Tanah Runtuh Dan Balung Ayam Merah Ungu

Balung Ayam (Merah/Ungu)
Alhamdulillah bertemu lagi kita. Hari ni cuaca mendung dan sekejap-sekejap hujan renyai-renyai seolah-olah meratapi pemergian ke rahmatullah anak-anak yatim Al Takwa yang tertimbus semasa latihan nasyid pada 21 Mei 2011 di Lembah Azwen Batu14 Hulu Langat tempoh hari. Hujan yang berterusan menyebabkan tebing sebuah bukit berdekatan runtuh. Runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut. ( Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka ... Amin ). Kejadian ini benar-benar mengejutkan semua orang, lebih-lebih lagi Kak Yah dan seluruh penduduk Hulu Langat. Tempat kejadian tu pulak taklah jauh sangat dari kampung Kak Yah duduk ni. Memang kami terkejut dengan kejadian tersebut.

Pada waktu kejadian tu Kak Yah sibuk merawat bunga-bunga di taman. Penuh semangat. Sebab bunga yang Kak Yah tanam tempoh hari dah mengeluarkan bunganya. Amboi...cantiknya dia. Bunga ni namanya bunga balung ayam ungu ( merah kebiru-biruan sebenarnya ). Bunga ni biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan rumah atau di tepi jalan. Pokok bunga ini memerlukan cahaya matahari yang banyak. Jangan sekali-kali tanam di tempat yang tanahnya bertakung dengan air. Kalau tanah tu basah dan berpasir lagi cepat bunga ni tumbuh. Bunga ni Kak Yah tanam daripada bijinya; caranya taburkan saja.

Pokok bunga ni juga ada khasiat perubatan. Kalau sesiapa yang berbisul, cuba ambil batang pokok bunga ni basuh bersih-bersih dan tumbuk sampai lumat, pastu tampal kat bisul tu . Nanti rasa panas dan bengkak akan hilang.

Hai nampaknya tak boleh nak citer panjang-panjanglah. Sebab hati Kak Yah ni masih rasa pilu dan sayu dan teringat-ingat lagi akan kejadian yang telah menimpa anak-anak yatim tu. Bayangkanlah kalau terjadi kepada anak kita, macam ne? Mangsa yang terakhir dijumpai tu pulak namanya seakan-akan serupa pulak ngan nama anak bujang Kak Yah tu. Nama Allahyarham tu Zahid Assawal Zamri, cuma bezanya nama anak Kak Yah takde Assawal tu saja. Hati ibu mana yang tak sayu....huhuhu...

Kat bawah ni ada klip video tentang tragedi tu ...


(Sumber: Berita Harian Online)

Ayat Penyelamat:

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُون
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.

(Daripada Al Quran)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...