Bunga matahari adalah sejenis tumbuhan semusim yang sangat popular sama ada sebagai tanaman hiasan ataupun tanaman penghasil minyak. Bunga ini sangat unik kerana kuntumnya yang agak besar berbanding bunga-bunga lain. Setiap kuntumnya boleh membesar sehingga 30cm lebarnya manakala pokoknya pula boleh tumbuh sehingga setinggi 5m. Tumbuhan ini berasal dari Amerika Utara di sekitar Mexico.
Bunga Matahari Kuning |
Sebenarnya sekuntum bunga matahari yang kita lihat itu terdiri daripada beribu-ribu kuntum kecil yang bergabung menjadi satu. Sebab itulah Kak Yah menggelar bunga ini "Bunga Ribuan Kuntum"!
![]() |
Bunga Matahari Kuning Merah (Foto: Wikipedia) |
![]() |
Bunga Matahari Jenis Tabung (Foto: Wikipedia) |
Bunga matahari ditanam untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah:-
- sebagai tanaman hiasan
- untuk menghasilkan minyak
- untuk dijadikan makanan haiwan ternak
- untuk menghasilkan kuaci.
![]() |
Pokok Bunga Matahari (Foto: Wikipedia) |
![]() |
Anak Pokok Bunga Matahari (Foto: Wikipedia) |
Benih Bunga Matahari (Foto: JomTanamBunga) |
Pokok bunga ini sesuai ditanam di kawasan tanah yang subur dan mendapat cahaya matahari yang banyak. Walau bagaimanapun, pokok ini lebih subur jika berada di kawasan tanah tinggi.
![]() |
Minyak Bunga Matahari |