Tentang Baja (Bahagian 1)

Hari ni Kak Yah nak citer tentang baja lak sebab dah banyak sangat tentang bunga, kan? Eh, kenapa tak jawab "ya"? Kan ke korang yang tanya Kak Yah kat fb, kat twitter, kat blog dan melalui call/sms dan email, kenapa Kak Yah tak tulis info tentang baja, tentang racun serangga, tentang pasu bunga dan macam-macam benda lain yang ada kena mengena dengan bunga? Asyik-asyik bunga, bunga dan bunga jer ... hehehe. Betul jugak tu maka sebab itulah kali ni Kak Yah nak citer tentang baja bunga. Tentu korang suka, kan? Ha, sukalah tu. Tapi malu nak ngaku ... kan? hehehe ...

Contoh Baja Penggalak Daun

 Setakat pengalaman Kak Yah yang tak berapa banyak ni, baja yang paling sesuai untuk bunga mestilah mengandungi 3 unsur penting ni:-

1. Nitrogen atau disebut N. Gunanya pada pokok bunga ialah untuk menyubur dan melebatkan daun.

2. Fosforus (disebut P sebab dalam bahasa Inggeris, fosforus dieja dengan phosphorus). Gunanya untuk merangsang pertumbuhan akar.

3. Kalium atau K. Gunanya untuk membantu pertumbuhan bunga dan buah.

"Oh patutlah saya selalu dengar orang sebut baja NPK. Saya ingatkan apalah N, P dan K tu. Hari ni baru tau, hehe..." 

Betul tu, dik. Tapi NPK ni pulak ada nombor-nombornya. NPK 10-10-10 maknanya baja tu mengandungi 10% N, 10% P dan 10% K.

 "Oh camtuBaja ni sebenarnya ada berapa jenis, yerk?" 

Selain daripada NPK yang juga dipanggil baja lengkap, ada juga baja kimia, baja foliar, baja organik dan baja ringkas. Baja lengkap tu baja yang mengandunig semua bahan yang tanaman perlukan. Contohnya baja NPK. Baja jenis ni sesuai bagi kebanyakan tanaman.


Contoh Baja Penggalak Bunga

Baja kimia pulak baja yang mengandungi bahan kimia seperti ammonium nitrate atau magnesium sulfate. Bagusnya baja jenis ni, ia mudah diserap oleh akar tanaman. Buruknya pulak kalau terlebih baja boleh menyebabkan tanaman rosak (nampak macam terbakar).

Contoh Baja Foliar

 Baja foliar pulak cair bentuknya dan disemburkan pada daun untuk diserap oleh daun. Tak eloknya baja jenis ni ialah lilin dan bulu-bulu halus pada daun biasanya mengurangkan kebolehan daun tersebut untuk menyerap baja. Baja foliar sesuai untuk merawat tanaman yang kekurangan sesuatu zat makanan contohnya kalium (kalium lebih mudah diserap berbanding bahan kimia yang lain).

Contoh Baja Ikan & Rumpai Laut

 Baja organik pulak ialah baja yang berasal daripada benda-benda hidup macam najis haiwan, tumbuhan reput dan bahan galian asli seperti fosfat batu-batan. Bagusnya baja jenis ni ialah kekal lama dalam tanah, tidak beracun kepada serangga yang membantu pembiakan pokok bunga dan mencegah tanaman daripada mudah rosak.


Contoh Baja Tahi Ayam

Ada satu jenis lagi baja yang dipanggil baja ringkas. Baja jenis ni mengandungi salah satu bahan saja sama ada nitrogen, kalium atau fosforus. Gunanya untuk merawat tanaman yang kekurangan salah satu daripada bahan-bahan tersebut.

Contoh Baja Tahi Kambing

Kak Yah rasa cukup setakat ni dulu. InsyaAllah Kak Yah akan sambung lagi dengan citer tentang cara nak buat baja organik sendiri kat rumah korang. Tungguuu ...


Bunga Pun Beraya Juga

Sempena hari raya korban dua hari lagi dah tentu korang sumer dapat meneka bunga apa yang nak dipaparkan kat sini kali ni, kan? Betul tu, bunga apa lagi kalau bukan bunga raya (hibiscus), bunga kebangsaan negara kita.

"Tapi dulu Kak Yah dah citer tentang bunga ni, kenapa ulang lak?"

Bukan ulang ... kali ni bukan Kak Yah yang citer tapi kerajaan Malaysia yang nak citerkan!

"Ha? Tak cayalah, Kak Yah. Mesti Kak Yah kelentong ni ..."

Betul, tak kelentong ... sebab kali ni Kak Yah cuma salinkan sebahagian daripada apa yang kerajaan dah sediakan dalam usaha untuk menggalakkan rakyatnya menanam bunga.

Jadi, tak usahlah bersoaljawab panjang-panjang kat sini. Korang baca jerlah apa yang terpapar kat bawah ni semoga memberi faedah kepada kita semua ... (kepada sesaper yang dah baca tu, silalah baca post Kak Yah yang lepas-lepas atau boleh gak kalau nak tanya Pakcik Google tentang perkara-perkara yang korang belum tau lagi, hehe) ...

Cara Menanam Bunga Raya (Langkah Demi Langkah)

Bunga Raya adalah tanaman hiasan yang mudah dibiak dan ditanam. Bunga Raya jenis Hibiscus rosa-sinensis iaitu Bunga Kebangsaan kita amat sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Bunga Raya biasanya ditanam menggunakan cara “Keratan Batang”

Penanaman Dalam Pasu

1) Pilih anak pokok yang sihat dan subur, tiada kecacatan, serta bebas dari tanda serangan perosak dan peyakit.
2) Sediakan tanah campuran yang sesuai. Nisbah tanah yang baik ialah 3:2:1 iaitu campuran nisbah bagi tanah : bahan organik : pasir.
3) Tutup lubang pasu dengan beberapa keping serpihan pasu pecah atau ketulan batu untuk tujuan membenarkan pengairan.
4) Masukkan tanah campuran sehingga ¾ daripada ke dalam pasu.
5) Potong polibeg yang mengandungi pokok kecil dengan berhati-hati supaya bebola akar (rootball) tidak pecah dan terlerai.
6) Timbus bebola akar dengan tanah dan pastikan tanah dimampatkan dengan tangan supaya pokok diteguhkan dan tidak bergoyang.

Penanaman Di Atas Tanah

1) Jarak tanaman yang sesuai adalah di antara 0.5m – 1.5m mengikut kesesuaian dan tujuan penanaman.

2) Saiz lubang tanaman adalah di antara 0.3m – 0.5m (lebar x dalam x tinggi)

3) Teknik menanaman adalah sama seperti penanaman di dalam pasu.

4) Pancang diperlukan bagi bunga raya yang melebihi ketinggian 1 meter untuk mengelakkan pokok daripada tumbang.

5) Sungkupan diperlukan untuk menutup tanah di sekeliling pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal pertumbuhan rumpai. Antara bahan yang boleh diguinakan sebagai sungkupan ialah jerami padi, sabut kelapa dan sebagainya.

Penyiraman

1) Penyiraman adalah perlu dan hendaklah dilakukan pada kadar yang mencukupi. Bagi pokok yang baru ditanam, penyiraman dilakukan 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.

2) Penyiraman boleh dikurangkan apabila pokok telah besar.

Merumpai dan Menggembur

1) Merumpai (mencabut/membuang rumput) perlu dilakukan bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Ia juga boleh mengelakkan daripada menjadi habitat kepada serangga dan penyakit. Kerja-kerja merumpai perlu dilakukan secara berterusan.

2) Penggemburan dilakukan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur.

Pembajaan

1) Kadar dan kekerapan pembajaan bergantung kepada peningkatan tumbesaran pokok.

2) Bagi peringkat awal pertumbuhan (1-5 bulan), baja yang sesuai adalah NPK hijau (15:15:15) antara 25-50 gram setiap pokok dengan kekerapan sebulan sekali.

3) Selepas 6 bulan, bagi menggalakkan mengeluaran bunga, guna baja (12:12:17:2) antara 25-50 gram setiap pokok dengan kekerapan sebulan sekali.

Pemangkasan

1) Tujuan pemangkasan adalah untuk membentuk pokok, membuang dahan yang rosak, berpenyakit dan mati.

2) Oleh kerana pokok bunga raya berbunga di hujung ranting/pucuk (Terminal Flowering), pemangkasan hujung ranting/pucuk akan mengganggu pengeluaran bunga.

3) Oleh itu keperluan pemangkasan adalah bergantung kepada tujuan penanaman.



  • Supaya pokok bunga raya berbunga dengan lebat dan berterusan, pemangkasan hendaklah dikurangkan dan dilakukan bila perlu sahaja.
  • Pemangkasan adalah paling sesuai untuk penanaman pagaran dan topiari sahaja pokok tidak akan berbunga dengan lebat.
  • Penyakit dan Serangga Perosak

    1) Secara amnya, pokok bunga raya adalah agak tahan lasak dan tidak mudah diserang serangga dan penyakit.

    2) Antara serangga perosak yang kerapkali didapati menyerang bunga raya ialah kutu daun (aphids) dan koya (mealybug). Serangga ini didapati menghisap batang dan daun bunga raya. Serangan serangga juga mengakibatkan kudup bunga gugur.

    3) Cara kawalan ialah dengan menggunakan racun serangga yang bersesuaian.

     Untuk membaca keseluruahan artikel ini, sila klik kat sini.


    Hibiscus
    Ini Juga Sejenis Bunga Raya

    Hibiscus
    Cantik Bunga Raya Ni, Kan?

     Lagi Celoteh Kak Yah Tentang Bunga Raya


    Ketika Bunga Bertasbih

    "Hai, nak tulis novel ke cerpen tu?"

    Kedengaran cik abang bersuara sebaik saja Kak Yah selesai menaip tajuk entry untuk post kali ini.

    "Kus semangat, takajuik awak dibuek e!"* Kak Yah melatah dalam loghat Minangkabau (maklumlah duduk kat kampung orang Minang; arwah mak lak orang negori - apo lai, jadilah camtu, hehe).
    * Maksudnya: Pulih semangat, terperanjat saya dibuatnya!

    "Hahaha," 

    Abang ketawa sambil menuju ke luar. Nak ke kedailah tu, agaknya. Baguslah, boleh Kak Yah menaip dengan tenang tanpa sebarang gangguan, hehe..

    Sebenarnya bukan nak tulis novel ke, cerpen ke ataupun skrip sinetron (macam Ketika Cinta Bertasbih tu). Kak Yah nak citer tentang bunga tasbih!

    Korang tau tak kenapa bunga ni dipanggil bunga tasbih? Pasti tak tau, kan? (yang tau tu, buat-buatlah tak tau; baru boleh Kak Yah bagi tau, okay?). Cuba tengok gambar ni:

    Canna Seeds
    Biji dan Buah Bunga Tasbih

    Ini biji bunga tasbih (yang bulat-bulat macam guli tu). Oleh kerana dia keras dan tahan lama maka boleh dilubangkan dan dijadikan rantai manik ataupun tasbih! Ha, itulah sebabnya! Kalau korang tau ada sebab lain, silalah bagi tau Kak Yah; boleh Kak Yah bagi tau kat saper-saper yang belum tau dan memang nak sangat tau, hehe.

    Dalam bahasa Inggeris, bunga ini disebut Canna Lily dan tergolong dalam famili Cannaceae. Berasal dari Kepulauan Hindia Barat dan Amerika Selatan, bunga tasbih setakat yang diketahui mempunyai 19 spesis yang berbunga dan 7 spesis yang berdaun sahaja. Di bawah ini adalah beberapa contoh spesis-spesis tersebut:-

    Bunga Tasbih
    Canna Alberich 

    Bunga Tasbih
    Canna Auguste Ferrier 

    Bunga Tasbih
    Canna Coccinea

    Bunga Tasbih
    Canna Compacta 

    Bunga Tasbih
    Canna Discolor 

    Bunga Tasbih
    Canna Edulis 

    Bunga tasbih
    Canna Flaccida

    Bunga tasbih
    Canna Glauca

    Bunga Tasbih
    Canna Indica

    Bunga Tasbih
    Canna Iridiflora

    Bunga Tasbih
    Canna Jacobinifiora

    Bunga Tasbih
    Canna Jageriana

    Bunga Tasbih
    Canna Oberon

    Jom Tanam Bunga
    Buah Bunga Tasbih

    Bunga Tasbih
    Ini Pun Sejenis Canna / Tasbih (Canna Tuerckhemii)

    Bunga Tasbih
    Canna Yellow King

    Bunga Tasbih
     Pink Canna 

    Untuk membiak bunga tasbih, kita hanya perlu mencabut serumpun pokoknya (pokok bunga ini tumbuh berumpun-rumpun), kemudian pisah-pisahkan mengikut ubinya dan kita boleh terus tanam di tempat yang baru sama ada di dalam pasu atau di atas tanah. Seeloknya rendam dulu dua atau tiga hari di dalam air setakat paras di atas ubinya, selepas itu baru pindahkan. Bunga tasbih sukakan sinar matahari yang banyak dan tanah yang sangat lembap.

    Bunga ini boleh dijadikan pokok pagar atau ditanam di dalam pasu ataupun ditanam rapat-rapat di suatu kawasan di atas tanah sebagai hamparan bunga (flower bed).

    Bunga ini juga boleh ditanam sebagai tanaman air di dalam kolam. Tasbih tahan terhadap udara panas yang kadang-kadang sangat panas, tetapi tidak boleh hidup dalam cuaca yang sangat sejuk.

    Bunga tasbih boleh digunakan sebagai penawar demam panas, tekanan darah tinggi, darah haid banyak, keputihan, sakit kuning, batuk darah, luka berdarah dan jerawat. Bahan-bahan penawar yang terkandung di dalam daun dan bunganya adalah seperti fenol, kumarin, glukos dan alkaloid.

    Kegunaan lain termasuklah:-

    • ubinya boleh dijadikan kanji untuk makanan manusia dan haiwan,
    • batang dan daunnya dijadikan makanan haiwan,
    • bijinya dijadikan rantai manik, tasbih dan sebahagian daripada alat muzik Afrika, serta boleh menghasilkan pewarna ungu,
    • batangnya dijadikan tali jerami dan kertas,
    • daun keringnya jika dibakar dapat menghalau serangga,
    • dan banyak lagi (korang cari sendirilah guna Google ke, Yahoo ke, Bing ke; suka hati koranglah, hehe ..)

    Yang dalam gambar kat bawah ni ialah pokok bunga tasbih atau canna lily yang Kak Yah sendiri tanam. Cantik, kan?

    Canna Lily
    Ini Bunga Tasbih Di Taman Mini Kak Yah

    Bunga Tasbih
    Canna Daun Belang Ni Pun Kak Yah Ada Tanam

    "Assalamualaikum," cik abang beri salam di depan pintu.

    Sekali lagi Kak Yah terperanjat (maklumlah ... lemah semangat).

    "Waalaikumussalam, Saper kat luar tu masuklah ke dalam!" jawab Kak Yah.

    Alamak, dia dah baliklah. Kena stop kat sini dululah nampaknya. Nanti kalau ada masa Kak Yah tulis lagi, okay? Bye, salam 1Malaysia dan assalamualaikum sumer ...



    (Foto Spesis Canna: Wikipedia)


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...