Apabila Alam Jadi Sahabat Kita

Assalamualaikum semua...

Semoga hidup kita diberkati Allah hendaknya, Amin...

Berjumpa lagi kita hari ni ye. Alhamdulillah... Setelah berhempas pulas bekerja menanam dan menjaga bunga di taman mini ku ini, akhirnya bunga-bunga kesayanganku telah kembang semuanya.(Eh, macam nak tulis novel pulak aku ni ye ).

Bunga Ixora
Bunga Senduduk Putih Dah Dimakan Semut
Rama_Rama Sedang Hisap Madu

Sudah-sudahlah tu Cik Yah hoi...( Siapa lagi kalau bukan cik abang tu).

Bunga-bunga ni semua memang Kak Yah tanam sendiri, jadi tak salahlah kalau Kak Yah berasa bangga dan sayang pada mereka. Melihat "perkembangan" mereka, sudah tentu Kak Yah bertambah rajin lagi nak  menjaga mereka setiap hari. Bukan saja menjadikan kita seronok malahan kita dapat melegakan fikiran yang stress setiap hari. Kalau tak percaya cubalah!

Bunga Kertas
Putih Berseri
Bunga Raya
Bunga Salvia
Bunga Daisy Pink
Warna Oren Pun Kembang Jugak
 Bila saja bunga-bunga ini berkembang, maka akan adalah kumbang yang datang. Dah banyak juga serangga yang hinggap lalu menikmati manisnya madu pada bunga-bunga tu. Rama-rama, pepatung, kumbang, belalang, semut dan burung-burung. Malahan tupai pun berkejar-kejaran di kawasan taman tu, tak ubah macam dalam filem Hindustan!. Alangkah seronoknya pabila alam bersahabat dengan kita.

Terima Kasih Sudi Ziarah
Sambil menikmati keindahan bunga-bunga ni Kak Yah juga mengambil gambar-gambar untuk Kak Yah abadikan di dalam Album Bunga di blog ini nanti. Sesiapa yang suka nak tengok, ziarahlah ye. Dan sesiapa nak jadi follower, silakanlah ye. Boleh kita tukar-tukar petua ke, atau apa-apa jelah...hehehe..

Mak!...Bihun goreng dah siap,marilah makan dulu. 

Mak Bihun Dah Ready!
Hai anak bujang pulak panggil. Nasib baik ada dia menolong kerja rumah. Alah.... bukan selalu pun. Kalau selalu pun apa salahnya, kan? Menolong sambil belajar kan bagus tu. Kalau rajin  bersihkan rumah, nanti isteri sayang tau! (Pesanan dari Blog Jom Tanam Bunga), hahaha...

Cakap sayang punya pasal, Kak Yah teringatkan pada sorang baby boy yang pernah Kak Yah jumpa. Masa tu Kak Yah tengah window shopping kat  K4 nak beli stationery. Tiba-tiba Kak Yah nampak baby ni, comel dan manja sangat. Baby tu duduk dalam troli, nenek dia yang tolak. Jadi Kak Yah  pun berkenalanlah dengan nenek dia dan berceritalah...biasalah kan orang pompuan...Kebetulan masa tu kami berhenti dekat longgokan beruang-beruang ( bukan beruang betul, patung je). Benda tu besar dan ada anak kecilnya sekali.  Kak Yah memang suka patung beruang tu. Cadangnya Kak Yah nak beli, tapi...dah berborak-borak tu, terus terlupa. Sebab dah nampak cucu, beruang pun lupa..hahaha... Nak tau camner rupa baby boy ni, tengoklah gambar-gambar kat bawah ni.

Inilah Baby Boy Tu, Comel Kan?
The Bear Family
Setiap kali Kak Yah ke K4 ni mesti tak miss singgah kat gardening section untuk melihat atau mencari keperluan taman bunga Kak Yah. Yelah, macam benih, tanah, baja bunga ataupun pasu. Harganya boleh tahan jugak. ( Sebenarnya, mahal sikitlah kalau dibandingkan dengan harga kat nursery yang Kak Yah selalu pergi tu.) Tapi kalau ada pokok bunga yang takde kat nursery, Kak Yah akan beli jugak. Maklumlah Kak Yah ni kan hantu bunga.... (bukan hantu Kak Limah tau!).

Benih Bunga
Tanah Organik
Baja Bunga
Macam-Macam Pasu
Ini Pasu Jenis Kayu
Alatan  Berkebun

 Baja dan benih ada kat K-four,
Kamu tersengih teman tak sior!

Si Wak Dengan Si Kembang

Alhamdulillah... Hari ni cuaca dah mula cerah. Banyak kerja  nak disiapkan ni. Sarapan sudah, makan vitamin pun sudah, jom kerja. Apa tunggu-tunggu lagi, hehehe...

Tengok Tu, Cerahnya Cuaca
Sebenarnya Kak Yah dah panggil  Wak yang mesin rumput tu semalam. Jadi hari ni dia dah pun mulakan kerjanya memesin rumput sekitar kawasan rumah Kak Yah. Apa lagi, Kak Yah kenalah kemas-kemaskan rumput-rumput tu. Biasalah, kan? Mengemas...

Kak Yah sangat seronok ni, sebab ada kawan. Kalau sorang-sorang tu memang Kak Yah takut. Tambahan pulak kalau nak bersihkan rumput yang kat tepi-tepi anak sungai tu;  takut betul nak turun kat situ. Kadang-kadang ada anak ular, labi-labi, mengkarung dan yang paling geli tu si biawak. Oh takutnya...! Bukan biawak yang kecik tu, tapi yang besar...! Kalau lipan pulak, yang besar dan warnanya merah... ha siapa yang berani?

Besarnya Biawak Tu!


Pokok Kantan
Maka itulah saya nunggu Wak tolong nemani saya, hehehe... ( saja je mengusik Wak ).

Inilah Bunga Kantan Yang Dah Dipungut Tu
Semasa mengemas tu sempat jugaklah Kak Yah memungut bunga kantan. Berbaloi jugak hasilnya ni. Tanam punya tanam, nah...tengoklah banyak jugak dapat. Betullah kata orang, berbudi pada tanah banyak faedahnya. Jimat... jimat! Kak Yah tanam pokok kantan ni kat tepi-tepi tebing anak sungai tu. Tujuannya untuk menguatkan tanah tepi tebing tu dari dihakis air. Kak Yah  juga ada tanam pokok nenas. Anak benih nenas ni Kak Yah ambil kat Kuantan, Pahang. Lama dulu. Dah banyak kali berbuah. Bukan  saja manis tetapi buahnya juga besar. Sebab tulah Kak Yah kena jaga selalu. Baja... jangan tak baja, nanti dia tak mau berbuah...

Pokok Nenas Gambang
Wak! Hati-hati ye! Takut nanti Wak termesin pokok bunga saya ni.

Wah! Cantik-cantiklah bunga awak ni... dah banyak yang kembang ni. ( Wak seronok tengok bunga-bunga tu). Kalau ada benihnya, saya maulah nanti.( Hai, Wak pun minat bunga jugak? Ingatkan minat bela kambing je...hehehe...)

Bunga Ixora
Bunga Asam Batu
Bunga Tasbih Kuning

Bunga Tasbih Merah Oren

Alamanda Putih
Bunga Angelonia Purple ( Bunga Satay )
Bunga Kertas Merah
Cantiknya Bunga Jepun Ni
Desert Petunia
Bunga Janda Kaya
Forget-Me-Not
Bunga Butang Baju
Bunga Jasmin
Bunga Tahi Ayam Busuk
Bunga Kekwa
Bunga Senduduk Putih





Insyaallah ... boleh saja...

Kak Yah pun dah penat ni, nak minum kejap ye

Wak! kita minum dulu, rehat sekejaplah.

Kak Yah pun hidangkanlah kuih cucur badak yang dah Kak Yah siapkan awal-awal.

Kuih Cucur Badak Yang Baru Digoreng
Makanlah Wak, sedap ni... Silakan... Wak nak minum air apa? (Kak yah tanya dulu takut-takut air yang dihidangkan nanti tak sesuai lak dengan tekak si wak ni).

Air masak saja cukuplah.

Aduh! enaknya. Sambil makan-makan, kitorang borak-borak. ( Yang bestnya, sorang Melayu, sorang Jawa; hahaha )  Pas tu kitorang sambung kerja sampai siap.

Alhamdulillah... Akhirnya kerjanya udah selesai...Aduh penatnya...!

Cucur badak dengan air mati,
Tak cukup boleh tambah lagi, hehehe!

(*Air mati = air yang telah dimasak dan disejukkan)

Album Bunga

Hai, nampaknya semak baliklah kebun bunga Kak Yah ni. Apa taknya, hari asyik hujan memanjang. Kak Yah nak turun berkebun pun tak dapat, sebab hujan dari pagi tadi sampai sekarang tak berhenti lagi. Kalau ikutkan hati, Kak Yah tak kisah... boleh je buat kerja tu walaupun dalam hujan, tapi siaplah ditegur dek cik abang karang... Kalau hujan Kak Yah pakailah baju hujan, kan? Itu pun tak tau? Yelah tu! Karang kalau demam nak pakai baju apa pulak? ( Cik abang tak bagi turun ke kebunlah tu). Pakailah selimut tebal, hehehe...( gurau je, jangan marah ye!).

Bunga Lili
Bunga Ros Kuning

Sekarang jangan buang masa lagi. Tak dapat turun berkebun takpe. Tak dapat buat kerja luaran, kita buat kerja dalaman. Sarapan semuanya Kak Yah dah siapkan. Jadi bolehlah mula on komputer ni. Sebab kalau dah duduk mengadap benda ni karang, susah nak stop, kecuali blackout. Kali ni Kak Yah nak siapkan tajuk ni: Album Bunga. Pasti banyak kerja  yang nak dibuat ni. Jangan ada gangguan, sikit pun tak boleh; takut nanti banyak yang silap. Maklumlah blogger ni hampir nak masuk warga emas. Sekarang ni masih warga perak lagi...hehehe... Jari-jemari ni masih laju menekan keyboard dan mata pun boleh tahan jugak tapi fokus tu agak kuranglah sikit. Ingatan pulak agak-agak lupa. Nampaknya kenalah ambil  makanan tambahan pulak, hehehe...

Bunga Iris
Bunga Teratai
Bunga Dahlia Putih
Bird's Of Paradise

Dalam album bunga ni Kak Yah ada memaparkan gambar-gambar bunga dan tentulah namanya sekali. Buat masa ni Kak Yah cubalah dulu. Kalau okay, Kak Yah  akan tambahlah  lagi. Tetapi kalau korang jugak minat dengan bunga, bolehlah kita share knowledge sama-sama ye. Kak Yah ni pun bukannya tahu sangat  tentang nama-nama bunga ni. Ada beberapa nama bunga je yang Kak Yah tahu, selebihnya tu Kak Yah akan cari lagi sampai dapat. Kalau korang nak tengok camner rupanya senarai bunga-bunga tu, silalah klik kat sini atau kat tab "Album Bunga" kat sebelah atas post ini. Kalau korang ada apa-apa cadangan untuk menambahbaiknya, bolehlah bagitau; Kak Yah sangat menghargainya.

Di bawah ini ada  beberapa jenis bunga yang Kak Yah tak tahu namanya. Sesiapa yang tahu, boleh tolong kasi tahu? Kalau korang pun tak tahu, kita tengok jelah gambar-gambar yang cantik ni sama-sama ye... hehehe...




Pansies
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...