Macam mana ni; hari asyik hujan je. Takkan nak pospon kerja kot. Kak Yah buatlah kerja seperti biasa jugak. Bawak tools dan benih pokok bunga raya. Kak Yah nak tanam pokok ni pulak. Yang bestnya, bunga pokok ni ada banyak warna, kan? Tapi kat tempat Kak Yah ni cuma ada jenis yang biasa-biasa je. Yang Kak Yah ada warna merah (dah tentulah), warna peach dan warna pink. Banyak warna lagi yang belum Kak Yah dapat. Pokok bunga raya ni ada jugak yang besar; tapi Kak Yah nak cuba tanam yang biasa je, sebab kawasan rumah kecik je. Tanam jugaklah pokok ni, walaupun hari dah hujan (renyai-renyai). Tak kisahlah, tak lebat sangat pun, masih boleh teruskan kerja. Tapi badan Kak Yah terasa sejuk pulak ni. Takpe, mesti teruskan jugak. Jangan tunggu besok. Pesan orang-orang tua: kerja yang bertangguh takkan menjadi. Ha, ingat tu! Kak Yah pun teruskan kerja sampai siap.
|
Wow! Cantiknya.
(Foto Wikipedia) |
Pokok bunga raya ni memang banyak kegunaannya. Keseluruhan pokok ni ada macam-macam khasiatnya. Akar, daun dan bunganya boleh merawat penyakit-penyakit tertentu. Contohnya, bunganya boleh menyembuhkan penyakit kulit, boleh mengubati demam panas dan boleh juga dibuat jus. Daunnya pulak kalau diramas dengan sedikit air, pastu dilumurkan di atas kepala dan diperap seketika, boleh mengurangkan keguguran rambut dan menghilangkan sakit kepala, malah boleh juga melebatkan rambut jika diamalkan selalu. Jadi sesiapa yang ingin mencuba, jangan tunggu lagi, buatlah hehehe...(kenalah rajin ye ).
|
Bunga Raya
(Foto Wikipedia) |
Nak tanam bunga raya memang senang sekali. Kerat je batangnya, pas tu cucukkan ke tanah atau nak dalam pasu pun boleh, ikut suka. Wow!, kalau dah keluar bunga tu, memang akan asyik nak renung je. Iyelah... benda cantiklah katakan. Ni ada satu rahsia: kalau anak dara selalu mengamalkan memakan bunga raya ni setiap pagi, wajahnya akan sentiasa nampak muda, cantik berseri dan manis sekali. Bukan sehari dua saja tau, tapi selama umurnya. Tapi kalau dah tua-tua macam Kak Yah ni, kalau mengamalkan petua ni belum tentu nampak serinya, hahaha... Kalau terlebih makan bunga raya ni, takut-takut nanti jadi han...tu..raya...hehehe... mari sini saya cekik awak, hehehe...
|
Yang Ini Susah Nak Carilah
(Foto Wikipedia) |