Bunga Dihukum Gantung?

Hujan yang turun hari ini turun bersama air mata....huhuhu.... Kak Yah menangis sedih sangat-sangat tak dapat keluar untuk cari bunga sebab hari hujan lebat. Dari malam tadi hujan sampailah ke pagi ni non-stop. Itu yang membuatkan Kak Yah sedih; tak dapat berjumpa dengan kekasih hati...huhuhu... Cadangnya hendak mencari bunga gantung barang sepokok dua (ceh, bermadah pulak!)

Untuk pengetahuan korang semua, sekarang ni Kak Yah melangkah setapak lagi iaitu nak usahakan menanam dan merawat pokok bunga yang digantung dengan tali (bukannya gantung tak bertali. Hish! tak baik tu...) 

"Macam mana nak keluar ni? Hujan masih belum berhenti lagi. Cuaca makin sejuk ni."

"Apalah yang membebel sorang-sorang kat luar tu. Nah, pakai baju sejuk ni; pakai stoking ni; dan jangan lupa bawak topi. Jangan pakai kasut tu, pakai boot ni. Jom abang bawak Yah pergi jumpa kekasih hati tu. Mungkin dia dah lama menunggu."

"Oh, cik abang rupanya. Baik sungguh hati abang! Yah tak sangka ada offer yang sebegini bagus, hihihi...Terima kasih sekali lagi. Harap-harap hujan berhenti....."

Apa tunggu lagi? Jalanlah Pak Long...hahaha.....

Rupa-rupanya ada banyak jenis pokok bunga hiasan yang digantung ni. Ada yang berdaun, berbunga dah mestilah; jenis paku-pakis pun ada. Syoknya dapat menikmati keindahan warna- warni tumbuhan-tumbuhan ni. Bunganya yang kembang nampak berseri-seri bila tergantung-gantung dan ditanam pulak dalam pasu yang cantik-cantik. Aduh, pengsan!


Bunga Kemunting cina / Vinca
Bunganya Lebat Dan Tahan Lama
Pokok Berdaun Juga Cantik
Bunga Begonia
Rimbunnya Daun
Begonia Yang Mudah Nak DiTanam
Pokok Asam Batu
Bunga Petunia
Bunga Lipstik
Berdaun Tegak

Setiap rumah mesti nak dihias dengan bunga-bunga yang sebegini, barulah naik serinya. Kalau kawasan rumah kecil, kita boleh ikut cara ni. Kita gantung je bunga-bunga tu. Pastikan kepala kita tak terhantuk pada pasu-pasu tu. Kena kreatiflah sikit supaya kelihatan lebih menarik. Syok tengok bila bunga tu terjuntai-juntai.... Ada yang berbau harum dan ada yang tak berbau langsung tapi bunganya tetap cantik. Ada jugak yang bunganya hanya tahan 4 atau 6 bulan je, pastu mati. Ada pulak pokok yang berdaun macam paku-pakis tu tahan lama. Jadi, kalau korang nakkan udara lebih bersih dan nyaman sepanjang hari, banyak-banyakkan  menanam bunga gantung hiasan ni....sudah tentu hilang stress!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...