Alhamdulillah ... akhirnya dapat juga Kak Yah mengunjungi pesta bunga yang dinanti-nantikan tu. Wow! Itulah perkataan pertama yang terhambur keluar dari mulut Kak Yah sebaik saja turun dari kereta yang dipandu cik abang. Sebenarnya kalau ikutkan hati hari pertama lagi Kak Yah dah nak pergi dah tapi mengenangkan kesihatan cik abang yang terganggu sejak dua tiga hari kebelakangan ni maka tak jadilah Kak Yah nak berjumpa dengan "idola-idola" KakYah tu, hihihi... (saper lagi kalau bukan bunga-bunga yang cantik menawan tu!). Apapun, Kak Yah dah berada di Floria 2012: itu yang penting, kan?
Memang cantik menawan! Sesuai dengan temanya "Bunga Kertas: Cantik Menawan". Macam-macam jenis dan warna bunga kertas ada kat sini. Seronoknya! Tak putus-putus mulut Kak Yah memuji-muji Allah SWT yang mencipta bunga-bunga yang cantik-cantik tu, sampaikan cik abang kata "Iya, iya. memang semuanya cantik-cantik dan Allah tu Maha Pencipta. Kita tengok jer dengan mata, tak payah guna mulut, okay?" Entah dia pujuk ke atau dia marah ke Kak Yah tak pasti tapi apapun Kak Yah tak kisah asalkan Kak Yah dapat menikmati pemandangan yang indah ni.
Kamipun "merayap"lah dari satu
booth ke satu
booth, dari satu gerai ke satu gerai, dari satu seksyen ke satu seksyen tanpa menyedari yang kami sudah berada di situ berjam-jam lamanya. Sedar-sedar cik abang mengadu yang dia dah tak larat lagi nak berjalan, maklumlah dia pun masih belum berapa sihat lagi. Maka Kak Yah pun dengan hati yang berat menyarankan agar kami pulang jer. Tapi cik abang yang baik hati tu (heh heh heh...) kata biarlah dia duduk berehat jer kat tepi tasik sementara Kak Yah pergilah teruskan lawatan Kak Yah kat pesta bunga yang hanya sekali dalam setahun tu. Apa lagi, Kak Yah pun dengan berat hati juga (tapi kurang sikit daripada yang mula-mula tadi, hi hi hi ...) meneruskan penjelajahan di "planet" bunga tu.
Sepanjang lawatan tu, Kak Yah tak henti-henti mengambil gambar bunga-bunga dan taman-taman bunga yang dipamerkan. Tak dapatlah Kak Yah nak ceritakan keindahan dan kecantikannya melainkan dengan mempamerkan pulak gambar-gambar yang sempat Kak Yah rakamkan itu kat blog ni. Korang tengoklah sendiri dan
enjoy pun sendirilah nampaknya. Bagi korang yang dah berkunjung ke pesta tu, kalau nak tengok silakanlah, kalau tak mahu pun tak mengapa, no he kata orang Perak (maknanya
no problem, hi hi hi ...).
|
Salah Satu Hamparan Bunga Yang Menyambut Ketibaan Kami |
|
Bunga Kertas (Bougainvillea): Indah Menawan |
|
Bunga Kertas Pelbagai Jenis & Warna |
|
Lagi Bunga Kertas Pelbagai Jenis & Warna |
|
Penyu Bunga |
|
Ikan Bunga Sepit Udang |
|
Ikan Daripada Bunga-Bunga |
|
Semuanya Tu Diperbuat Daripada Kuntum-Kuntum Bunga & Daun |