Bunga Kak Som Diserang Garuda

Kali ini Kak Yah nak kongsi sebuah kisah benar......Eh, eh...baca tajuknya saja  macam seram je bunyinya ni! Jangan takut. Memang kisah benar pun, tak tipu punya, hihihi..... Citernya macam ni:

Petang semalam seperti biasa Kak Yah membersih-bersihkan taman mini Kak Yah tu. Buang daun-daun kering, merumput, menggemburkan tanah, memotong dahan atau ranting pokok bunga yang dah mati, membaja dan sebagainya. Hari ni tak payah nak siram dah... sebab Alhamdulillah hujan turun lagi. Dalam minggu ni, siang malam asyik hujan je. Bagi pokok-pokok bunga yang perlukan banyak air tu okaylah diorang tu, sihat-sihat dan masa inilah keluar pucuk-pucuk baru. Tapi pokok-pokok bunga yang lain tu, macam pokok bunga balung ayam, bunga tahi ayam, bunga raya, bunga kemboja dan banyak lagilah..... semuanya hanya cantik masa cuaca panas je. Kalau hujan begini...hilanglah serinya...basah kuyup dalam hujan....kesian.....!

Hai nampaknya terpaksalah stop kerja. Tak tahan...sejuk sangat... Tiba-tiba cik abang panggil.

"Cukuplah tu, Yah. Hari dah senja. Mari minum kopi panas ni. Besok je sambung kerja-kerja yang tak siap tu."

"Okay bang. Kejap ya. Yah nak kemaskan alat-alat ni dulu."

"Mmm... sedapnya kopi Radix ni! Bertenaga semula."

Sambil minum kopi tu, tiba-tiba teringat nak telefon Kakak ( anak pompuan yang sulung yang dah ada anak dua tu lah.). Kak yah pun call.

"Kalau cinta jangan kacau....Kalau sayang tak perlu marah...." Terdengar suara halus mendendangkan lagu ni.

"Amboi! Peserta AF yang mana pulak ni?"

Hahaha....  Rupa-rupanya cucu Kak Yah yang nyanyi tadi. Ingatkan siapa?

"Ummi! Nenek call! Cepat ummi!"

"Ingat tadi baru kejap ni Kakak nak call Mak. Kebetulan Mak dah call, memang nak tanya Mak ni."

"Nak tanya apa? "

"Kakak nak tanya, kalau susu badan  sikit macam mana nak banyakkan, Mak?"

"Oh...itu masalahnya... Macam ni."

Kak Yah pun citerlah kat dia. Bagi ibu-ibu yang dah melahirkan dan sedang menyusukan anak dengan susu badan dan susu badan masih sedikit, walau pun sudah melahirkan 2 anak, cara merawatnya sangat mudah. Ambil daun pokok Akar Som (Leaf Ginseng), basuh bersih-bersih dan tumislah macam menumis sayur. Pastu dimakan dengan nasi. Daunnya rasa manis dan sedikit pedas. Khasiatnya boleh memulihkan selera makan dan merawat bisul serta jika diamalkan boleh awet muda.


Inilah Pokok Akar Som atau Leaf Ginseng Tu ...


Kak Yah banyak tanam pokok ni. Senang hidup dan sedang merimbun sangat sebab hari asyik hujan je. Pokok Akar Som ini boleh dibiakkan melalui keratan batang atau biji benih. Bunganya berwarna ungu. Elok ditanam di tempat separuh teduh dan tanah yang sentisa lembab tapi jangan ada air yang bertakung. Pucuknya juga boleh dimakan mentah atau dibuat ulam makan bersama nasi dan sambal.

"Mak, ada lagi satu ni. Tiap-tiap malam cucu Mak yang baru lahir ni asyik menangis je. Penat dah Kakak buat macam-macam, tapi masih tak mau diam jugak. Menyusu sudah. Macam mana mak?"

Hai nampaknya kena retirelah tanam bunga, jadi bomohlah pulak, hihihi....

"Ada kawan Kakak kata, cuba tanam pokok Garuda  banyak-banyak. Tanam dalam pasu. Pastu letak depan pintu supaya benda-benda jahat tak kacau kita. Bau pokok tu kan busuk sangat. Betul ke mak? Tolonglah kakak ni."

Kak Yah pun citerlah pulak tentang pokok Garuda. Pokok Garuda tu memanglah baunya busuk dan boleh merawat pesakit histeria dan epilepsi (sawan). Caranya ialah daun Garuda digosok-gosokkan lalu dihidu pada pesakit. Kalau  bayi selsema pulak, daun Garuda tadi dibungkus dengan kain putih lalu diikat pada pergelangan tangan bayi. Biarkan bayi secara tak sengaja menggosok bungkusan tersebut pada hidungnya dari masa ke semasa. Insyaallah selsema bayi akan sembuh. Untuk sakit perut pulak, daun Garuda dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa, dikacau rata terus disapukan pada perut yang sakit. Tapi AWAS! Wanita hamil dilarang menggunakan ramuan Garuda ni.

Beginilah Rupa Pokok Garuda Tu ...


"Jadi kesimpulannya, tak adalah kena mengena langsung dengan anak menangis setiap malam tu, Kakak. Cuba on je radio IKIM tu...Insyaallah diamlah dia..hehehe."

 Anak pompuan Kak Yah tu pun buatlah macam yang Kak Yah citer tu dan memang berkesan kedua-dua petua tu. Alhamdulillah ...

 Begitulah kisahnya.

P.S. Korang sumer pun boleh cuba jugak dan tolong bagitau Kak Yah sama ada mujarab atau tidak, okay?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...