai cik Yah, pokok ni kan makhluk Allah yang hidup dan Cik Yah kena sabarlah. Bagilah masa untuk dia membesar, nanti dia akan berbunga jugak. Kalau dah suka dengan hobi ni, Cik Yah memang kena banyak bersabar."

Cik abanglah tu; selalu ambil berat dengan apa yang Kak Yah buat dan selalu je nak beri nasihat. Kekadang okay gak, selebihnya tu meyampah! hahaha....

"Apa?"

Alamak, dia dengarlah! Cik abang hangin nampak,hehehe...

"Yang sangat penting, kesabaran dan kasih sayang tu!" kata cik abang lagi.

Haik menambah lagi? Hisy,hisy,hisy... ( sebutannya: hish,hish,hish)

Berbalik ke citer kita. Hobi ni memelukan komitmen yang sangat tinggi seperti yang Kak Yah cakapkan tadi. Seseorang tu mesti bersikap ringan tulang setiap masa. Setiap hari mesti menyiapkan semua kerja-kerja taman, contohnya: merumput ( mencabut rumput-rumput yang tumbuh di pangkal-pangkal pokok tanaman, menyiram, membaja, menyembur racun perosak, menukar tanah pasu ( yang lama tukar baru ), memangkas, memotong daun-daun pokok yang dah mati, buat sokongan ( untuk pokok  yang menjalar ) dan jangan lupa, sambil merawat pokok-pokok tanaman tu kita jugak dikehendaki menyanyi. Iye, betul! Bukan kerja giler ni; tapi dah terbukti berkesan. Tak caya, cubalah. Insyaallah berjaya.

Cuba Create Macam Ni


Semua yang Kak Yah citerkan tadi dah Kak Yah buat. Hasilnya memang menakjubkan. Tanaman yang Kak Yah tanam setakat ni hidup dengan subur sekali. Alhamdulillah....


Nyamannya!


Kepada sesiapa  yang baru nak berjinak-jinak dalam hobi ni, Kak Yah nasihatkan, cuba dulu tanam pokok-pokok bunga yang senang nak hidup dan cepat berbunga. Masa membeli anak-anak pokok kat nursery tu mintak nasihat macam mana nak jaga pokok-pokok tu. Belilah serba sedikit tools ( alatan untuk berkebun ) kat mana-mana pasaraya atau kat nursery tu pun boleh. Mula-mula menanam ni jangan cari tanaman yang susah-susah. Sebab kalau tanaman tak hidup, kita yang resah gelisah langsung tak minat dah. Jadi korang cubalah ikut nasihat Kak Yah ye semoga success.... Kalau ada sebarang keraguan, bolehlah mesej Kak Yah kat Facebook....

Okay,  bye!!!

Senduduk Biru Yang Aku Rindu

"Hai Kak Yah. Sihat pagi ni?" 

( Siapa lagi kalau bukan Si Kay taukeh nursery tu ).

"Alhamdulillah, esok atau lusa tak tau lagi,hehehe...."

"Ada satu pokok yang Kak Yah nak cari hari ni."

"Pokok apa tu Kak Yah?"

"Pokok ni jarang sekali kita nampak dan memang ramai yang tak tau pun? Apa lagi nak menanamnya.  Memang tak adalah nampak kat rumah jiran-jiran yang tanam pokok tu. Hish! susah betul nak cari pokok tu."
"Sabar, sabar Kak Yah. Apa kata, cuba Kak Yah browse dulu, mana tau jumpa kot pokok yang Kak Yah nak tu?"

Cuba tengok-tengok dulu ye. Mana tau kot-kot jumpa! ( Sambil jalan-jalan tu Kak Yah berdoa semoga jumpalah pokok yang Kak Yah nak tu ).

"Dah jumpa ke Kak Yah?" jerit Si Kay ( tuan punya nursery ni ).

"Belum!" Kak Yah pulak balas macam nak main nyorok-nyorok pulak ( mainan masa kecik-kecik dulu, syok kan? ).

Haik! Ni macam pokok tulah! Tiba-tiba Kak Yah ternampak pokok tu terlindung kat pasu-pasu besar tu. Memang banyak bunga-bunga kat nursery ni. Penat jugaklah. Kak Yah terus ambil bunga tu. Kak Yah pun jeritlah pulak.

"Dah jumpa Kay! Ini pokoknya."

Inilah  Bunga Senduduk Biru!

Kak Yah pun bawak pokok tu dekat-dekat supaya tak silap pokok yang Kak Yah nak cari tu.

"Oooooooohhhhhh...Hish Kak Yah ni. Kenapa Kak Yah tak cakap yang Kak Yah nak cari pokok senduduk biru tadi?  Tak payahlah penat-penat Kak Yah keliling kampung mencarinya, hehehe..."

"Sign of aging..." ( Tanda dah tua ... ).

"Apa Kay?"

"Tak, tak, tak, takde apa-apa. Belumlah tua sangat pun! Hehehe.. Kak Yah, ni pokok senduduk biru namanya. Ada sesetengah orang panggil pokok Keduduk atau Senggani. Memang ramai yang tak tau. Pokok senduduk yang biasa kita semua tahu tu bunganya warna ungu, putih dan merah jambu. Sebab itulah Kak Yah beria-ia sangat nakkan bunga ni, ye? Kenapa tak call je saya dulu. Boleh saya simpankan." 

"Boleh ke macam tu?"

"Eh... mestilah boleh! Kak Yah punya pasal, no hal. Semua boleh selesai. Kak Yah tau tak yang pokok senduduk ni banyak digunakan dalam perubatan traditional kita."

"Oh iye ke? Cuba bagi info, nanti Kak Yah bolehlah manfaatkannya. Sebagai persediaan kalau apa-apa terjadi kat rumah, adalah ubat yang boleh kita gunakan segera."

"Betul tu Kak Yah. Selain bunganya yang cantik, bijinya boleh dimakan mentah. Rasanya pahit-pahit manis dan bila kita makan buahnya tu, nanti mulut kita jadi warna ungu gelap macam pontianak! Pucuknya pulak direbus atau dimakan mentah, buat ulam. Daunya pulak rasa masam kelat.  Kalau buat ubat untuk orang bersalin, memang biasa bidan-bidan kampung gunakan daun pokok ni dijadikan sebagai air rebusan untuk mandian. Biasanya dicampur dengan daun serai wangi, daun pandan, daun mengkudu dan daun limau purut; direbus kesemuanya sekali. Tujuannya untuk  mengembalikan kecergasan badan selepas bersalin. Kalau Kak Yah terkena bisa ulat bulu, tumbuk daunnya pastu sapu kat tempat yang terkena, Insyaallah...boleh sembuh. Pendek kata, setiap rumah patut tanam pokok senduduk ni, tak kiralah yang bunyanya putih ke, merah jambu ke, ungu  atau pun biru. Kita kan 1 Malaysia, hahaha...."

Bunga Senduduk Ungu

Bunga Senduduk Putih

"Lepas ni bolehlah Kak Yah buka Spa. Dah tahu  macam-macam  tentang perubatan tradisional ni."

"Hai bertambah awet mudalah nampaknya Kak Yah kita ni, hehehe..." ( Hai, Tak  sudah-sudah  mengusik Kak Yah ).

"Tapi Kak Yah risaulah Kay. Nanti Kak Yah tanam pokok ni tak menjadi, macam mana? Harapan dah setinggi gunung ni. Memang tak sabar nak tanam pokok ni. Takut-takut nanti...."

"Takkan mati, jangan risaulah Kak Yah. Insyaallah....akan hidup subur. Bubuh je baja tahi ayam ni, lebatlah bunganya nanti."

Masa kat rumah pulak ...

"Memang seronok hari ni bang."

"Apa yang seronok sangat ni?"

"Yah dah dapat pokok yang dicari selama ni bang."

"Hai betul-betul syok nampak! Dapat pokok Senduduk Biru ke pokok Senduduk Rindu, hahaha...." Cik abang mengusik.

Kepada semua  pencari pokok senduduk biru ni bersabar dulu ye. Kalau ada sesiapa nakkan pokok ni, biar Kak Yah biakkan dulu. Pastu bolehlah mesej Kak Yah ye, bye....

Cara Tanam & Jaga Agavaceae

Pokok hiasan ni sangat cantik kerana mempunyai keunikan rupabentuk dengan dedaunnya yang lebar dan besar. Daunnya juga keras dan berbentuk macam sebilah pedang yang tajam. Pokok ni senang nak biakkannya. Bila dah besar, maka adalah anak-anak pokok yang tumbuh di sisi pokok induk tu.  Berhati-hati masa nak potong, nanti tercucuk biji mata, bute... teman tak tanggung jawab,hehehe... Kalau saper-saper nak tanam pokok ni, fikir dulu. Pastikan tempatnya selamat dari bebudak. Janganlah tanam tengah-tengah halaman rumah, tercucuk diorang nanti! Pastikan ia jauh atau tanam di tepi ataupun di sudut-sudut laman. Jangan lupa, pokok ni akan besar tau! Nak berbunganya saja kena tunggu selama 5 tahun, menurut info daripada seorang kawan).

Penjagaannya juga mudah, tak susah pun. Tak perlu nak siram sangat. Daunnya yang besar tu banyak menyimpan air. Cukuplah untuk menampung kesuburannya. Cahaya matahari memang kena banyak. Tak apa kalau panas terik pun, kerana pokok ni berkulit tebal. no hal.... Tapi ingat ye, pokok ni tak boleh kekeringan pulak. Siramlah bila perlu je. Kalau air berlebihan, alamat pokok ni Innalillah....ye,matilah...hahaha.

Century Plant Atau Pokok Seabad
Memerlukan Cahaya Matahari Panas Terik

Kalau kawasan rumah tu agak kecik, tanam je dalam pasu yang rendah dan lebar mulutnya.  Letakkan di tempat yang banyak cahaya matahari.

Okaylah, cukuplah pelajaran untuk hari ni. Cuti sekolah tak mengajar, anak-anak pergi holiday,  pasni kita belajar benda lain pulak ye!

Terima Kasih Cikgu!....

Cottage Garden

Teringin rasanya nak buat taman bunga seperti yang kita semua tahu: hiasan yang sangat menarik penuh dengan warna-warni, bunga ditanam di segenap sudut termasuk penjuru taman. Taman bunga yang dihias dengan pagar kayu berwarna putih yang cantik. Macam-macam  reka bentuk hiasan  dihasilkan demi keselesaan. Nampak cukup kemas sekali. Tak lain tak bukan, inilah  yang dipanggil sebagai Cottage Garden.   Sebut saja Cottage Garden, semua orang tau, kan? Mewah, kemas, banyak aksesori yang menarik peminatnya tersendiri. Memanglah cantik, tapi... kita buatlah Cottage Garden kita sendiri, cara kita sendiri. Kalau dah minat tu, pasti jadi.hehehe...Okaylah tak payah nak citer lebih-lebih lagi. Kat bawah ni Kak Yah ada sediakan contohnya. Siapa nak tiru gaya ni , silakan. Tapi, bila dah jadi jangan lupa invite Kak Yah datang tengok ye? Hehehe...

Bunga Yang Berwarna-Warni Dipagar Supaya Kelihatan Kemas.
Kehadiran Rumah Burung Menghidupkan Suasana Taman
 Aksesori  Seperti Lebah Ini, Menambah Lagi Seri Taman Kita.
Pasu Putih Tempat Bunga Ni Yang Paling Digemari Ramai.
Pasu-Pasu  Diletakkan Bersama  Bunga-Bunga Yang Cantik.
Pagar  Yang Rendah, Tetapi Padat Dengan Bunga-Bunga.
Water Feature Yang Sangat Menarik Sekali
Pagar Putih Menjadi Lambang Kepada Cotagge Garden
Tanpa Pagaran Sekalipun, Deretan Bunga-Bunga Ini Tetap Menambat Hati
Pintu Gerbang Yang Berwarna Putih Dipenuhi Berbagai Jenis  Bunga- Bungaan.

Wah! Sesiapa yang minat sangat tadi dengan Cottage Garden tu, pasni bolehlah cuba create idea masing-masing, ye? Sediakan bajet yang cukup.  Macam-macam yang nak dibeli tu. Kerusi santai, pasu bunga yang besar-besar, rumah burung, buaian, kayu pagar, batu-batan dan pondok-pondok untuk berteduh. Apa macam? boleh bikin ka? Kalau tak boleh bikin serupa ini macam, lebih baik tengok saja, Rumah Melayu versi Inggeris, setuju? Hahaha...

Bunga Zoo

 Assalamualaikum  kengkawan  semua, apa khabar ? Harap-harap semua okay. Dah agak lama Kak Yah tak update blog ni. Bukan apa, maklum sajalah, sekarang ni masih cuti sekolah. Kak Yah pasti korang semua sibuk sekali menguruskan macam-macam program percutian famili masing-masing, kan? Bukan itu saja, masa cuti inilah ada anak-anak yang nak berkhatan, berkhatam Quranlah, anak dara dan bujang nak menikahlah, majlis bacaan Yassinlah dan macam-macam lagi. Itu belum lagi program suri rumah yang nak pergi rombongan,  shopping ke Bandunglah (kat Indonlah), ada yang nak ke Pulau Langkawilah. Pendek kata, semuanya bab-bab bercuti. Begitu jugalah halnya dengan Kak Yah sendiri (anak yang sponsor; tu yang dapat pergi tu, hehehe).

Tiba-tiba teringat pulak yang blog ni belum diupdate lagi. Tapi, oleh sebab terlalu penat, Kak Yah terpaksa rehat dulu. Sekarang dah okay, barulah berblog semula. Memang penat sangat. Kebetulan pulak adik lelaki Kak Yah datang ke rumah minggu lepas dengan familinya. Diorang bawak Kak Yah pergi jalan-jalan, makan-makan dan shopping-shopping... Tak jauh pun; taklah sampai ke Bandung.. ke Paris pun tidak. Kat Putrajaya dan kawasan sekitar dengannya je, hahaha... Tapi seronok jugak. Tambahan pulak kakak-kakak Kak Yah dan anak-anak daranya pun ikut sama. Anak dah besar-besar, masa nilah senang nak bersantai.  Emak-emak dan anak-anak je yang pergi. Cik abang-ci abang jugak yang tinggal jaga rumah. Dah ajak berkali-kali, tapi diorang tu tak nak jugak. Kami sajalah yang pergi dan bermalam di rumak kakak Kak Yah di Sepang.

Asyik bercuti je hujung tahun ni. Memang seronok sangat dapat terlepas sekali sekala macam ni.Kira okaylah tu, kan? Dah 11 bulan tak ke mana-mana, hehehe. Ada je orang offer, apa tunggu lagi; cepat-cepat pack barang-barang.... Betul-betul macam Desprate Housewives nampaknya, hehehe...

Pada hari yang lain, diajak pulak anak dan menantu  ( yang baru tulah ) pergi jalan-jalan lagi, tapi taklah jauh pun, pergi Zoo Negara je! Alahai.... lama betul Kak Yah tak ziarah rakan-rakan kat sana tu; dah lama tak tanya apa berita diorang tu ye! Dulu Kak Yah duduk berdekatan dengan zoo kat Hulu Kelang tu, tapi sekarang dah duduk di Hulu Langat. Walaupun hari-hari lalu depan zoo tu tapi baru kali ni Kak Yah singgah. Dah dekat 12 tahun tak ziarah diorang, hehehe.Bila masuk pintu zoo tu saja terigat kembali kenangan yang lalu semasa  Kak Yah dan cik abang bawak anak-anak melihat  macam-macam  jenis haiwan yang ada kat situ.

Ada sesetengah haiwan tu masih lagi  hidup dan nampak wajah diorang tu macam tak happy je. Ada yang dah tua sangat, tua lagi pada usia kita. Bila tengok haiwan-haiwan tu sedih jugak rasanya. Tapi walau bagaimanpun keadaan percutian tu masih lagi menyeronokkan. Biasalah, kan? Cuti sekolah, ramai orang masa tu.Tapi nasib baik dapat parking ( itu pun selepas 3 kali tawaf ). Alhamdulillah...

Pandainya Dia!
Wow! Besarnya Ikan!
Garangnya Baboon Ni
Bukan Lembu Bukan Kerbau, Seladang Ni
"Welcome To Zoo Negara"
Kesiannya Dia, Betul-Betul Penat Ni!
Kura-Kura Ni Dahaga Agaknya. Maklumlah Dah Empat Hari Tak Minum
Anak Rusa Nani, Baru Kembang Ekor...
Yummy! Sedapnya Unta Tu makan
Patutlah  Awet Muda! Makan Pucuk Daun.
Tak Sangka, Rupanya Aku Ni Ramai Peminat, hehehe...
Bangau Oh Bangau, Mengapa Engkau Cantik?
Naik Ni Best! Tak Payah Jalan Jauh

Masa Kak Yah masuk tu dah tengahari, jadi dapatlah tengok singa laut  (sea lion) dan burung kakak tua buat persembahan. Wow, pandainya dia! Pastu kami teruskan lawatan lagi. Masuk kawasan beruang, tapir, kura-kura, landak, rusa, seladang, burung bangau, gajah, zirafah, baboon, ikan, singa dan macam-macam lagi lah. Tapi singa tu tidur je! tak aktif langsung.  Agaknya penat, sebab malam tadi diorang tengok siaran langsung perlawanan bola sepak kut! heheheh...

Amboi! Mengantuknya Dia

Kak Yah yang giler bunga ni tak melepaskan peluang melihat-lihat pokok-pokok bunga yang ada kat zoo tu. Tapi taman bunga kat zoo ni taklah menarik sangat, sekadar bolehlah.... dapat jugaklah Kak Yah snap tiga empat keping gambar macam yang kat bawah ni ...

Bunga Lily
Pokok Keladi
Bunga Sepit Udang
Pokok Lidah Jin
Pokok Halia Merah ( Alpinia Spp: )

Setelah puas hati melawat haiwan-haiwan kat situ, kami pun beransur pulang ke rumah. (Tapi sebelum balik tu, singgah dulu kat WW. Kitorang makan dulu, pastu baru balik...) Bestnya tengok haiwan-haiwan kat zoo tu... Selepas ni, bila pulak nak ziarah diorang tu lagi....Bye, bye kawan, nanti jumpa lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...