Ops Buban (Bunga Banjir)

Rabu 7 Mac 2012 ...

Petang tu hujan turun lebat sekali. Masa tu lebih kurang pukul 5.00 petang. Kak Yah dah mula gelisah. Bukan apa ... kalau hujan camni biasanya tak dapatlah Kak Yah nak lawat dan rawat bunga-bunga kat taman mini Kak Yah tu, huhuhu... Lagi satu yang Kak Yah risaukan ialah ban...jir. Kalau hujan lebat camni turun tak henti-henti selama 3 ke 4 jam, pasti banjir lagi rumah Kak Yah ni.

"Ya Allah, lindungilah kami daripada sebarang bala bencana seperti banjir dan sebagainya. Amin..." Kak Yah berdoa dalam hati.

Pastu kak yah pun keluarlah ke beranda. Hujan masih mencurah-curah juga. Tak boleh jadi ni, fikir Kak Yah. Aku mesti tengok air sungai kat jembatan tu. Kak Yah pun ambik payung terus berjalan menuju ke sungai. Masyaallah!

"Bang, bang!" jerit Kak Yah apabila tiba semula kat depan pintu rumah. "Air dah naik ke atas jembatan, bang!" sambung Kak Yah lagi.

"Cepat, bang! Cepat alihkah pasu-pasu tu ke tempat tinggi!" Sambil menjerit tu Kak Yah pun mulalah mengangkat satu demi satu pasu-pasu bunga kat taman mini tu ke garaj kereta kami (Lantai garaj tu memang sengaja kami tinggikan selepas banjir tahun lepas.

Cik abang pun keluar dan menolong Kak Yah. Oleh kerana hubby Kak Yah ni dah memang mengidap penyakit semput (asthma), maka tercungap-cungaplah orang tua tu memindahkan satu lepas satu pasu-pasu tu. Bila dah teruk sangat semputnya, maka terpaksalah cik abang mengeluarkan pistolnya (pam inhaler lah...) dan mengepam gas penawar semput ke tekaknya. Kesian dia... tapi dik sayangkan bunga-bunga tu (dan sayang Kak Yah juga agaknya, hehe...) dibuat jugalah kerja tu. Tambahan pulak masa tu hujan tengah lebat. Basah kuyuplah kami suami isteri. Apapun kami bersyukur kerana dapat menyelamatkan bunga-bunga tersebut melalui Ops Buban (Bunga Banjir, hehehe...).

Selepas membesihkan diri dan kena secawan sorang kopi Radix yang popular tu, kami pun pergilah ke "pos kawalan" masing-masing. Kak Yah jaga sebelah depan rumah, manakala cik abang lak sebelah belakang. Masing-masing memerhatikan paras air sambil berdoa.

"Sampai kat mana dah bang?" Kak Yah menjerit dari beranda bertanya kepada cik abang yang bertugas kat pintu dapur.

"Dah sampai pangkal pokok betik kita ni!," jawab cik abang. Pokok betik tu terletak kira-kira 4 kaki saja dari pintu dapur rumah kami.

"Bang, camna ni, bang?" Kak Yah dah risau sangat.

"Kita doa sajalah Yah...Abang pun susah hati gak ni."

Sambil memerhatikan paras air di sekeliling rumah, Kak Yah tak henti-henti berdoa agar tidak dilanda banjir sekali lagi. Masih terasa kesusahan dan kepenatan kami semasa dilanda banjir beberapa kali sebelum ni.

"Yah, air dah naik sekaki lagi. Cepat kemaskan apa-apa yang patut!" Tiba-tiba cik abang bersuara mengejutkan Kak Yah dari lamunan.


Air Banjir Dah Nak Masuk Ke Rumah Kat Pintu Dapur ...

Kami pun angkatlah apa-apa yang patut ke atas meja dan kabinet. Gulung karpet dan lain-lain benda yang boleh digulung dan sandarkan kat tempat yang selamat.

Sambil berkemas tu, Kak Yah menelefon anak bujang Kak Yah yang berada di UIA Gombak sebab dia bercadang nak balik ke rumah Kak Yah petang tu. Kak Yah kata jangan balik sebab banyak tempat sepanjang perjalanannya dah dinaiki air. Kak Yah dapat info ni daripada kawan-kawan dan jiran-jiran yang menlefon Kak Yah sebelum tu. Maka tak jadilah anak Kak Yah tu balik.

Untuk pengetahuan korang, masa tu kampung-kampung dan pekan-pekan kat sebelah hilir sungai telah dinaiki air hingga 2 meter dalamnya. Maka ramailah penduduk kat kawasan tu yang dipindahkan ke dewan orang ramai dan ke masjid-masjid. Kali ni bukan kawasan Hulu Langat sahaja yang kena, Lembah Jaya kat Ampang sana pun kena teruk juga.


Berbalik kepada kisah kami tadi, mujurlah selepas maghrib, air kat luar rumah tadi mulai surut. Menjelang Isyak, tidak ada lagi air di sekeliling rumah, semuanya dan turun semula ke dalam sungai.

"Alhamdulillah...syukur kepada Allah"

 Gambar-Gambar Banjir Hulu Langat Dari Berita Harian 8 Mac 2011

Gambar Barita Harian

Gambar Berita Harian

Berita Banjir Hulu Langat Di Utusan Malaysia (Klik Di Sini)

Gambar Utusan Malaysia

P.S. 

Esoknya (kebetulan) kami ke IKBN Dusun Tua mengambil baucer BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia). YB Adun tak dapat datang sebab banjir. Pegawai yang bawak baucer tu pulak tersangkut kat Sg Serai - jugak banjir. Berjam-jam kami menunggu untuk mendapatkan bantuan tersebut. Sambil menunggu tu, tak putus-putus kami berdoa supaya tak banjir lagi sebab masa tu hujan masih turun tak henti-henti. Takut-takut nanti, baucer tak dapat, nak balik pun tak dapat (air naik, jembatan roboh) dan lagi teruk, rumah kami dinaiki air.

Alhamdulillah ... Semuanya berjalan lancar dan kami selamat tiba kat rumah dengan membawak bocer nan sakapiang* tu, hehehe...

(*maksudnya: baucer yang sekeping)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...