Jobdirumah

Advertlets

Saturday, September 15, 2012

Bunga Daisy Cantik Berseri


Bunga-Bunga Daisy (Daisies)


Bunga daisy adalah sejenis bunga yang sangat cantik yang berasal dari kawasan utara dan tengah Eropah. Perkataan daisy membawa maksud "mula kembang pada waktu terbit fajar". Bunga ini tergolong dalam keluarga bunga Compositae (sekuntum bunganya terdiri daripada banyak kuntum-kuntum kecil). Bunga daisy melambangkan keikhlasan, kesetiaan dan kesucian. Sebab itulah ramai penggemar bunga menjadikannya sebagai hadiah.


Bunga Daisy Kampung 1


Pokok bunga ini berbunga sepanjang tahun dan mudah membiak. Ada banyak jenis daisy. Antaranya ialah Spanish Daisy, Blue Daisy, Lazy Daisy atau Prairie Daisy, African Daisy, Michaelmas Daisy, Swan River Daisy, Tatarian Daisy, Painted Daisy, Paris Daisy, Shasta Daisy, Crown-Daisy, Ox-eye Daisy, Nippon Oxeye Daisy, Giant Daisy, African Daisy, Kingfisher Daisy, Sunshine Daisy, Gerbera Daisy, Transvaal Daisy atau Barberton Daisy, Tahoka Daisy, Livingstone Daisy, Gloriosa Daisy, Dahlberg Daisy dan Butter Daisy. Jenis yang paling popular ialah Shasta Daisy dan African Daisy.


Bunga Daisy Kampung 2

Penanaman

Cara menanam daisy amatlah mudah. Bunga ini dibiakkan melalui biji benih yang boleh terus ditabur saja ke atas tanah. Pastikan kawasan tanaman itu mendapat banyak cahaya matahari. Sebelum itu bubuh baja tahi ayam atau kompos dan pastikan tempat itu tidak menakung air. Kalau ditanam di tempat yang panas terik, lindunglah sedikit pokok itu dan siramlah selalu. Pastikan jarak di antara satu pokok ke pokok yang lain kira-kira 9 hingga 12 inci (lebih kurang 30 cm). Siram selalu pada musim yang kurang hujan turun. Baja sebulan sekali.


Bunga Daisy Kampung 3

Penjagaan


Biasanya serangga perosak jarang menyerang pokok bunga daisy. Walau bagaimanapun, jika tanaman kita diserang penyakit, gunakan racun kulat. Apabila hampir waktu berbunga, bubuh baja fosfur supaya bunganya besar dan cantik warnanya. Pada musim hujan, lindunglah dengan plastik jernih atau benda-benda lain yang boleh ditembusi cahaya matahari tetapi tidak ditembusi air hujan. Jangan lupa menyiramnya sekali sekala.


Bunga Daisy Kampung 4


Khasiat Perubatan

Daun dan kelopak bunga ini boleh dimakan dan boleh juga digunakan untuk menyembuhkan sakit tekak dan sakit perut.

Bunga Daisy Kampung 5

Ekstra

Bunga-bunga daisy di bawah ni hanya boleh hidup di kawasan sejuk seperti di Cameron Highlands.


Cameron Highlands Daisy 1
Cameron Highlands Daisy 2


9 comments:

Siti Hajar said...

Salam akak,

Cantik bunga2 kt atas tu. Akak ada tips tak mcmana nk bg pokok bunga kembang pukul 10/japanese roses tahan lama?Pokok yg saya taman habis diserang bena.Tq

Kak Yah said...

Waalaikumussalam Siti. Bunga ros Jepun ni senang dijaga. Cuma letakkan dia kat kawasan teduh supaya bunganya jadi terang warnanya. Pastu, pastikan tanahnya lembap sikit tapi jangan sampai ada air bertakung. Ttg bena tu, Siti boleh gunakan racun serangga yg boleh dibeli kat nurseri jer.

Siti Hajar said...

Thanks akak di atas tips yg berguna ini..... :)

Kak Yah said...

Sama2. Lagi satu yg menarik ttg ros jepun ni ialah daunnya boleh dibuat ubat luka2 kecil. Lumatkan daun tu, pastu tampal kat luka tu. Insya Allah sembuh cepat.

ynurin yahaya said...

Assalamualaikum kak yah. Saya sgt suka bunga daisy. Kalu saya nak beli... brape RM dan agak2 brape hari saya boleh dapat? Tq.

Hapiz Rahman said...

nak tanya ya.. induk benih dia untuk pokok daisy ni biji daripada bunga ya?

HuNNy said...

dah banyak kali lawat blog kak yah nie. teringin sangat nak tanam pokok bunga tambah2 bunga daisy nie. hani berminat nak beli biji benih nie

me.ronazil.ab said...

salam...
kalau nak beli biji benih ni berapa RM ek?

Kak Yah said...

wkmsalam...
sms kakyah di 0126157081 atau call kakyah di 0123177170 utk keterangan lanjut, ok :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...