Hari ini pagi-pagi lagi Kak Yah dah siap-siap nak kemas-kemaskan taman bunga Kak Yah. Kak Yah cantas dahan pokok bunga yang dah mati dan cabut rumput-rumput halus di sekeliling batang-batang pokok tu. Sambil buat kerja-kerja tu Kak yah juga tak lupa berbual-bual dengan pokok-pokok bunga kesayangan. Kak Yah juga nyanyikan diorang. Aktiviti ini memang Kak Yah lakukan setiap pagi semasa bertemu dengan kekasih hati Kak Yah ni (pokok-pokok bunga nilah).
|
Bunga Dwarf |
|
Bunga Raya Kecil |
|
Bunga Bakung |
|
Bunga Janda Kaya |
|
Bunga Mawar Kecil |
|
Bunga Balung Ayam |
|
Bunga Iris |
|
Bunga Misai Kucing |
|
Jatropha |
|
Bunga Tasbih |
|
Bunga Alamanda Ungu |
Kak Yah sangat gembira sekali kerana dah ada pokok bunga yang mengeluarkan bunganya. Pokok bunga ni orang panggil bunga lili merah. Bunga ni seakan-akan bunga bakung. Bunga lili ni mempunyai bawang dan akarnya berwarna merah. Kalau nak tanam bunga lili ni kita tengoklah pada bawangnya tu. Kalau bawangnya berakar merah, pasti bunga yang akan keluar nanti warna merah jugak. Sekarang dah tau, kan? Kalau ada kawasan yang luas kita bolehlah tanam bunga ni berkelompok-kelompok atau berbari-baris. Kalau tak ada boleh juga ditanam dalam pasu yang besar. Bunga lili ni memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk dia cepat berbunga. Daunnya sama seperti daun bunga bakung.Tapi Kak Yah tanam dalam pasu saja. Bajanya baja tahi ayam saja. Hati-hati semasa menyiram. Kalau kita siram tu lebih elok perlahan-lahan, takut nanti kena kat bunga dia patah pulak tangkai bunga tu, sayanglah kan? Bila bunganya dah layu potonglah atau kita kerat supaya pucuk baru cepat tumbuh.( macam bunga bakung tu jugak).
|
Baru Nak Kembang |
Nampaknya Kak Yah kenalah biakkan bunga lili jenis ni banyak-banyak. Sebab bila ada je orang lalu depan rumah Kak Yah ni mesti diorang nak singgah dulu, nak buat inspection. Kadang-kadang tu ada jugak yang nak bergambar kat tamanlah dan ada pulak nak bertanya petua-petua macam mana nak tanam bunga. Tak kurang juga nak membelinya. Kira okay jugaklah hobi yang Kak Yah usahakan selama ni. Hari-hari badan berpeluh, tak payah nak masuk program kuruskan badan dan Kak Yah juga dapat menjimatkan belanja, hehehe... Duit yang ada tu boleh belikan baja dan anak benih lagi.
|
Dah Kembang Penuh Pun Bunga Lili Merah Ni |
Oh, nampaknya hari dah mula panas ni. Kak Yah kena siapkan kerja ni sebelum matahari tegak atas kepala. Kalau tak nanti, rasa nak pitam dibuatnya.
Tiba-tiba Kak Yah dengar sesuatu dari arah dapur. Bunyinya macam orang penat berlari.
Heh ... Heh ... Heh ... (Benda tu berbunyi).
Kak Yah cuba tengok perlahan-lahan. Oh pocot! ( melatahlah tu). Mana taknya, semasa Kak Yah baru nak intai kat tepi dinding dapur rumah Kak Yah, kebetulan benda tu pun sama nak muncul kat situ jugak. Kak Yah punyalah 'terkujut'. Nasib baiklah benda yang berjalan ke arah Kak Yah tu cantik. Jadi mula-mula je terkujut, pas tu okay saja.
|
Sesat Ke? |
Hai! Cik kak ni datang dari mana? ( Kak Yah pun tanyalah dia)
Heh...heh...heh dia terus berbunyi (dia jawablah tu agaknya!) sambil berjalan terkedek-kedek. Jinak pulak tu. Ini mesti Cik Kak ni tak jumpa jalan balik umah dia ni. (sesatlah agaknya). Selama ni Kak Yah memang tak ada bela kucing, arnab, ikan, ayam, burung, tupai, kambing; apatah lagi Cik Kak ni.
|
Amboi Selesanya |
|
Alamak! Imigrant Bawak Waris Sekalilah |
|
|
Rupanya benda yang berbunyi tu adalah seekor ITIK, hahaha... Kan Kak Yah dah kata, dah banyak haiwan yang singgah kat kawasan rumah ni; dah selalu sangat... Tak taulah nak kata; agaknya mereka ni nak temankan Kak Yah kot! Hahaha...macam dalam filem Doctor Dolittle tu. Alahhh citer tentang seorang lelaki yang suka bela haiwan dan banyak jenis haiwan suka datang ke rumah dia. Dia pulak faham bahasa haiwan tu. Maka terjadilah macam-macam perkara lucu. Bestkan citer tu, Kak Yah tak jemu-jemu tengok.
|
Hari-Hari Datang Menziarah |
Tak pelah... sekurang-kurangnya setiap hari ada saja yang menziarah. Haiwan jugak yang baik hati, kan! Syukurlah...Kak Yah harap Cik Tik jumpa jalan pulang...kesian dia, huhuhu...
|
Dah Lupa Jalan Balik Rumah Ye Cik Kak? |
Kak Yah pun suka jugak kalau banyak haiwan datang ke taman bunga Kak Yah ni. Tapi dalam banyak-banyak haiwan yang datang tu, hanya satu je yang Kak Yah harap dia tak singgah kat sini. Kalau dia singgah, nanti sampai bila-bila Kak Yah tak akan berkebun lagi. Korang nak tau apa dia? Uuuuuuular Saaaawa...takutnya..cabut lari...tolong...tolong jangan singgah ye! ( Geli..geli...gelinya ).
Bunga lili bunga bakung,
Penat berdiri duduk menyangkung!