Cendawan Busut

Siuh! Siuh! Isy... ayam-ayam niii. Pergilah cari makan kat tempat lain. Kalau korang nak tau, Kak Yah ni tak bela ayam pun. Yang peliknya, diorang tu suka sangat datang menziarah Kak Yah. Hai, apa nak buat;  terpaksalh  sign in dengan diorang tu. Hari-hari pulak tu. Hmm, belum lagi Kak Yah nak sapu sampah daun-daun  kering tu, diorang dah sapu dulu (dengan kaki diorang!). Habis dikais-kaisnya tanah ni.
Siuh! Siuh! Kak Yah halau diorang tu ke tempat lain. Ha, baru boleh buat kerja. Lepas menyapu daun dan mengutip sampah-sampah tu, Kak Yah pun taburlah baja kat bunga-bunga yang ada di taman mini tu. Pastu Kak Yah siram. Hari ni Kak Yah tak tanam bunga, cuma jaga bunga je.

Habis je kerja jaga bunga tu, Kak Yah pun pergilah ke hujung kawasan rumah. Sambil jalan tu, Kak Yah tengok-tengoklah ke kiri dan ke kanan. Takut ada benda-benda yang tidak diingini.  Walaupun tak jauh sangat, tapi kalau dah penakut tu,  macam tulah! Sentiasa fikir yang bukan-bukan. Bila Kak Yah jalan ke depan sikit, Kak Yah ternampak sesuatu! Kan ada benda. Dari jauh nampak kat tanah tu putih-putih je. Apa tu, ha? Cakap sorang-sorang. Pelan-pelan, Kak Yah pergi dekat lagi. Eh, macam cendawan je ni. (Dalam hati, betul ke ni? Sebab rupa dia tak macam cendawan yang biasa tu. Takde payungnya pun!). Cepat-cepat Kak Yah berlari ke rumah bagi tau cik abang. Bang oh bang! Yah jumpa cedawanlah. Kat mana?  Kat hujung sana tu ... (sambil menunjuk ke arah cendawan tadi). Jangan pakai ambik je, entah-entah cendawan beracun. Cik abang menasihati.  Tapi nampak macam boleh dimakan; okay je. Cendawan tu taklah banyak sangat. Kak Yah kira ada lebih kurang 13 batang. Macam mana bang? Nak ambik ke tidak ni? Kak Yah sendiri pun tak pasti sebab tak pernah tengok cendawan tumbuh macam tu. Sabar jelah dulu, fikir Kak Yah. Tengok dulu apa akan terjadi selepas ni. Kak Yah pun masuk ke rumah dan buat kerja rumah (bukan homework, ye!). Seperti biasa, masaklah, membasuhlah, cuci situlah sinunlah...memang memenatkan. Tapi takpe... janji keluar peluh, badan sihat sepanjang hari.

Oh, Cendawan Rupanya!
Apa Yang Putih-Putih Tu?


Yah, oh Yah! Eh, ada orang panggil.... sapa ha? Kak Yah pun keluarlah tengok. Oh, Kak Enon! Ye ada apa yang boleh dibantu? Takde apa yang nak dibantu-bantu,de... Kenapa Yah tak ambil cendawan tu? Kak Yah buat-buat kurang tau je masa tu sebab nak tau samada cendawan tu boleh dimakan atau pun tidak. Boleh makan ke kak? Eh...sodap tu Yah hoi! Dibuat sup, dimasak gulai lomak cili padi pun sodap. Hei, budak ni tak tau rupenye. Boleh makan ye kak? Tak beracun ke? Tidakkk....Isy budak ni. Kang aku ambik kang...hehehe..  Okaylah  akak balik dulu ye! Terima kasih bagi tau! Sama-sama.!

Cendawan Yang Sudah Dkutip
Hai nampaknya bolehlah tambah satu menu lagi untuk makan tengahari ni. Buat sup cendawan, hehehe... Kak Yah pun pergilah cabut cendawan-cendawan tu. Alahhh... macamane ni? Tak tanya pulak tadi; cabut ke, potong dengan pisau ke? Kenapalah boleh terlupa lak nak tanya. Baca jelah bismillah! Kak Yah pun cabut perlahan-lahan. Wow, panjangnya batang (tangkai) dia! Okay, dah dapat satu. Pastu cabut yang kedua. Kali ni cabut agak ganas sikit. Tup-tup putus pulak tangkainya... Alamak, sayangnya. Dah putus dah! Kak Yah pun teruslah mencabut yang lain-lain tu sampai habis, takde satu pun yang putus. Dapatlah 13 batang.  Tapi satu tu kontot tangkainya. Rupa-rupanya syok jugak mencabut cendawan ni ye! ( Nilah  first time cabut cendawan seumur hidup. Maklumlah... besar kat bandar, dah tua baru duduk kat kampung!). Memang berbaloi. Pastu, bawak balik tunjuk kat cik abang. Bang ni rupanya cendawan tu. Oh, yang ini abang taulah. Amboi, bukan main  confident  lagi! Macam betul-betul tau. ( Awak tu kan 100% orang bandar!) Ye, abang tau betul yang cendawan ni boleh dimakan sebab sebelum ni abang dah pernah makan. Ini kan cendawan busut namanya! Laaa...  kenapa tak bagi tau awal-awal tadi. Huh! buat orang confuse je.... cendawan busut rupanya. Tak kisahlah tu. Apa pun, problem dah selesai... Alhamdulillah!

Inilah Cendawannya Bang!
Pastu, Kak Yah pun masaklah sup cendawan. Bila dah masak, Kak Yah pun hiruplah kuah tu sikit. Hai, tak sabar nampak! (sindir cik abang). Memang sodaplah bang! Biar Yah makan dulu ye? Kalau abang makan dulu, takut-takut beracun karang, susah pulak abang nanti... Oh, pandai nak kelentong abang ye! Hehehe... Memang berbaloi-baloi. Slurppppp!

Sup Cendawan Dah Siap, Slurrrppp...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...